Rumah Allah di alam mimpi

Oh bintang, aku rindu untuk kamu hadir di dalam mimpiku di setiap tidurku.
Kau tanya, nape aku suka tidur awal?
Kerana, dalam tidur itu, mimpi yang hadir membawaku ke sebuah masjid yang sangat cantik, solat berjemaah dalam sebuah masjid yang sangat indah pemandangannya. 


Cehwah. Kan mimpi ni kadang menjadi tempat kita melepaskan lelah. Tiba2 je ada view yang cantik di dalam mimpi kita..hehe..
Semoga dijauhkan dari mendapat mimpi gangguan dari syaitan2, dan bermohonlah mendapat mimpi yang berkah. Jom tidur.

Muayasyah 1

[Blog ini ditulis dalam keadaan penulis yang sedang sakit perut dan berulang-alik ke tandas je...]

Ke Klang selepas berada di Cyber & KL tempoh hari. Berbekalkan pelbagai makanan2 dari rumah makngah yg dibekalkan oleh pakngah yang bersifat keibuan itu (memang pakngah bekalkan untuk orang Klang jugak tu), maka, bergeraklah saya ke Klang. Di Klang, saya bermalam di rumah sahabat saya (ayahnya ajk pusat). Malamnya, kami ke pejabat disana, dan disitulah, baru berjumpa dengan pakcik2 IKRAM yang add saya dalam fb (biasanya kita yg patut add pakcik2 ni)...hehe..malunyer..

Sahabat saya dan adik-beradiknya yang lain bersekolah di Hira. Hebatlah depa, adiknya join LKD pula tu. Sangat hebat. Disana, kami berbual panjang bersama ahli keluarganya. Segan bak ang..Awatlah segan sangat ghasa...Sebab, ayahnya peramah sungguh, baik sesangat mengalahkan maknya..Allahu..merah muka sebab x biasa dengan lelaki...

Timbul juga cerita tentang arwah makcik Siti Marhamah, isteri pada pakcik Nahar. Rupanya, arwah sakit dah lama, kansernya telah berada di tahap 4, namun, usianya melebihi dari jangkaan doktor yang selalu kata usianya tidak panjang lagi (3-4 bulan). Arwah mkcik marhamah boleh bertahan bertahun lamanya. Subhanallah, indeed, jika sakit, semangat positif itu perlu ada dalam diri. 

Selepas itu, tibalah hari saya ke Jeram sebelum pulang ke tanah kelahiran sendiri. Alhamdulillah, selepas memandu selama setengah jam dari rumah Hana, akhirnya tiba di Jeram. Teringin nak makan seafood di pantai jeram..hehe..
Di Jeram jugalah terletaknya SMI Hira' dan tadika Hira'. (saya pernah ke SMI Hira').

Di pantai, aktivitinya ialah mencuci mata, melihat alam semulajadi. Angin yang kencang dan pemandangan yang cantik membuatkan kepenatan hilang seketika walau di tengah terik mentari. 

View la kunun..ada lg view lain, x sempat nak hapload

Medan Ikan Bakaq, Jeram
Selepas berada di Jeram, cadangnya akan ke Sg Besar, melawat sahabat arwah mama saya, sefikrah dengan arwah mama, isteri ustaz Yusof, ustazah Zaleha aka makcik leha (mak kak muna). Namun begitu, selepas call kak muna, akk kata, mak dia suruh datang bulan 4 ni (sbb dia bz program), plus boleh lepak lama disebabkan kak muna akan berpantang di sana nanti. Boleh adakan chit chat wanita...kekeke...
Terharu, rupanya, makcik zaleha dah suruh kak muna perketatkan lagi pengawasan ke atas diri ini yang memang terkenal dengan kenakalannya...huihui...Jzkk makcik.
Ibrah dari prcutian kali ini lebih kepada pentingnya keluarga sakinah, pentingnya mendidik anak2 dari dalam perut lagi dan meningkatkan mutabaah amal.

Itulah serba sedikit coretan percutian kali ini yang x berapa nak mewah, namun, percutian kali ini sangat mewah dengan kasih sayang. :))))

Kasih sayang, itu sahaja dah membuat seorang anak (yg kurg kasih sayang sepertiku) gembira dan bahagia. 
Jzkk pakngah, makngah, ustazah, adik2, pakcik2, makcik2 yg merupakan sahabat arwah mama dan juga sahabat ana sendiri. Semoga kita berjumpa lagi di dalam muayasyah yang akan datang. :)))

PPRAY 1

"Cuti cuti ni, saya berprogram lagi. Tidak banyak programnya. Program kali ni adalah untuk mencabar diri sendiri. Saya sedar, saya ada beberapa kekurangan, maka, join program2 sebegini adalah yang terbaik untuk mencari jawapan. Jawapan, yang tidak ku temui.
Disini, saya dapat belajar serba sedikit psikologi kanak-kanak dan anak-anak muda.Hoyeah. Rupanya..."

Disini, tarbiyyah tidak pernah lekang walau seminit. Tarbiyyah secara menyeluruh dari peringkat bayi sehinggalah penghujung remaja. Sesi kehidupan bermula seawal jam 5 pagi. Tidak dijangka, tugas sebagai biro kerohanian dan disiplin yang dipegang semasa di UiTM 5 tahun dulu menjengah semula bermula lewat malam.

LEWAT MALAM
Alhamdulilah, memandangkan diri sendiri telah terbiasa dengan tidur awal (Paling lewat jam 1pg), maka, mudahlah mengajak adik-adik masuk tidur awal.

SUBUH
Subuh, dipaksa setiap satunya bangun.
Bukan mudah, kerana waktu subuhlah waktu yang paling sedap tidur. Setelah bertahun, hari ini menjadi kakak yang tegas.

PAGI
Waktu dhuha kami diisi dengan sesi tazkirah (saya membawa tazkirah kali ini) ringkas dan santai serta sesi soal jawab bersama adik-adik kecil disini. Mashallah, kecil-kecil lagi mereka telah faham dengan tarbiyyah. Atas kesedaran bersama, ramai yang berminat untuk bertanya tentang usrah, tarbiyyah dan konsep "ukhuwah fillah" yang sebenar.
*bab2 bagi tazkirah depan adik2 ni dah tinggal since 4 tahun lepas semasa di UiTM..

Adik2 yg tak sabar2 untuk bertanyakan soalan

PETANG
Petangnya, disuruh adik-adik bersama-sama mengemas. Masa terluang, diajak mereka membaca al-quran, namun, kali pertama juga bagi saya pabila terpaksa membaca al-quran sambil sebelah tangan menghayun-hayun rotan pak ustaz.
Boleh cuba bayangkan tak? Kak Yana baca quran sambil hayun2 rotan panjang...
Ini atas arahan pihak mereka untuk berbuat demikian.



MALAM
Waktu malam sesi pembelajaran, tak kiralah samada subjek kerohanian atau subjek persekolahan. Waktu-waktu sebegini, ramailah akak2 dan abang2 USIM datang join jadi tutor adik-adik semasa belajar. Subhanallah.
Seronok, kerana dah lebih 2 tahun meninggalkan bisnes tutoring. Malam2 disini pula dapat diisi dengan perkara2 sebegini.

Study

Soalan IQ

Sedang menghafal sambil pejam mata :D

Math

WAKTU-WAKTU LAIN
Diisi dengan aktiviti mengemas dan beriadah. Kadang-kadang, bawak lari anak ustaz. Hee~
Kadang-kadang, adik2 nak berkongsi masalah.
Kadang-kadang, saya ter"online" sebentar. hihi



Untung Wafa, ramai kakak2 kat sini. Sape2 yg nak bermanja2 dengan kakak2 je tu, mehla jadi baby kat sini..HAHAHAHA!
Sungguhpun begitu, segala tempat pasti mempunyai sejarahnya. Asam garam kehidupan, penuh ranjau dan duri, hanya insan terpilih yang melaluinya. Namun, mereka kental tidak berputus asa sama sekali. Alhamdulillah. Jzkk ustazah dengan menubuhkan pusat2 sebegini untuk mentarbiyyah anak-anak ini dengan begitu baik.
Corak masyarakat itu ada corak yang kita nukilkan. InsyaAllah :)

*maka, tidak sempatlah membaca buku yang naqibah anjurkan baca. Asal baca je, merah muka, tekup muka, geleng kepala, sorok muka dalam tudung, asyik istighfar je...err...sbb nak adapt pada penggunaan bahasa yang mungkin jarang didengar secara rutin..Astagfirullahalazim....................

Dakwahku duniaku

Hidupku untuk dakwah dan sebarkan ilmu. Itu juga salah satu sumber kekuatan dalam hidup.
Indeed. Kita sebagai golongan senior2 ni, kadangkala kurang sabar melayani kerenah adik2 yang baru menjelajah ke dunia dnt. Kerenah yang kadangkala menyakitkan hati dek kerana tabit mulut laser yang masih belum terkikis.

Alhamdulillah, banyak belajar dari perkara2 sebegini. Sebagai orang yang diuji kesabarannya, memang rasa nak marah sangat pabila ada yg biadap dengan sengaja dalam perbualan. 
Memang tak boleh nak sorokkan kemarahan itu, mesti akan ada rasa nak tgur direct2 pada mereka.
Namun, demi nak "menarik" aka menggoda mereka supaya suka dengan tarbiyyah, sabor je la.


Kata seorang sahabat, raikan je terlebih dahulu. Jangan tegur direct, sabar dulu, cari medium lain untuk menegur supaya mereka suka dan tidak lari dari godaan kita ini. krik3..

Haruslah belajar, belajar buat muka tak makan saman, hati kental bak selut tebal, dan ignorance tahap dewa pada perkara2 remeh ni. (kenyataan ni mungkin kurang difahami, mohon adik2 yg x faham jgn ikut). Hati kena kuat, kena tepis kiri dan kanan segala perasaan terasa hati dengan kebiadapan adik2 dan berlapang dada bak kata naqibah..cehwah!! 

Usah tunjuk di wajah yg kita terasa la bagai...haish, payoh gok jd musafir dunia ni...huhu...
Just go on. 
Kadang2, sebagai mutarabbi pun, kita ada gak terasa dengan murabbi kita kan? 
Bersangka baik, murabbi tak bermaksud nak layan kita macamtu, dan sentiasa percaya, murabbi ni insan2 terpilih yang didatangkan khas buat kita, untuk kita muhasabah diri kita balik.
Pernah sahabat kata, murabbi ni cerminan mutarabbi nye weh. Indeed, kadang2, mutarabbi tu duk ikut perangai murabbinya juga, kadang2 personaliti mereka tu sama je..hehe..ibarat cerminan pada satu sama lain pula..hikhik...

Moralnya, cerminlah diri sendiri sebelum menunding pada seseorang :D