Projek CCTVku :)

Salam.
Hari ni nak kongsi sikit bab hobi. Hobi, semua orang ada hobi. Wakaka, macam2 ada. Hobi aku antaranya ialah menyelusuri kemahiran kejuruteraan walaupun aku bukan minah engineer. Aku minat programming dan ada company yang minat untuk jadikan aku programmer part time mereka. Oklah tu. Hobi jadi kerja.
Sekarang, berjinak2 dengan sistem2 lain, dan berbincang tentang idea2 baru untuk direka cipta atas gabungan2 idea2 ini.

Sekarang projek aku ialah untuk custom cctv di bilik hostel aku. Nak buat apps sendiri untuk install cctv dengan kos yang sangat2 rendah yg mampu untuk pelajar2. Boleh x agak2? Projek sedang berjalan. huhu...Cctv tu pun aku sendiri yang akan reka sikit dalamannya. Tett....

Bosan x dinafikan jika hanya belajar sesuatu yang exam oriented sahaja, kadang2 nak juga bermain2. Main dengan apa yg org2 lelaki barat selalu main..keh3...( Anak mat saleh, secondary school pun dah pandai cipta teknologi diorg sendiri, even kereta pun leh buat sendiri.)

Gambar? Hmm, nanti aku upload sebab ni kan blog aku, jadi ikut suka aku la bila nak upload gambarnya.
Banyak benda kena modified..huhuhu...x best, tapi agak mencabar..huhu..

Bila adanya "otak lelaki" dalam badan perempuan, kudratnya tidak sama seperti badan seorang lelaki yang dengan mudah boleh modified barang2 yang perlu diubahsuai itu..Takpelah, bersyukur pe jadi perempuan :)
Boleh buat anak banyak2..

Hmm...hm...nak settlekan projek ni cuti ni. Hmm, terfikir, camne nak ubahsuai body untuk cctv tu nt? Sebab papan litar x boleh tembus ke windows nya...Sebab lubang body tu masih dara, nak kena pecahkan daranya tu. Hahaha.

Kbai..
(Otak kuning jgn pikir yg bukan2...)


Kerajaan tipu kita, kita tipu kerajaan ke cane? EDISI GERAM!

Aku tak faham zaman la ni, semua benda nak bercukai. APakah aku yang sengal x tahu function cukai tu apa..
Tapi, cukai terlalu banyak sehingga menyusahkan rakyat, dan x lama lagi nak letak GST lak dalam negara. Hmm, katanya barang2 akan semakin mahal. Perasan juga sekarang ni matawang Malaysia semakin kecil.

Anak2 muda zaman sekrang ni, kalau xde duit nak sambung belajar, tak payah pergi belajar, ataupun pilihan terakhir, pinjam je PTPTN tu haa. Punyelah cekik darah, siap dgn cukai perkhidmatan = bunga wa pokok tu sebenarnya. Grad je, terus pikul hutang bertimbun atas bahu. Grad je terus nak kena cari duit sebab nak bayar balik hutang2 yg berlambak selambak tu. Aku tak setuju la walaupun aku bukan peminjam PTPTN. Aku ni anak yatim piatu sekrang ni, jadi aku faham camne rasa jadi susah, takde duit, tak cukup duit tu sume.

Lepas hutang PTPTN, graaduan nak beli kereta katanya nak guna untuk pergi kerja, nak berkeluarga nak bawa anak2. Hutang lagi! Mungkin RM40k - RM90k x lari harga kereta tu sebab kebanyakkannya nak beli kereta baru. Campur interest rate lagi, jadi jumlah pinjaman tu dah bertambah. Pastu, nak sewa rumah, nak kena bayar bulan2, yelah kerja di sana sini. Tapi sampai bila nak menyewa rumah kan?
Rugilah asyik sewa rumah, jomlah beli property sendiri sebijik. So, nak beli rumah yang rata2 selesa untuk diri dan anak2 ialah lebih kurang RM200k di melaka, RM500k di area2 seperti Shah Alam ( selesa bagi aku sebab aku nak ada anak ramai2). Eh, buat loan lagi, bayar dalam 30 tahun gitu. Assumption lah ye, jgn marah aku.

Jadi, meh flasback sikit hutang2 lu olang:
PTPTN = RM60k( ipts), RM20k ( ipta)
Kereta = RM50k
Rumah = RM200k
Muda lagi dah kena pikul hutang hampir setengah juta, kire istilah jutawan setengah negatif aka -1/2 jutawan ni dah layak dipikul oleh rata2 anak muda sekarang ni. Tu anak muda yang still ada mak ayah nak cover. Yang xde? Alhamdulillah, aku dah ada sebuah property habis bayar, kereta habis bayar sebijik. iA, aku akan cari juga rumah nanti, dan aku juga akan tergolong dlm kategori manusia yg berhutang utk beli rumah. Tak pasti lagi, ada cadang2 nak beli rumah di shah alam, seksyen 7 :)

Kereta? Aku dah buat keputusan nak beli kereta import cash, bukan hutang. Rugi aku nanti utk revenue but not LTA.
Aku ada beberapa cara nak "tipu" kerajaan kita dan mendatangkan profit kepada kita dengan banyak yg amat, tapi, bak kata subjek finance, High risk, high return :)
Cuma, berani x berani je. Gila x?

Tapi, aku x berniat nak menggunakan semua cara itu. Cara ni cara international yg x melibatkan dadah, atau rasuah. Ia lebih kepada 0% interest, 0% credit. Kira, membebaskan diri dari hutang, perform well in finance management dgn lebih bijak. Sebagai amatuer financial analyst di dalam kelas dan kalangan kawn2 aku selama 3 tahun ni, aku cuba merangka beberapa framework utk kewangan aku. Dan, aku rasa aku bodoh dalam mengurus kewangan aku jugaklah.

Namun, aku bersyukur teramat atas anugerah Allah. Allah permudahkan jalan hidup aku, belajar tidak perlu berhutang, property sendiri dah ada sewaktu usia 21 tahun, business kecil2an yg tergendala dah ada demand dari kawan2 yg minta dirkrut sebagai anak2 pelapis, kereta yg terpaksa beli dulunya beli dgn cash money. Cuma, pernah gak pinjam PTPTN dulu masa diploma sbb nak jaga mak sakit, yg mana sebabnya xnak susahkan mak. Last2 diploma tu x habis, amik asasi masuk degree dgn tajaan. Alhamdulillah. Mak yg sakit pun dah arwah, semoga bertemunya di syurga.

Post aku ni lebih kepada nak tolong meluahkan isi hati golongan yg berhutang untuk hidup. Apa nak jadi dengan dunia akhir zaman ni. Habis semuanya berhutang, sampai tahap kronik, ada yg muflis. Zakat tak diberi pula pada tempatnya, orang2 susah banyak kat luar sana, cukai dikutip2 disana sini, tarah je semua org bila bab kutip duit, jenayah meningkat sebab Y distribution tidak pada tempatnya, merungut bila ada jenayah yg banyak, namun hukum hudud tidak pula disokongnya, dibantah habis2an. Orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin. Wahai yang ada kuasa dalam dunia ni, jawablah anda di hadapan Tuhan nanti akan segala hak2 kami yang anda rompak habis-habisan demi kepentingan puak2 anda. JAWAB!

Nak buat sesuatu tu, tolong fikirkan orang lain yg kurg mampu. Sampai hari ini aku tak puas hati kes biasiswa ditahan utk ke oversea tu. AWAS, mahkamah akhirat itu adil.

Sekian.

Sejadah basah

Salam alayk,
Post kali ini lebih berkisar kepada perihal sejadah, telekung, kain sembahyang dan air mata. Tahu x apa kaitan semuanya ini?
Banyak kaitannya, dan amatlah common.

Ya Allah. Sebagai manusia yang kerdil, ana pasti, ramai antara kita yang dah berbanjir sejadahnya debanjiri air mata kerana merintih kepada Allah.

Tahukah korang, bila kita merintih pada Allah itu adalah waktu terbaik sebenarnya untuk berehat? Masa itu kira macam chitchat la, tapi lebih kepada merintih sayu mengharapkan keredhaan Allah serta memohon petunjuk Allah. Umat zaman sekrang ni, bila ada masalah je, terus tulis kat fb, kutuk2 maki2. Pastu ajak kawan2 ngumpat hal2 yg x patut sebab sakitnya hati. Apa kata, bila kita ada masalah camtu, kita merintih pada Allah?

Sebagai contoh, kita ada terasa hati pada seseorang, kita takyahlah nak sindir2 dia dan marah2 dia, tapi kita memohon pada Allah akan petunjuk dan kesabaran. Sebab, kau marah org tu teruk mana pun, yang pegang hati dia Allah.Jadi, mengadulah pada Allah akan sakitnya hati kau tu, semoga mendapat kekuatan dari doa itu.

Waktu lepas solat tu, terasa seperti semakin dekat dengan Allah dan sangat relax time tu. Seperti ada pelindung yang datang "ramai" sangat di sekeliling kita, yang menjaga kita. Cubalah. Best.
Time tu, memang kalau berdoa pun pasti akan terasa sayu je, mudah sangat menangis.
Ustaz ada kata, orang yang mudah menangis ni hatinya lembut. :)

:))))
Sekian.