Riwayat Muslim, Termizi & Nasai 1

Hari ini post ini mahu bercerita serba sedikit mengenai "pertengkaran" atau dalam bahasa Terengganu berbunyi sebagai "berbalah".
Tahukah anda, hati menjadi tidak tenang jika kita bertengkar?

Bertengkar ini sama seperti kita sengaja mahu menyakitkan hati manusia dan mencipta konflik dalam kehidupan.
Tidak dinafikan, sememangnya ada manusia yang gemar mengajak kita bertengkar, mencuit, menyakat, membuat provokasi serta kritikan supaya kita membalas semula perbuatannya itu.

Namun begitu, terpulang pada diri kita sendiri samada bisa menahan sabar atau tidak dalam hal ini. Hal ini adalah kerana syaitan sentiasa mengapi-apikan kedua pihak yang sedang atau bakal bertengkar. Setelah anda berjaya bertengkar atau bergaduh sesama anda, walaupun hanya hal-hal yang kecil, syaitan akan ketawa bergolek2 kegembiraan tanda dia berjaya melaga-lagakan anda supaya bergaduh.

Jika anda seorang yang kuat, anda pasti boleh berfikir dengan waras untuk tidak memulakan perbalahan dan jika ianya telah bermula, anda pasti bisa meohon maaf sekalipun anda tidak bersalah dalam hal itu. Rendahkan ego anda.
Cuba! Cubalah mengelakkan konflik dengan manusia, kerana susah andai telah berbuat salah dengan manusia :(

“Sesiapa yang meninggalkan perbalahan, sedangkan dia di pihak yang salah, nescaya dibinakan untuknya sebuah rumah di sekitar Syurga dan sesiapa meninggalkan perbalahan sedangkan dia di pihak yang benar, nescaya dibinakan baginya sebuah rumah di tengah Syurga. Dan sesiapa yang memperelokkan perangainya, nescaya dibinakan baginya tempat yang paling tinggi di dalam Syurga”.(H.R. Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Baihaqi)

Dalam hadis lain, "..Sesungguhnya ia perkara pertama yang ditegah dari Tuhanmu selepas (tegahan) menyembah berhala iaitu perbalahan”. (H.R. Tabrani).


Seandainya ada pihak yang cuba2 mencuit2, provok2 atau menyakat anda sehingga menyebabkan anda marah, cuba untuk tidak melenting. Sebaliknya, carilah alternatif terbaik.
Mungkin anda boleh mendiamkan diri untuk tidak membalas balik kata2 yang menyakitkan hati anda itu jika yang mengajak kepada perbalahan itu adalah orang yang sudah terlalu biasa atau sememangnya terkenal sikapnya yang suka berbalah.

Tahukah kamu, bahawasanya perbalahan itu sesuatu yang tidak baik? Mampu memecah-belahkan kaum Muslimin.
Photo
Apa yang terbaik adalah doa anda. Kerana, dalam doa, anda boleh meluahkan segalanya kepada Allah S.W.T. Elakkan bergosip atau memberitahu hal perbalahan itu kepada orang lain, khuatir nanti perbalahan itu akan menjadi semakin teruk.

Tiada guna andai kita membalas perbuatan tersebut dengan cara yang tidak baik. kerana, ini sama sahaja kita umpama mengetuk paku ke dinding hati lawan kita. Menanam parut di dalam hati manusia. Untuk apa? Sia-sia hidup kita.
Tolong. Tolonglah mudahkan jalan anda ke syurga dengan tidak berkonflik sesama manusia lainnya.

Pernah dengar x? Berjemaah itu menguatkan. Jadi, jika anda tidak mampu berjemaah, usahlah campakkan diri anda untuk dibenci manusia lainnya. Cukuplah dengan berbuat baik, usah menyakiti hati sesiapa sahaja.

Bak kata prof muhaya, biarlah kita menjadi manusia wajib. Manusia wajib maksudnya, ketiadaan kita meresahkan orang, keberadaan kita menyenangkan orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.