Lillahi Taala

Apa yang kita faham tentang lillahi taala?

Selalu kan..bila kita buat sesuatu, mesti ada yang mengingatkan tentang "Buatlah sesuatu kerana Allah" / "Bersahabatlah kerana Allah". Common la tu ayat2 mcmtu. Tapi, bukan mudah nak buat sesuatu dengan niat lillahi taala.

Sebagai contoh, kita hadir usrah dengan niat taknak hampakan naqibah kita je, sebab aku free je, sebab aku nak jumpa kawan aku je dalam usrah tu. Ada tu, kita g program sebab nak jumpa kawan2 seperjuangan kita je, bukan sebab nak hulurkan tenaga dalam program tu. Oit. Tajdid niat.
Awak boleh buat camtu semua, tapi, main pointnya, buatlah kerana Allah. Sebab, nanti, bila awak bergantung berlebihan sangat pada faktor2 selain dari Allah itu, anda akan cepat rapuh dan give up. Masa tu la nak tarik diri kan?

Cuti sem haritu, saya kena hadir sebuah program yang memang saya kekok sangat2. Saya x pandai langsung nak menyantuni ahli2 dalam program tu. Dan, teringat lak kata2 naqibah dan usrahmate sewaktu membincangkan tentang keikhlasan. Waktu tu, memang ada rasa x yakin, give up dan rasa nak tarik diri dari program tu sebab saya tahu saya ni lemah, plus, saya pergi sorang2 je tanpa ditemani sahabat2 saya di sebuah tempat yang langsung saya tak familiar!

Sepanjang perjalanan, saya asyik memikirkan cara2 bagaimana nak manage kekangan2 itu. Bagaimana nak cope dengan situasi yang akward tu nanti. Rasa nak je berpatah balik ke rumah..haha..
"Tapi, teringat apa yang dibincangkan masa dalam usrah, so, just do it. Letakkan pengharapan pada Allah. Buat benda 'bosan' tu pun kerana Allah. Tajdid niat, jangan berprogram sebab nak jumpa bestfren2 dalam tu, tapi pergi jumpa masalah2 dalam program tu. Pergi peluk masalah tu."
"Akhirnya, alhamdulillah, Allah permudahkan urusan minggu tu dengan pakej ganjaran2 yang tidak dijangka. Pastu, ditakdirkan, jumpa pula ramai sahabat2 baru dalam tu. Jadi, xdelah rasa janggal sgt dalam program tu. Banyak pula belajar tentang psikologi manusia, syukurlah. Jumpa juga dengan manusia2 yang mengabdikan diri dan harta mereka semata-mata ke jalan dakwah, sanggup berpanas berlelah semata2 untuk bersama para madu'u dan benar2 mengorbankan hasil titik peluh dan lupakan kemewahan mereka semata2 untuk membangunkan madu'u2 mereka. Subhanallah.
Ganjaran Allah pada mereka tidak ternilai banyaknya. Malahan, tempias ganjaran Allah itu pun terkena pada saya dan aktivis2 yang lain secara tidak langsung sewaktu program haritu berbagai keajaiban berlaku sewaktu kami semua berprogram dan tempiasnya hanya tamat setelah kami sampai di rumah yg kami bermaustautin. Benarlah, duduk bersama orang2 soleh dan solehah ni, yang benar2 ikhlas mengabdikan diri mereka di jalan dnt ni memang memberi 1001 hikmah dan kebaikan. Subhanallah.
Usah kata hanya satu, malahan beribu-ribu ilmu yang kami semua bawa pulang dari rumah program haritu. Macam2 ilmu kami dapat secara tidak langsung. "
Alhamdulillah. Program tu xdelah sebosan yang disangka, malahan seronok juga. Dan, benarlah ada bezanya bila kita pergi program dengan niat kerana dunia dengan niat kerana Allah. Ada bezanya.
Dan, dari program haritu, maka, diri ini dah disentap2kan dengan pelbagai peristiwa dan sesi tarbiyah harian yang super dasyat. Nampaknya, memang banyak lagi kekurangan pada diri ini.

Ok, makanya, sama2lah kita beramal.
ILMU IMAN AMAL. Eh? ( Motto zaman sekolah dulu!)

*penulis tengah migrain dan sakit perut, sebab baru lepas duduk tengah padang yg panas utk kira markah rumah sukan budak2 sekolah rendah i-musleh..hihi..(org lembik cmtuler..hahaha!)

Kbai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.