Cahaya wudhuk

Salam alayk,

Afwan, lama lak mendiamkan diri dalam gua exam.
Beberapa hari lepas, sewaktu mendengar kuliyah dari ustaz Nazmi Karim ( ustaz yg sangat kuat membantah syiah), yang dilangsungkan di TTDI Jaya, beliau ada menyebut tentang syafaat Rasulullah.

Rasulullah adalah nabi yang akan memberi syafaat kepada umatnya disana. Allahuakbar, untungnya kita dapat menjadi umat Rasulullah!
Dalam tausiyah itu, ustaz berkata, Rasulullah akan mengenali umat2nya melalui cahaya wudhuk di wajah dan tubuh umatnya. Allahuakbar.
"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:
“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu’.”
(H/R. Muslim, no: 250)

Ustaz menambah lagi, berwudhuk tu biarlah sempurna, kerana ianya hadir sebagai cahaya di hari 'sana'. Biarlah disapu rata di setiap anggota. Wah, bestnye bila sebut 'cahaya'.

"Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: 
“Sesungguhnya, umatku akan dipanggil pada hari kiamat kelak dalam keadaan putih (pada dahi) dan bercahaya (pada anggota) kerana kesan-kesan wudhuk. Maka barangsiapa yang mampu melebarkan warna putihnya, maka lakukanlah.”
(HR. Al-Bukhari, no: 136)
Pernah juga mendengar satu tazkirah dari seorang ustaz terkenal, beliau menyatakan sebuah kisah tentang wudhuk. Wudhuk ini, mengalirnya air2nya itu menggugurkan dosa2 kita. Jadi, "bersih"lah kita selepas berwudhuk untuk bersiap menghadap Allah yg Maha Esa dan memhambakan diri kepadaNya.


Nota lengan:
Ada satu kisah di zaman dahulu, tentang seorang imam, dan cerita tentang kesempurnaan wudhuk dan makmum dalam solat berjemaah tersebut yang "refuse" untuk menyertai utk menjadi makmum berimamkan Imam itu.

Ana mahu cerita, tapi, biarlah ana mencari semula kesahihan cerita ini semula :)

Alhamdulillah, cerita tentang wudhuk ini luas dan bagi saya, ianya bermanfaat buat kita semua kerana diri saya sendiri kadangkala terlepas pandang kesempurnaan wudhuk itu sendiri.

*iA, topik untuk adik2 usrah akan berkisar tentang kesempurnaan wudhuk. Kita mulakan dengan basic terlebih dahulu :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.