Doakan, ikhtiar yang terbaik tahap terbaik antara yang terbaik. (y) macam haa!

Recently, diri ini kerap jatuh lemah, dari segi fizikalnya. Semua secara tiba2. Assume je as terlalu penat buat kerja.
Namun, keletihan yang disertai ketidakseimbangan badan itu lain macam pula :D
Eh, semoga ianya tidak ada petanda buat sakit2 yang pelik2. Semoga juga ianya tiada relationship dengan keguguran rambut ini :)
Pernah, recently, bila bangun dari tidur, kaki kebas, terus rebah sendiri di atas lantai. Astagfirullahalazim, itulah akibat terlalu penat sampai tidur dan makan terabai..ya Allah, betapa aku tidak menjaga amanahMu. Kadang, badan yang berlemak pun mungkin boleh menjadi penyebabnya.
Alhamdulillah, baru2 ni, baru je purchase vit B complex shaklee. Nak tingkatkan tenaga, insyaAllah. Beriadah pun sudah, dan mestilah dilengkapi dengan supplement kan?

:D

RM 67 je. Puas 3 tahun kakpah pujuk suh consume mende ni..


"Dua tiga bulan lepas, ada mimpi tentang sesuatu yang ..hmm...Saya reluctant untuk ke hospital, kerana telah berbotol darah disedut dari badan ni. Alhamdulillah, memandangkan diri ini masih lagi sihat walafiat, saya tekad untuk tinggalkan segala temujanji dan hidup sama macam orang biasa walaupun hari2 kena cover muka dengan make up mcm orang yang baru lepas kimo.Mimpi tu tentang penyakit saya berjaya didiagnosis dan keputusannya sangat tak baik untuk didengar oleh saya. Dalam mimpi tu, saya rasa kecewa lepas dengar diagnosis tu. Naudzubillah."

Saya berdoa dan minta pembaca blog juga berdoa akan kesihatan diri saya. Alhamdulillah, yang gugur mulai menumbuh dan semoga saya terus sembuh 100% dari keguguran rambut2 ini :) aamiin ya rabb.
**Skrg ni minggu exam, yabdabedu! Semangat masuk dewan, usaha sebaiknya, doa, dan tawakal :)

Smile :) Smile :) Smile :)

Blog post on 31/1/2015 - 01:27

Allah tidak pernah berkira :)

" Ini berkaitan dengan diri sendiri. Semester ini yang paling busy berbanding semester2 lepas. Semester yang paling banyak mengalirkan air mata, yang menyebabkan berat badan turun, x selera makan serta amat kurang duit untuk makan, semuanya dilaburkan untuk yang bernama study.
Student dan meggi x dapat dipisahkan. Semasa Malaysia dilanda krisi banjir, saya disini dilanda krisis kewangan yang amat teruk dek kerana mengahbiskan seuruh wang untuk fyp dan assignment serta perkara2 lain. Krisis ini juga menyebabkan saya hanya mampu menjamah berbungkus-bungkus meggi selama sebulan-dua di kampus dan mengikat perut. 

Melancong serta berziarah sahabat pun tiketnya sukarela ditaja oleh sahabat yg dah bekerja. Sem ini jugalah sem yang paling x cukup rehat, sem yang pertama kali membuat diri ini mengalami vertigo, keletihan melampau, dan kurang selera makan yg teruk (paksa makan byk..hihi).

Nak cerita disini, sewaktu mengikuti misi banjir tempoh hari ke Terengganu, saya sebenarnya dilanda kebimbangan yang agak besar kerana lusanya itu adalah hari untuk saya membentangkan assignment saya, dan, sejujurnya saya tidak sempat menyiapkan slide dengan sangat baik. Walaubagainamapun, setelah berjanji dengan diri sendiri untuk turun padang ke kwasan banjir, akhirnya, team kami sampai di sana. Saya, seperti biasa, bad mood sepanjang perjalanan sehinggalah balik ke rumah. Ketenangan bisa dicapai sewaktu telah sampai di kampung misi kami (sewaktu bermuayasyah) dan bila kami berhenti untuk bersolat. Waktu lain, macam biasa, bad mood x sudah. Mungkin sebab risau sangat kot.

Sepastinya, bila balik dari misi banjir, mesti akan kepenatan kan? Dengan slide yang huru hara, saya tinggalkan untuk pergi ke misi. Akhirnya, tiba hari pembentangan. Sudah diagak, presentation saya bakal ke laut dan memang dah sampai muara sungai pun..pensyarah saya agak terkilan dengan presentation saya masa tu.Namun begitu, alhamdulillah, atas kepercayaan dari pensyarah saya, beliau memberi saya peluang kedua secara individu dan tanpa slide untuk mewakili ahlikumpulan yg lain dan mengclarifykan apa sebenarnya yg saya ingin sampaikan dalam pembentangan tempoh hari..alhamdulillah, mission accomplished dan beliau sangat berpuas hati atas penerangan tersebut.
Tidak diduga, markah presentation saya setaraf dengan markah kumpulan2 lain dan amat baik sekali. Alhamdulillah, itu sahaja yg dapat diucapkan sewaktu melihat result. "

Waktu tu teringat sesuatu, "Allah uji aku sebab Allah nak bantu aku". Indeed, buat apa kerja yg baik, bukan jahat ye, tidak perlu berkira. Indeed, memang rasa terbeban, memang kadang rasa sakit sebab banyak mengalah, namun, Allah nak uji. Bagi saya yg kerdil ni, sepatutnya saya kena banyak belajar dari ibrah ini. Tak best pun berkira, yang lepas biarkan berlalu.
Huhu..namun, yang menyampaikan ini lebih besar ujiannya berbanding yang membaca..afwan..

Kadang2, yang perit kita lalui tu sebab Allah nak ganjarkan sesuatu, nak suruh kita sedarkan diri kita yang sombong ni, especially orang macam saya, yang selalu lupa akan nikmat Allah, semua rasa macam x cukup.

Saya rasa bad mood saya sewaktu dalam misi tersebut agak membantutkan proses memperbaiki diri saya, dan walaupun begitu, Allah yang Maha penyayang dan Maha Pemurah masih memberi ganjaran pada hambaNya yang penuh dosa ni. Ya Allah, ampunkan aku.

* menulis dengan harapan tiada yang mengenali penulis blog ni :D

MABIT 01

Pada 23/1/ 2014 yg lepas, ana bersama adik2 yang lain bersama di dalam mabit. MABIT stand for malam bina taqwa..cewah.
Allahu Allah, program kali ni disertai lebih dari 20 orang adik2, ramai bak ang.
Kat mana buat mabit ni? Kat rumah seorang kakak yg dirahsiakan namanya, di suatu lokasi yg terpaksa kami rahsiakan.

Mungkin, ini kali ke berapa yg x pasti berapa kali kan..haaa..yang mana ana jumpa adik2 yg baru dalam dunia tarbiyah yg terlalu gembira dan ceria dalam program2 sebegini. Sebagai kakak yg x sedar diri, ana rasa sangat gembira dan terpukul jap dengan semangat mereka. Program malam td amat mengecas ana semula, kerana ana rasa kurang ceria recently, kurg semangat. Namun, lepas join balik program ni, tibe2 jd ceria, sbb jumpa akhwat2 yg happy go lucky. Naqibah2nya pun asyik buat lawak je, x terlalu serius, jadi, adik2 ni amat tertarik dengan ini semua.



Plus, dibuat di lokasi yg amat jauh dari bandar, dan amat sunyi serta tak ramai orang, jadi, bebaslah nak berbising2 masa main game. Hihi. Bising macam jutaan twitter yg berkicau dalam masa yg sama..haha..best kan? Nama pun perempuan, memanglah suka benda2 camni :D

Malam2 disi dengan program pengisian dan game2 tarbiyyah yg mengalirkan air mata. Tak kurang juga ada program sweet couple..erk..haha..Masa ni naqibah pun kena join sekali, dapat dah couple2nye, dilabel dari golongan ansar dan muhajirin, dan haruslah memberitahu "1st impression" pada couple kami. Pastu, rotate dan rotate lah org yg di bulatan luar..hehe..
[susah nak explain dlm blog ni]

Ceria..kami sambut bithday salah seorang dari mereka

Surat ala2 sweet tarbiyah...tu pendek je tu, ada lagi kat belakang tu...heee :P


Kemudian, esok paginya, kami pg beriadah secara x sengaja lak, sbb nak sarapan di tengah padang permainan yg dekat dgn ladang2 di sekitarnya...hehehe...nak rasa sejuk gak kot..

Kalau malam2 kat sini, xde maunya, banyak haiwan berbisa kot, sbb ladang2 kan..

Riadah pakai baju kurung..wakaka
Masa ni, kami disuruh untuk beri je surat cinta kami pada couple2 kami, eceh, x kurang gak, naqibah pun bg kat adik2nya. Ok, dalam sepoi2 angin sejuk bertiup, kami volunteer nak baca surat2 cinta kami. Allah. Mengalir air mata, tersedu sedan setiap seorang membacanya. Nangis dan nangis...

Dalam sedu sedan membaca surat tersebut, bersulam dengan gelak tawa dalam air mata sebab surat tu ditulis dengan emoticon2 yg kelakar. Best kan? Gelak dan nangis sama2 dalam masa yg sama?
Overall, mabit ini amat kreatif aturcaranya. Sesuai untuk adik2 yg baru mengenal dunia tarbiyah. Semoga adik2 dapat mengecas dan jatuh cinta dengan Allah & naqibah2 boleh mencedok ilmu2 dari aktiviti mabit ini. heee

:D


Ukhti2 akbar anda ini milik Allah S.W.T

Sesuatu yang hidup pastinya akan menemui kiamat kecil (kematian). Sesuatu pertemuan pasti akan ada perpisahan.

"Ya Allah. Aku memohon kekuatan dariMu untuk menemui perpisahan yang bakal berlaku ini. Biarpun jasadku jauh, namun, rohku dihubungi dengan doa dari yang masih mengingatiku. Aku juga begitu, biarlah doa mampu menghubungkan kami di kejauhan.


Ya Allah, aku terlalu rindu, sayang dan disayangi. Semoga, aku redha, dan dia redha akan pemergian aku jauh darinya. Aku, dia bakal menyusuri fasa baru kehidupan masing-masing. Perpisahan itu bakal berlaku dengan lebih kerap lagi."
Alhamdulillah, kami semua baru memulakan hidup kami semua, aku juga begitu. Bakal memulakan tugas sbg RA rasmi di sebuah univ, yang memerlukan banyak masa diluar.

Diri kami yg senior, juga dilamar oleh adik2 untuk sentiasa bersama mereka, namun kami tidak mampu berbuat begitu. Juga kami, pastinya memahami kakak2 ana yang bakal meninggalkan kami adik2nya disini atas sebuah tugas membangun berbakti kepada ummah.

Warkah buat adik2 yang selalu bersama:
"Kami takut, takut andai kamu terlalu mengkagumi diri ini, kamilah segalanya untukmu. ataupun aku adalah untukmu. Ingatlah wahai adik, kami ini manusia biasa yang terlalu lemah, dosanya terlalu banyak, sehinggakan tiada yang sempurna buat memuaskan dirimu. Akk minta maaf banyak-banyak. Kami tidak mampu memenuhi kehendak kamu dalam mencari murabbi terhebat seperti yang kau dambakan."



Kami uhty2 akbar anda semua adalah milik Allah S.W.T. Milik Allah. Usah terlalu menyayangi, khuatir nanti kau bakal terluka, kau bakal kecewa.

Sedikit coretan atas tugasan baru semester ini:
"Ana, juga begitu, bakal mengangkat kaki untuk menjalankan permulaan kerjaya ana dalam bidang akademik pengajian tinggi. Peluang kerjaya, dan dalam masa yang sama memberi peluang untuk menyebarkan dakwah usah ditolak. Ana bakal travel banyak ke semua negeri di Malaysia, menetap di setiap negeri dalam masa yang agak lama bagi menyiapkan tugasan yang diberi."

*ana menulis selebarnya walau tiada di antara kalian yang bisa membacanya di laman ini.. :')
**menukilkan tulisan ini sambil senyum panjang~

Hati seorang mutarabbi I

Sedikit coretan usrahku :) :

"Ana juga seorang mutarabi. Mutarabbi seperti ana, dahagakan ilmu dan eratnya sesebuah hubungan di dalam tarbiyah. Alhamdulillah, ana temui segalanya di dalam tarbiyyah. Adik2 dan kakak2 di dalam BG amat periang, dan mudah mesra. Seronok sangat.

Bila mesej mereka, cepat2 di-reply, kerana kita semua bersaudara. Bila setiap kali bertemu, dipeluknya erat antara kami semua, tanpa mengira kau dan aku dari jemaah apakah...aku ikram kau isma, ah, persetankan itu semua, atas dasar iman, kita semua bersaudara, alhamdulillah :)
Bukan itu sahaja, usrah ini juga menemukan dan mengikat hubungan antara kami yg dahulunya saling tidak mengenali. :)
Cuma, adakah kau fahami hati seorang mutarabi?"

Mutarabi ni perlukan perhatian. Padanya, biarlah hanya ada usrah setiap minggu yang dapat menemukan ahli2 usrah seluruhnya dan beribadah bersama2.

Hati seorang mutarabi itu sebenarnya lembut. Dia rindukan kebenaran, belaian dan sentuhan dari murabbi. Dia rindukan ukhuwah yang didambakan oleh semua mukmin di dunia ini :')
Dia rindukan...rindu yang tak dapat mutarabi itu gambarkan lagi...Hanya Allah mengetahui akan apakah rindunya...

Mutarabi itu..
Rindukan hatinya disentuh dengan sentuhan tarbiyah.
Sentuhan ilmu,
Sentuhan kebenaran

Ujian hebat bagi mutarabi yang terdedah dengan pelbagai kejahiliyahan di sekitarnya, tanpa lindungan ibu ayah dan keluarga. Mutarabi yang kuat adalah yg sedaya upaya cuba menjaga dirinya dari disambar jahiliyah di sekitarnya.

Semoga Allah melindungi kau wahai mutarabiku sayang.
Dengan nafas cinta, doa serta ilmu semoga ia memudahkan jua perjalanan dirimu wahai mutarabi.

Mutarabiku, bertabahlah engkau di jalan ini. Jalan yang penuh duri, jerih dan payah dalam bermujahadah serta menjaga iman. Kuatkanlah langkahmu bersama ahli "selipar gergasimu"(kekuatan jemaah) yang lain agar langkahmu seiring serta lebih laju lagi. :)

Mutarabiku sayang, moga tsabat :')

..................................................................................................................................................................

Riwayat Muslim, Termizi & Nasai 1

Hari ini post ini mahu bercerita serba sedikit mengenai "pertengkaran" atau dalam bahasa Terengganu berbunyi sebagai "berbalah".
Tahukah anda, hati menjadi tidak tenang jika kita bertengkar?

Bertengkar ini sama seperti kita sengaja mahu menyakitkan hati manusia dan mencipta konflik dalam kehidupan.
Tidak dinafikan, sememangnya ada manusia yang gemar mengajak kita bertengkar, mencuit, menyakat, membuat provokasi serta kritikan supaya kita membalas semula perbuatannya itu.

Namun begitu, terpulang pada diri kita sendiri samada bisa menahan sabar atau tidak dalam hal ini. Hal ini adalah kerana syaitan sentiasa mengapi-apikan kedua pihak yang sedang atau bakal bertengkar. Setelah anda berjaya bertengkar atau bergaduh sesama anda, walaupun hanya hal-hal yang kecil, syaitan akan ketawa bergolek2 kegembiraan tanda dia berjaya melaga-lagakan anda supaya bergaduh.

Jika anda seorang yang kuat, anda pasti boleh berfikir dengan waras untuk tidak memulakan perbalahan dan jika ianya telah bermula, anda pasti bisa meohon maaf sekalipun anda tidak bersalah dalam hal itu. Rendahkan ego anda.
Cuba! Cubalah mengelakkan konflik dengan manusia, kerana susah andai telah berbuat salah dengan manusia :(

“Sesiapa yang meninggalkan perbalahan, sedangkan dia di pihak yang salah, nescaya dibinakan untuknya sebuah rumah di sekitar Syurga dan sesiapa meninggalkan perbalahan sedangkan dia di pihak yang benar, nescaya dibinakan baginya sebuah rumah di tengah Syurga. Dan sesiapa yang memperelokkan perangainya, nescaya dibinakan baginya tempat yang paling tinggi di dalam Syurga”.(H.R. Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Baihaqi)

Dalam hadis lain, "..Sesungguhnya ia perkara pertama yang ditegah dari Tuhanmu selepas (tegahan) menyembah berhala iaitu perbalahan”. (H.R. Tabrani).


Seandainya ada pihak yang cuba2 mencuit2, provok2 atau menyakat anda sehingga menyebabkan anda marah, cuba untuk tidak melenting. Sebaliknya, carilah alternatif terbaik.
Mungkin anda boleh mendiamkan diri untuk tidak membalas balik kata2 yang menyakitkan hati anda itu jika yang mengajak kepada perbalahan itu adalah orang yang sudah terlalu biasa atau sememangnya terkenal sikapnya yang suka berbalah.

Tahukah kamu, bahawasanya perbalahan itu sesuatu yang tidak baik? Mampu memecah-belahkan kaum Muslimin.
Photo
Apa yang terbaik adalah doa anda. Kerana, dalam doa, anda boleh meluahkan segalanya kepada Allah S.W.T. Elakkan bergosip atau memberitahu hal perbalahan itu kepada orang lain, khuatir nanti perbalahan itu akan menjadi semakin teruk.

Tiada guna andai kita membalas perbuatan tersebut dengan cara yang tidak baik. kerana, ini sama sahaja kita umpama mengetuk paku ke dinding hati lawan kita. Menanam parut di dalam hati manusia. Untuk apa? Sia-sia hidup kita.
Tolong. Tolonglah mudahkan jalan anda ke syurga dengan tidak berkonflik sesama manusia lainnya.

Pernah dengar x? Berjemaah itu menguatkan. Jadi, jika anda tidak mampu berjemaah, usahlah campakkan diri anda untuk dibenci manusia lainnya. Cukuplah dengan berbuat baik, usah menyakiti hati sesiapa sahaja.

Bak kata prof muhaya, biarlah kita menjadi manusia wajib. Manusia wajib maksudnya, ketiadaan kita meresahkan orang, keberadaan kita menyenangkan orang.