Berenang Part I

Beberapa hari lepas, saya diajak oleh teman sekelas untuk berenang di kolam renang berhampiran kampus kami. Kawan-kawan yang ajak adalah bukan Islam, mereka Chinese.

Saya bersetuju kerana ini adalah sunnah Rasulullah untuk berenang dan apatah lagi belajar berenang. Pergi dengan non-muslim, memandangkan yang muslim masing-masing menolak untuk ke kolam renang.

"Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setelah tiba di lokasi, seperti yang dirancang, kami memulakan sesi berenang, berendam dan kemudian, kawan saya bertanya kepada saya, adakah saya pandai berenang?
"Saya tidak tahu"

Dia sukarela mahu mengajar saya asas2 berenang. Alhamdulillah. Nampaknya dia sangat bersungguh mengajar saya mengimbangi kaki saya di dalam air. Alhamdulillah, katanya, saya "fast learner" kerana dapat seimbangkan kaki dengan baik di dalam air untuk mengayuh renangan saya nanti.

Kemudian,  diteruskan dengan mengayuh menggunakan tangan, menguak-nguak air. Seharian itu, saya diajar hanya untuk mengimbangkan kaki dan tangan untuk mahir mengayuh. Tambah kawan saya lagi, berenang amat bagus untuk menurunkan berat badan. Opps, ini saya suka sangat dengar!. Sebab saya mungkin agak bambam. hee..
iA sesi seterusnya bakal diupdatekan di blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.