Jumaat bersama akhwat2 Manipal :D

Asalamualaikum semua......
Malam esok, ramai sahabat-sahabat akan datang ke rumah kami untuk sebuah kem ibadah (xlah kem sangat) or dipanggil sebagai malam MABIT yang diadakan menjelang penghujung semester dan juga final exam yang lagi beberapa minggu ni......Beberapa student dari beberapa buah universiti berlainan juga akan join malam ini....hoho....Antara aktiviti yang bakal dilakukan esok ialah antaranya :

  • Memasak beramai-ramai
  • Usrah
  • Ceramah agama
  • Pembentangan group by group
  • Tidur bersama-sama
  • Makan bertalam means makan sepinggan
  • Sesi ice breaking antara IPTA/ IPTS
"KOT" Expectation ana begitu ..hehehe
Kami berhibur sambil mengingati Allah dalam keadaan yang sederhana.. Di sini, kita juga bebas nak buat apa sahaja selagi x bertentangan dengan agama.

Inilah yang dinamakan sebuah 'Bulatan gembira' terbesar selain dari yang dibuat setiap minggu ini...
Err, sory la kalau ada yg silap term kat sini. Tolong betulkan saya :)

Aktiviti mcmni bagus sangat sebab kita leh kenal-kenal sahabat2 dari universiti yang berlainan dan melebarkan sayap ke setiap pelusuk negeri dan juga negara dek bertambahnya kenalan.

Esok akan adalah sebuah perkampungan ibadah dan betapa seronoknya menunggu hari esok. Dianggarkan ramai jugaklah yang akan datang bermalam di sini...huhu....Mcm raya lah pulak!!!

Yosh! P kemas umah.
So, sekian sahaja...
Wasalam.
;-))


Ciri-ciri seorang naqib/ naqibah

1) Berilmu pengetahuan
2) Menjaga ibadah
3) Berakhlak mulia
4) Menjaga masa
5) Pemurah
6) Prihatin kepada ahli usrah
7) Mempunyai sifat sabar, ‘ithar’ dan ‘tasamuh’
8) Tegas, kuat cita-cita dan beramal
9) Berfikiran kreatif dan kritis
10) Bersikap lapang dada dan terbuka
11) Dihormati dan menghormati
12) Dan lain-lain perkara mahmudah

“Naqib adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiyah, takwin, pengambilan baiah, pengaliran qiadah, dan membuat keputusan (qarar)” - Said Hawa, Al Madkhal Ila Al-Muslimin : Hal 95-96




IRI PERTAMA
Ciri-ciri Murabbi :

Naqib ialah seorang Murabbi yang mempunyai syakhsiah yang unggul, semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli-ahli sehingga mampu memikul amanah perjuangan di semua peringkat. Para Murabbi adalah orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugas-tugas pentarbiahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Allah Taala.

CIRI KEDUA
Ciri-ciri guru atau mu’alim :

Naqib adalah seorang mu’alim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka di dalam bidang keilmuan.

Ditegaskan di sini bahawa para Nuqaba’ dan Naqibat hendaklah mendalamkan pembacan dan pengetahuan tentang Fiqh Dakwah, gerakan dan jemaah-jamaah, Fiqh Al-Bina dan At-Taqwim.

CIRI KETIGA
Ciri seorang bapa atau ibu (Al-Ab atau Al-Umm) :

Naqib /. Naqibah adalah seorang bapa / ibu (yang bertanggungjawab) menumpukan sepenuhnya perhatian, kasih sayang, belaian mesra kepada anak-anaknya dengan menaruh harapan yang tinggi agar anak-anaknya menjadi manusia yang berguna dan berjasa kepada mereka setelah dewasa nanti.

Sifat-sifat seperti ini mesti dimiliki oleh para Nuqaba’ dan Naqibat. Segala tindak-tanduk Naqib adalah bertolak dari rsa kasih sayang dan kasih mesra dengan niat mendidik ahli-ahli usrah supaya berjasa kepada Islam.

CIRI KEEMPAT
Ciri al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah :

Naqib adalah seorang al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah yang sejati yang hidup bersama dengan ahli-ahli usrah di atas landasan persaudaraan Islam, bersedia memberi teguran dengan baik dan menerima nasihat dan pandangan dengan rasa senang hati