Kita bantu agama Allah, Allah bantu kita!!

Gambar di bawah menunjukkan salah seorang bekas penganut agama kristian yang telah memeluk Islam. Alhamdulillah, beliau adalah seorang yang hebat. Itulah kuasa Allah, memberi cahaya Islam itu meresap masuk ke jiwa anak muda ini. Beliau sanggup meninggalkan kemewahan kerana mahu membantu agama Allah!!

Mashallah, adakah anak muda kita seperti beliau? Bolehkah kita menjadi seperti beliau? Contoh pendakwah yang hebat. 

Sedangkan ana yang dari dalam perut ibu lagi dah Islam, pun terumbang-ambing lagi dalam dunia dakwah, tetapi, kurniaan Allah terhadap anak muda ini...Subhanallah, Maha Suci Allah! Muallaf lagi pula tu. 
Cerita muaallaf dengan kita yang dah sedia Islam ni, ibarat kisah si miskin yang menjadi kaya kerana rajin bekerja dengan anak orang kaya...Tol x?

Orang selalu kata, kalau seseorang tu penat mencari wang untuk menambah makan di rumah, mesti tahu menghargai harta yang dicari itu, berbanding anak orang kaya yang tahu bazirkan wang sana sini sebab mereka dah dimandikan dengan wang sejak kecil lagi. Tak tahu erti lelah mencari rezeki.


Inilah Yahya bersama sahabat2 nya...


Pada mulanya, semasa beliau baru je peluk Islam, beliau diejek oleh kawan-kawan sekolahnya, tetapi dengan kuasa Allah, tibe2 je suasana berubah jauh lagi baik. =)) Akhirnya, setelah 10 bulan, beliau mendapat bilik solat sendiri dan kawan-kawannya yang pernah hina dia dulu dah berubah!!

Tibe2 je, sume dah mula minat dengan Islam! Sebab apa? Sebabnya, Yahya rajin berdakwah pada sahabat2nye. ( Ana nak je jumpe dia ni, nak belajar sesuatu ). Hebat!

Mendengar cerita beliau ni, membuatkan ana rasa tenang sangat. Sebab, bila ana dah baca cerita ni, ana dapat gambaran jelas bagaimana orang bukan Islam itu boleh tertarik dengan Islam. Jawapannya mudah, Islam itu mudah, tak pernah memaksa dan indah sangat-sangat..Alhamdulillah, ana dilahirkan sebagai seorang Islam.
Lihatlah, ALlah telah mempermudahkan jalan Yahya dalam berdakwah kerana beliau sangat ikhlas dalam membantu agama Allah! Allahuakbar! Takbir!!

Kerana kita semua adalah pendakwah, berdosa jika kita tinggalkan peranan dakwah kita di dunia ini. Jika tidak mahu berdakwah, jika tak mahu jadi khalifah di dunia ini, buat apa hidup? Janganlah hidup dengan sia2,  "sampaikanlah walau satu ayat", usahlah menjadi lebihan pada dunia ini. (Kita dah cukup sesak dah ni )

Ana muslim!!!
Ana akui, nenek kandung ana sendiri adalah seorang muallaf. Sewaktu sebelum memeluk Islam, nenek ana adalah seorang penganut agama buddha. Tetapi, dengan kuasa Allah, beliau bertemu dengan arwah atuk kandung ana yang telah berdakwah pada beliau sehingga beliau memeluk Islam dan kemudian menikahinya. Semuanya atas sebab2 agama. Atuk ana, telah menunjukkan pada nenek ana bahawasanya Islam ini sangat mudah ( kata makcik2 ana). Thats why katanya, muallaf tertarik dengan Islam.

Alhamdulillah, kini nenek ana ( muallaf) bersama makcik-makcik + ibu ana sedang giat menjalankan pendakwahan mereka, kerana nikmat menjadi seorang Islam itu indah! Sangat indah!! Bagi ana, ianya sangat indah!! Kami sekeluarga tidak lupa membedah buku ISK, kerana dari situlah sebenarnya kita boleh belajar akan kesedaran kita sebagai umat Islam yang sejati!!!

***Note***
Ana pernah gagal dalam dakwah & tarbiyah kerana ana sedar ana tidak cukup ilmu dan juga yang ana pernah lakukan...Walaupun ada yang mencari dan percaya pada ana, namun ana tidak mampu melakukannya kerana khilaf ana pada Allah S.W.T..Orang yang dibawah tarbiyah ana itu kecewa dengan ana, kerana ana tidak mahu mentarbiyahnya lagi. Bukan ana putus asa, tapi sebab ana tak cukup ilmu, ana banyak khilaf pada Allah S.W.T. ( 19 thun )

Ana banyak khilaf yang tak terhingga ( mcm pasir gurun sahara), ana pernah je berputus asa dalam hidup ana sebagai seorang Muslim. Pernah saje. Walaubagaimanapun, ana berharap suatu hari nanti ana boleh teruskan usaha nenek moyang ana dalam mengIslamkan lebih ramai lagi orang2 di luar sana.  InsyaAllah...Ameeen..    = 'l


Wallahualam~~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.