RindukanMu Ya Allah

Salam alaik,

Pernahkah kau rasa "serabut" bila setiap kali kau tinggalkan solat?
Pernahkah kau rasa lemah tatkala kau tidak menjaga hak Allah?
Pernah juga kan rasa tidak tenang pabila solat pun tergesa-gesa?



Post kali ini banyak berkisar tentang hubungan kita dengan Allah. Kenapa perlu solat dalam keadaan tergesa-gesa? Kenapa bila dengan Allah, kita sangat berkira tentang waktu denganNya?
Entahlah..apa yang dikejarkan...

Tahun ketiga ini adalah tahun yang paling sibuk buat ana. Makan? Dah dua minggu aku tiada selera makan. Semua makanan serba salah. Kurang duit ke? Tak, duit masih tak terusik. Sakit? Hati ana yg berpenyakit..yg pasti..
Dalam masa yang sama, ana rindukan Allah. Rindu bertamu ke rumahnya dgn lebih kerap lagi, meluangkan masa denganNya lebih lama, kerana sejak menjadi sibuk, ana rasa waktu untuk ana ber"selfie" menjadi kurang. Waktu2 terluang, ana cuba pergi ke rumahNya, menyelak2 lembaran usrah2, dan buku-buku yang boleh mengingatkan ana kepada Allah.


Sebab? Ana tidak kuat, ana sentiasa terleka. Kalimah azan menjadi kalimah keramat yang teramat sangat kebelakangan ini dan tidak pernah aku rasakan seumur hidup ana. Bagaikan aura yang menarik-narik diriku tatkala azan berkumandang. Astagfirullahalazim..*jantung berdegup laju tatkala ana menulis tentang azan ni sekarang...Allahu, Astagfirullalahazim...

Perasaan? Rasa nak menangis sangat. Rindu sangat. Rindu. Sebab itu ana "lari" dari dunia laman sosial seketika. Tiada yang bakal memahami perasaan ini.

Ana tidak tahu kenapa, kebelakangan ini, setiap kali pulang dari kelas, ana akan berlari pulang mencari sejadah, ana nak menangis. Hati ana sebak. Sebak..

Ana tiada masalah, syukur Alhamdulillah, banyak sungguh nikmat Allah beri, cuma ana sebak kerana ana lalai dan leka, dan ana sehabis baik mencuba memperbaiki yang mana yang telah rosak. Ana sangat2 bersyukur. Ana masih boleh gunakan apa yang Allah beri untuk menebus semula kesalahan lalu. Ana tidak akan mengeluh akan semuanya. Alhamdulillah.

"Aku rindu padaMu ya Allah. Rindu. Itu sahaja dapat diluah."

Nampak "sengal" kerana menulis luahan ini dalam blog. Sebenarnya ,tidak diceritakan kepada sesiapa akan hal ini. Tiada yang tahu blog ana. Mungkin..ada pensyarah ana yang tahu. Ana nak luah, tapi blog antara medium untuk ana meluah sesuatu yang agak "sensitif" buat diri ini.
Perjalanan ini amat panjang, penuh berliku, penuh dugaan dan harapan. Semoga kita semua thabat di jalan ini.

**ana sedang membuat persiapan untuk fly ke luar negara tahun ini..InsyaAllah..
Usah tanya aku akan kemana..ada program bawah ana.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.