Street Dakwah 1

Salam,

Kali ni nak story sikit berkisar pengalaman street dakwah. Alhamdulillah, everything goes well.

Pentingnya kita rebut peluang berdakwah. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang itu. Bertempat di sekitar port Klang, kami berempat berjalan di sekitar mencari-cari target masing2.
Ya Allah, kawasan kami itu sunyi kerana ianya adalah hari Ahad. Kawasan itu dipenuhi non-muslim dan juga kedai2 judi, kedai2 lama, pusat snooker dan lorong2 sunyi.
Tidak ketinggalan, di tepi2 jalan, terdapat beberapa peniaga ubat kuat, minyak pengasih ( maybe) dan tongkat ali wa ginseng.

Maka, ana dan hanna mencari target, dan akhirnya di depan sebuah kedai nombor ekor, terdapat seorang aunty cina yg sedang menetak2 kayu tongkat ali itu kepada serpihan2 kecil. Ana menarik tangan hanna, dan tiba2 langkah kami terhenti pabila terlihat sebilah parang besar berkilat di tangan aunty tersebut..hahaha!!

Dalam hati berkata, ni kalau kena tetak ni, arwah! haha!
Tapi, kita nak berdakwah, takpe, biarlah mati kerana Islam pun x mengapa. Maka kami approach aunty tu, dan mendapat feeedbanck yang baik..hehehe..Lega...
Aunty nampak seperti orang yang penyayang. Ceh, parang tu...heheh..

Inilah aunty yg kami approach. Kayu tu kayu tongkat ali..Nampak x parang yg aunty tu gunakan  terletak betul2 tepi
kotak tu?
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke kedai2 yang ada di lorong yg sunyi dan berhampiran pusat snooker. Alhamdulillah, feedback semuanya baik2 belaka.

Antara reponden yang tekun mengisi borang survey kami

Cuma, yang kesal, bila dilihat wajah kami yang memang muka orang melayu ini, kami digelar racist.
Tak kurang juga, ada yang sampai keluarkan surat rasmi MPK sebab mereka fikir kami ini orang "keris" kot. Nampak sangat mereka terkesan dengan isu orang cina sebagai penceroboh di Malaysia.

Astagfirullahalazim...nenek ana sendiri cina mualaf, arwah atuk yang tarik dia ke Islam. Untuk apa ana menyokong kenyataan cina sebagai pendatang? Jadi, aku ni pendatang? Penceroboh?

Lastly, pengembaraan kami dah selesai, pengalaman mmg awesome. Ana nak join lagi. Dan sepatutnya pd hari yang sama ada lagi satu SD aku pada mulanya kena join, iaitu, Malaysia Reverted Muslim ada buat juga street dakwah. Diorang bawa banner dan approach orang. Kami bawa borang survey dan approach orang.

Actually, lebih susah lagi bila bawa banner dari approach orang dengan bawa survey. Mereka buat SD di KLCC, dlm LRT dan kawasan pejalan kaki dan kami di Port Klang.

Overall, program kali ini lebih menjurus kepada dakwah berbanding Islah. Seronok. Kerana, perkara yang sama sedang berlaku kepada diri ana di dalam kelas bersama pelajar2 chinese. Kata akhawat, tanggungjawab kini lebih besar dan juga perlu follow-up mad'u2 ni. 
Usah berkecil hati dengan mereka, just approach.

Sebab, murobbi itu tiada masa untuk termakan hati or what. 

Ok, jom lambai2 tangan..Nak minta diri dah...

Wsalam. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.