Komunikasi

Semua maklum bahawa kita semua mempunyai telefon pintar dan aplikasi perhubungan yang tidak memerlukan topup kalau nak guna. Tapi, ramai yang tidak cakna, bahawasanya, all those apps memerlukan penggantungan kepada jalur lebar tanpa wayar aka wifi dan mobile data.

So, sekarang ni dah jadi trend utk semua orang update apa2 event guna whatsapp. memanglah mudah, tapi, kalau ada emergency atau last minutes punye pertukaran, lebih baik jangan hanya update di aplikasi sahaja, sebaliknya update juga menerusi sms. Susah ke nak buat?
Kadang2, ketidak-caknaan kita ni sebenarnya yang menyebabkan kita terlepas pandang dengan kesulitan orang lain. Kita tidak fikir kesulitan orang lain. Ingatlah, tidak semua orang senasib dengan kita. Kita mungkin banyak bajet nak beli data, sebaliknya tidak bagi orang2 yang kurang berkemampuan.

Fikir sikit hak orang lain.
*tampar muka sendiri laju2..

Mengeluh lagi?



Post kali ni berkisar tentang tabiat mengeluh.
Perasan atau tidak, bila kita mengeluh, itu maksudnya kita tidak bersyukur dengan segala yang kita ada.

Mengeluh ni macam2. Ada yang mengeluh tentang wang, ada mengeluh tentang jalan jem, dan yang hari2 berlaku kepada pekerja ialah mengeluh tentang kerja.
"Alah, banyak giler kerja cik bos bagi!"
"Ingat aku sorg je ke kuli kau?"
"Cik bos ni tak faham2 ke yang aku ni dah bertimbun2 kerja?"

Gejala mengeluh ni dah jadi 'trend' pekerja sekarang ni kan? Tau x, dengan mengeluh sambil membebel siapkan kerja ni boleh mencetekkan IQ dan EQ sendiri. Sebab apa? Sebab stress! Bila kita stress, segala fungsi di badan jadi celaru. Sebab tu bila kita mengeluh dalam menuntut ilmu, ilmu tu susah nak masuk. Betul x?

Hehehe~

Hidup ni, kita just kena enjoy je, anggap kita tiada ancaman as long as orang tak ganggu hidup kita.
Kita buat baik kat orang lain, kita jaga juga diri kita.
Ibadah, amalan2 sunat tu jaga.
Jangan sampai kita enjoy dengan duni kita ni, kita lupakan Allah pula.

CIntai Allah, nescaya kau dicintai makhlukNya

Kita..
Selalu ada rasa cemburu sesama akhwat,
Selalu ada rasa cinta yang berlebihan sesama akhwat,
Namun, beringatlah, untuk mencapai cinta itu, belajarlah mencintai Allah terlebih dahulu.

Bila kita berharap pada manusia, kita akan mudah tewas. Jika kita terlalu mengagumi manusia, kita bakal mudah 'sakit' hati. Bila kita mencintai manusia melebihi cinta kita pada Allah, kita akan mudah tersungkur dan kecewa.

Jujurnya, kita dikelilingi ramai akhwat yang disayangi, namun, cinta pada Allah adalah yang terbaik. Sentiasa rindukan Allah..
Ingat, ukhuwah antara kita tidak bermakna andai cinta kita melebihi cinta kita pada Allah s.w.t. Bila kita mahu merasakan kemanisan ukhuwah,, rasai dulu kemanisan cinta pada Allah.

"O Allah, guide us all the to Your Jannah"

"Dalam menyebut2 nama ruqaiyah, semalam dia mesej. Telepathy..haha"

DIAM

Aku mahu beritahu, yang aku ditegur sebagai pendiam yang tersangat pendiam baru-baru ni. Ya, aku tahu, aku terlalu diam.

Jika kita tiada yang baik untuk dikatakan, lebih baik kita berdiam. DIAM je. Aku tengah praktis utk tidak banyak bercakap dan aku lebih suka hanya tersenyum (y).
Alhamdulillah, dari kakak2 staff meeting dari mana2 deprtment sampailah ke naqibah, semuanya menegur akan sifat pendiam ni..haha..best lak rasa jadi pendiam ni.

"Ibrah ini aku ambil dari beberapa peristiwa berdepan dengan orang yang banyak bercakap, namun, perkataannya diulam dengan  carutan, makian dan umpatan. Aku kaku. Terkejut. Aku tak mahu jadi begitu. Namun, kita tidak boleh menjauhi orang sebegini, sebaliknya, marilah ajak dia sama-sama bertaubat. Alhamdulillah, peranan ni turut dimainkan oleh kakak2 ofis yang lain juga turut membantu memberi contoh yang baik."

Namun begitu, aku masih berada dalam status kekeliruan dan kesenyapan yang melampau. Aku harap aku masih ok.
Aku rasa tenang pabila aku menjadi pendiam ni. Entahlah, tenang sangat.
Aku tenang dengan diri aku sendiri.
Aku semakin sayang diri aku sendiri.

Aku sedar, aku pendosa dan banyak dosa kita dtgnya dari berkata-kata yg tidak bermanfaat.
Aku tahu hidup aku tidak lama, maka, sebaiknya aku taubat banyak2..hihi..