RindukanMu Ya Allah

Salam alaik,

Pernahkah kau rasa "serabut" bila setiap kali kau tinggalkan solat?
Pernahkah kau rasa lemah tatkala kau tidak menjaga hak Allah?
Pernah juga kan rasa tidak tenang pabila solat pun tergesa-gesa?



Post kali ini banyak berkisar tentang hubungan kita dengan Allah. Kenapa perlu solat dalam keadaan tergesa-gesa? Kenapa bila dengan Allah, kita sangat berkira tentang waktu denganNya?
Entahlah..apa yang dikejarkan...

Tahun ketiga ini adalah tahun yang paling sibuk buat ana. Makan? Dah dua minggu aku tiada selera makan. Semua makanan serba salah. Kurang duit ke? Tak, duit masih tak terusik. Sakit? Hati ana yg berpenyakit..yg pasti..
Dalam masa yang sama, ana rindukan Allah. Rindu bertamu ke rumahnya dgn lebih kerap lagi, meluangkan masa denganNya lebih lama, kerana sejak menjadi sibuk, ana rasa waktu untuk ana ber"selfie" menjadi kurang. Waktu2 terluang, ana cuba pergi ke rumahNya, menyelak2 lembaran usrah2, dan buku-buku yang boleh mengingatkan ana kepada Allah.


Sebab? Ana tidak kuat, ana sentiasa terleka. Kalimah azan menjadi kalimah keramat yang teramat sangat kebelakangan ini dan tidak pernah aku rasakan seumur hidup ana. Bagaikan aura yang menarik-narik diriku tatkala azan berkumandang. Astagfirullahalazim..*jantung berdegup laju tatkala ana menulis tentang azan ni sekarang...Allahu, Astagfirullalahazim...

Perasaan? Rasa nak menangis sangat. Rindu sangat. Rindu. Sebab itu ana "lari" dari dunia laman sosial seketika. Tiada yang bakal memahami perasaan ini.

Ana tidak tahu kenapa, kebelakangan ini, setiap kali pulang dari kelas, ana akan berlari pulang mencari sejadah, ana nak menangis. Hati ana sebak. Sebak..

Ana tiada masalah, syukur Alhamdulillah, banyak sungguh nikmat Allah beri, cuma ana sebak kerana ana lalai dan leka, dan ana sehabis baik mencuba memperbaiki yang mana yang telah rosak. Ana sangat2 bersyukur. Ana masih boleh gunakan apa yang Allah beri untuk menebus semula kesalahan lalu. Ana tidak akan mengeluh akan semuanya. Alhamdulillah.

"Aku rindu padaMu ya Allah. Rindu. Itu sahaja dapat diluah."

Nampak "sengal" kerana menulis luahan ini dalam blog. Sebenarnya ,tidak diceritakan kepada sesiapa akan hal ini. Tiada yang tahu blog ana. Mungkin..ada pensyarah ana yang tahu. Ana nak luah, tapi blog antara medium untuk ana meluah sesuatu yang agak "sensitif" buat diri ini.
Perjalanan ini amat panjang, penuh berliku, penuh dugaan dan harapan. Semoga kita semua thabat di jalan ini.

**ana sedang membuat persiapan untuk fly ke luar negara tahun ini..InsyaAllah..
Usah tanya aku akan kemana..ada program bawah ana.




Street Dakwah 1

Salam,

Kali ni nak story sikit berkisar pengalaman street dakwah. Alhamdulillah, everything goes well.

Pentingnya kita rebut peluang berdakwah. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang itu. Bertempat di sekitar port Klang, kami berempat berjalan di sekitar mencari-cari target masing2.
Ya Allah, kawasan kami itu sunyi kerana ianya adalah hari Ahad. Kawasan itu dipenuhi non-muslim dan juga kedai2 judi, kedai2 lama, pusat snooker dan lorong2 sunyi.
Tidak ketinggalan, di tepi2 jalan, terdapat beberapa peniaga ubat kuat, minyak pengasih ( maybe) dan tongkat ali wa ginseng.

Maka, ana dan hanna mencari target, dan akhirnya di depan sebuah kedai nombor ekor, terdapat seorang aunty cina yg sedang menetak2 kayu tongkat ali itu kepada serpihan2 kecil. Ana menarik tangan hanna, dan tiba2 langkah kami terhenti pabila terlihat sebilah parang besar berkilat di tangan aunty tersebut..hahaha!!

Dalam hati berkata, ni kalau kena tetak ni, arwah! haha!
Tapi, kita nak berdakwah, takpe, biarlah mati kerana Islam pun x mengapa. Maka kami approach aunty tu, dan mendapat feeedbanck yang baik..hehehe..Lega...
Aunty nampak seperti orang yang penyayang. Ceh, parang tu...heheh..

Inilah aunty yg kami approach. Kayu tu kayu tongkat ali..Nampak x parang yg aunty tu gunakan  terletak betul2 tepi
kotak tu?
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke kedai2 yang ada di lorong yg sunyi dan berhampiran pusat snooker. Alhamdulillah, feedback semuanya baik2 belaka.

Antara reponden yang tekun mengisi borang survey kami

Cuma, yang kesal, bila dilihat wajah kami yang memang muka orang melayu ini, kami digelar racist.
Tak kurang juga, ada yang sampai keluarkan surat rasmi MPK sebab mereka fikir kami ini orang "keris" kot. Nampak sangat mereka terkesan dengan isu orang cina sebagai penceroboh di Malaysia.

Astagfirullahalazim...nenek ana sendiri cina mualaf, arwah atuk yang tarik dia ke Islam. Untuk apa ana menyokong kenyataan cina sebagai pendatang? Jadi, aku ni pendatang? Penceroboh?

Lastly, pengembaraan kami dah selesai, pengalaman mmg awesome. Ana nak join lagi. Dan sepatutnya pd hari yang sama ada lagi satu SD aku pada mulanya kena join, iaitu, Malaysia Reverted Muslim ada buat juga street dakwah. Diorang bawa banner dan approach orang. Kami bawa borang survey dan approach orang.

Actually, lebih susah lagi bila bawa banner dari approach orang dengan bawa survey. Mereka buat SD di KLCC, dlm LRT dan kawasan pejalan kaki dan kami di Port Klang.

Overall, program kali ini lebih menjurus kepada dakwah berbanding Islah. Seronok. Kerana, perkara yang sama sedang berlaku kepada diri ana di dalam kelas bersama pelajar2 chinese. Kata akhawat, tanggungjawab kini lebih besar dan juga perlu follow-up mad'u2 ni. 
Usah berkecil hati dengan mereka, just approach.

Sebab, murobbi itu tiada masa untuk termakan hati or what. 

Ok, jom lambai2 tangan..Nak minta diri dah...

Wsalam. =)

Taman Syurga

Salam alayk,
MBSA..hehe...kawan2 suka tempat ni, katanya gedung ilmu. iA, aku mahu berhijrah ke sini pabila telah bekerja nanti.

Kali ini, blog ini ditulis ketika ana bercuti di taman2 syurga bersama akhwat2 di Selangor.
Alhamdulillah, juga takziah pada diri ini.
Percutian ini telah dirancang sejak awal. Maka, ana harus menjadikannya realiti :)

Kenapa tajuk ini taman syurga?
Kerana, percutian ini berbentuk pengisian ilmu. Program2, dan perkongsian dari akhwat2 akan beberapa kisah hidupnya. Ya Allah.
Sesungguhnya ana masih lagi kerdil dalam dunia dakwah ini. Allahu :'(


Alhamdulillah. Usahlah risau, iA, Allah masih memelihara diri ini. Akanku teruskan jalan dakwah ini walaupun perit dan penuh duri2 tajam.

Percutian ini bakal dihiasi dengan akhawat2, ikhwah serta pakcik2 serta makcik2 yg menawarkan rumah mereka sebagai tempat penginapan kami sempena program hujung minggu ini nanti. :)
Alhamdulillah.

Perasaan yang indah pabila berjemaah. Tapi, mampukah diri ini berjemaah?
Mari ke taman2 syurga yang telah banyak tersedia di sekliling kita. :)

Semoga, kita semua masih dapat bermain-main di taman syurga yang abadi di sana bersama-sama. Jika tidak puas bersama di dunia, tidak perlu risau, ayuh kita pimpin memimpin tangan ke syurga firdausi :)

*senyum lebar2 and say Alhamdulillah :)))

Allah Ya Allah :')

Salam alayk,

Allah adalah Tuhanku. Penciptaku, alam semesta.
Allah, hati akan tenang pabila berdoa kepadanya.

Selepas solat, waktu yang juga baik untuk berdoa.
Rasa release semua perihal dunia. Hati jadi terisi, jiwa jadi tenang.

Nak menangis, menangis dalam doa. InsyaAllah, terlepas semua keresahan di jiwamu.
Indahnya Islam pabila kita disediakan dengan solat dan doa untuk kita mengadu, segalanya.

Cerita dalam post kali ini agak tergantung.
Point utama disini ialah untuk hightlight kan bahawa doa itu tempat kita berehat dan mengadu kepada Allah. Ketenangannya, subhanallah.

Usah putus asa.

Wsalam.

Berenang Part I

Beberapa hari lepas, saya diajak oleh teman sekelas untuk berenang di kolam renang berhampiran kampus kami. Kawan-kawan yang ajak adalah bukan Islam, mereka Chinese.

Saya bersetuju kerana ini adalah sunnah Rasulullah untuk berenang dan apatah lagi belajar berenang. Pergi dengan non-muslim, memandangkan yang muslim masing-masing menolak untuk ke kolam renang.

"Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setelah tiba di lokasi, seperti yang dirancang, kami memulakan sesi berenang, berendam dan kemudian, kawan saya bertanya kepada saya, adakah saya pandai berenang?
"Saya tidak tahu"

Dia sukarela mahu mengajar saya asas2 berenang. Alhamdulillah. Nampaknya dia sangat bersungguh mengajar saya mengimbangi kaki saya di dalam air. Alhamdulillah, katanya, saya "fast learner" kerana dapat seimbangkan kaki dengan baik di dalam air untuk mengayuh renangan saya nanti.

Kemudian,  diteruskan dengan mengayuh menggunakan tangan, menguak-nguak air. Seharian itu, saya diajar hanya untuk mengimbangkan kaki dan tangan untuk mahir mengayuh. Tambah kawan saya lagi, berenang amat bagus untuk menurunkan berat badan. Opps, ini saya suka sangat dengar!. Sebab saya mungkin agak bambam. hee..
iA sesi seterusnya bakal diupdatekan di blog ini.

Cahaya wudhuk

Salam alayk,

Afwan, lama lak mendiamkan diri dalam gua exam.
Beberapa hari lepas, sewaktu mendengar kuliyah dari ustaz Nazmi Karim ( ustaz yg sangat kuat membantah syiah), yang dilangsungkan di TTDI Jaya, beliau ada menyebut tentang syafaat Rasulullah.

Rasulullah adalah nabi yang akan memberi syafaat kepada umatnya disana. Allahuakbar, untungnya kita dapat menjadi umat Rasulullah!
Dalam tausiyah itu, ustaz berkata, Rasulullah akan mengenali umat2nya melalui cahaya wudhuk di wajah dan tubuh umatnya. Allahuakbar.
"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:
“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu’.”
(H/R. Muslim, no: 250)

Ustaz menambah lagi, berwudhuk tu biarlah sempurna, kerana ianya hadir sebagai cahaya di hari 'sana'. Biarlah disapu rata di setiap anggota. Wah, bestnye bila sebut 'cahaya'.

"Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: 
“Sesungguhnya, umatku akan dipanggil pada hari kiamat kelak dalam keadaan putih (pada dahi) dan bercahaya (pada anggota) kerana kesan-kesan wudhuk. Maka barangsiapa yang mampu melebarkan warna putihnya, maka lakukanlah.”
(HR. Al-Bukhari, no: 136)
Pernah juga mendengar satu tazkirah dari seorang ustaz terkenal, beliau menyatakan sebuah kisah tentang wudhuk. Wudhuk ini, mengalirnya air2nya itu menggugurkan dosa2 kita. Jadi, "bersih"lah kita selepas berwudhuk untuk bersiap menghadap Allah yg Maha Esa dan memhambakan diri kepadaNya.


Nota lengan:
Ada satu kisah di zaman dahulu, tentang seorang imam, dan cerita tentang kesempurnaan wudhuk dan makmum dalam solat berjemaah tersebut yang "refuse" untuk menyertai utk menjadi makmum berimamkan Imam itu.

Ana mahu cerita, tapi, biarlah ana mencari semula kesahihan cerita ini semula :)

Alhamdulillah, cerita tentang wudhuk ini luas dan bagi saya, ianya bermanfaat buat kita semua kerana diri saya sendiri kadangkala terlepas pandang kesempurnaan wudhuk itu sendiri.

*iA, topik untuk adik2 usrah akan berkisar tentang kesempurnaan wudhuk. Kita mulakan dengan basic terlebih dahulu :)


Astagfirullahalazim...

Semeester ni ambil dua subjek sahaja (sem pendek). Salah satunya agak berat untuk dibawa.
Allah beri banyak nikmat semester ini. Alhamdulillah.
Namun, itu juga adalah ujian buat diriku yang mudah lalai ni. Kita tidak boleh tenggelam dalam kejayaan demi kejayaan yang ditempa.

Yang kurang bernasib harus dibantu. Allahuakbar.
Tak semestinya yang kurang bernasib baik itu orang miskin, kawan2 yang bermasalah dalam pelajaran juga harus dibantu..Allahu...

Alhamdulillah, Allah juga makbulkan doa2ku untuk mempunyai pendamping yang bertaqwa dan solehah. Alhamdulillah, Allah memberi ana sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan serta membawa ana ke jalanNYA. Mereka juga sehaluan denganku di dalam akademik. 
Aku mengumpul semangat bersama jemaah ini. Berjemaah itu menguatkan.


Tinggal lagi empat semester sahaja lagi untuk graduate dari sini. Ana harus graduate dan bekerja selepas ini. However, perasaan nak belajar tu masih ada. Cuma, seandainya bisa, ana mahu cepat2 habis belajar dan bekerja. 

Untuk exam kali ini, aku harus fokus banyak dan berpada-pada. Usah diulang seperti semester lepas yang hampir meragut kesucian CGPA ku ini..hihi

Ana berharap dapat bekerja dengan MMU utk menjadi seorang pensyarah.
Usulan itu kawan ana cadangkan. Kak Muna aku juga suruh sambung master. InsyaAllah. Kalau kurang mampu (duit), ana buat di UM je. Apa bisa kah?

Layakkah ana? 

Doakan ana ya...

Subhanallah.