Mengeluh lagi?



Post kali ni berkisar tentang tabiat mengeluh.
Perasan atau tidak, bila kita mengeluh, itu maksudnya kita tidak bersyukur dengan segala yang kita ada.

Mengeluh ni macam2. Ada yang mengeluh tentang wang, ada mengeluh tentang jalan jem, dan yang hari2 berlaku kepada pekerja ialah mengeluh tentang kerja.
"Alah, banyak giler kerja cik bos bagi!"
"Ingat aku sorg je ke kuli kau?"
"Cik bos ni tak faham2 ke yang aku ni dah bertimbun2 kerja?"

Gejala mengeluh ni dah jadi 'trend' pekerja sekarang ni kan? Tau x, dengan mengeluh sambil membebel siapkan kerja ni boleh mencetekkan IQ dan EQ sendiri. Sebab apa? Sebab stress! Bila kita stress, segala fungsi di badan jadi celaru. Sebab tu bila kita mengeluh dalam menuntut ilmu, ilmu tu susah nak masuk. Betul x?

Hehehe~

Hidup ni, kita just kena enjoy je, anggap kita tiada ancaman as long as orang tak ganggu hidup kita.
Kita buat baik kat orang lain, kita jaga juga diri kita.
Ibadah, amalan2 sunat tu jaga.
Jangan sampai kita enjoy dengan duni kita ni, kita lupakan Allah pula.

CIntai Allah, nescaya kau dicintai makhlukNya

Kita..
Selalu ada rasa cemburu sesama akhwat,
Selalu ada rasa cinta yang berlebihan sesama akhwat,
Namun, beringatlah, untuk mencapai cinta itu, belajarlah mencintai Allah terlebih dahulu.

Bila kita berharap pada manusia, kita akan mudah tewas. Jika kita terlalu mengagumi manusia, kita bakal mudah 'sakit' hati. Bila kita mencintai manusia melebihi cinta kita pada Allah, kita akan mudah tersungkur dan kecewa.

Jujurnya, kita dikelilingi ramai akhwat yang disayangi, namun, cinta pada Allah adalah yang terbaik. Sentiasa rindukan Allah..
Ingat, ukhuwah antara kita tidak bermakna andai cinta kita melebihi cinta kita pada Allah s.w.t. Bila kita mahu merasakan kemanisan ukhuwah,, rasai dulu kemanisan cinta pada Allah.

"O Allah, guide us all the to Your Jannah"

"Dalam menyebut2 nama ruqaiyah, semalam dia mesej. Telepathy..haha"

DIAM

Aku mahu beritahu, yang aku ditegur sebagai pendiam yang tersangat pendiam baru-baru ni. Ya, aku tahu, aku terlalu diam.

Jika kita tiada yang baik untuk dikatakan, lebih baik kita berdiam. DIAM je. Aku tengah praktis utk tidak banyak bercakap dan aku lebih suka hanya tersenyum (y).
Alhamdulillah, dari kakak2 staff meeting dari mana2 deprtment sampailah ke naqibah, semuanya menegur akan sifat pendiam ni..haha..best lak rasa jadi pendiam ni.

"Ibrah ini aku ambil dari beberapa peristiwa berdepan dengan orang yang banyak bercakap, namun, perkataannya diulam dengan  carutan, makian dan umpatan. Aku kaku. Terkejut. Aku tak mahu jadi begitu. Namun, kita tidak boleh menjauhi orang sebegini, sebaliknya, marilah ajak dia sama-sama bertaubat. Alhamdulillah, peranan ni turut dimainkan oleh kakak2 ofis yang lain juga turut membantu memberi contoh yang baik."

Namun begitu, aku masih berada dalam status kekeliruan dan kesenyapan yang melampau. Aku harap aku masih ok.
Aku rasa tenang pabila aku menjadi pendiam ni. Entahlah, tenang sangat.
Aku tenang dengan diri aku sendiri.
Aku semakin sayang diri aku sendiri.

Aku sedar, aku pendosa dan banyak dosa kita dtgnya dari berkata-kata yg tidak bermanfaat.
Aku tahu hidup aku tidak lama, maka, sebaiknya aku taubat banyak2..hihi..


Hadiah Pujukan buat Madu'u

Walau adik tak tahu pun blog akk ni...

Indeed, ada orang merajuk dengan aku. Ada orang tu bercerita banyak tentang aku pada orang lain. Sebab apa? Sebab dia merajuk dengan aku, kata akhwat, dia minta aku pujuk dia.
Disebabkan aku terlalu sibuk,  maka, tidak sempatlah aku mahu keluar dengannya.

Namun begitu, ada juga statusnya mnceritakan tentang aku. :)
Adik, akak nak jumpa awak ni, tapi sabar ea, akak bizi sangat sekarang ni.

Tadi singgah di kiosk utem. Jumpa button smiley, dan terus teringat dia. Belikan sebijik untuk dia, sebijik untuk aku. hehe.
Pastu, beli bunga mawar sekuntum. Tiba-tiba sahaja aku jadi romantik melampau. Sana sini nak romantik dan romantik.

Smiley akk untuk awak :)
Ingat smiley ni selalu tau...akk selalu hantarkan senyuman dalam doa untuk awak, iA.

Ok, awak nak akak ni jadi naqibah awak kan selama ni? Ok, akak cuba sedaya mungkin. Walau, akak tahu akak ni ganazz, bukan yang kelakar dan menghiburkan, namun, beri akak masa untuk mencari dan improve. Akak ni manusia biasa, akak banyak buat silap, sorii..hehe..
Tapi, kalau sekarang ni awak nak hina akak atas kesilapan akak, silakan adik, akak tak kisah ^_^
Akk memang layak dihina, layak dikutuk-kutuk. hehe.
Awak teruskan berbuat begitu pun, akak dinilai hanya oleh Allah s.w.t :)

Jadi, adik akak, I love you, I miss u too, thus, sabar dulu k. Nanti kita jumpa, jika tidak di dunia, kita jumpa di syurga :)

Syurga & Usia Kita

Adakah kau tahu?
Bila kita mendambakan dan tahu bagaimana indahnya nikmat syurga itu, pastinya kita minta pada Allah supaya kita dipanjangkan usia agar dapat berbuat kebaikan mengumpul pahala amal dan bertaubat atas dosa2 kita yang dahulu.
Pastinya, kita akan bersungguh2 mencari peluang untuk ke syurga.

Bila kau yakin dengan janji Allah, pastinya kau tidak akan mahu minta kematian datang menjelma sesegeranya ke atas dirimu di saat dirimu ditmpa musibah :'). Pastinya, kau akan minta dipanjangkan usia agar bisa berbakti kepada agamamu dan beramal soleh di dunia ini sedaya mungkin sehingga ke akhir hayatmu.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, aku masih bernafas di bumi Allah yang terlalu indah untukku lukis, untukku keluhkan..Semuanya indah..
Yang berwajah hodoh, indah juga di pandangan mata..
Yang berakhlak buruk, ia nampak indah bila kau jejak medan tarbiyyah kerana itu ujian buat dirimu
Tidak semua yang disukai itu baik bagi dirimu. Yang kau benci itu kadang itu terbaik buatmu.

Ya Allah, aku mohon dipanjangkan usiaku selagi aku bermanfaat kepada umat manusia di dunia ini. Usah jadikan aku "sisa2" yang tidak berguna sama sekali.
Aku mohon agar sisa2 nyawaku ini diberkati, dan mati (jika bisa) biarlah di jalan dnt juga.
Beri aku peluang untuk bertaubat dan memberat timbangan amalku.

Indeed :')
Ampunkan dosaku ya Allah :')
Cabut nyawaku dalam keadaan yang baik :')

**yg baik ambil, yang tidak baik, mohon lupakan...aseef.

Blood Circulation System & kebesaran Allah S.W.T

Hope yg membaca ni bukanlah orang yg mengenali diri aku.
Ada benda nak luah di sini.

Hebatnya subhnallah.

Ada seorang kawan aku tu, setiap 6 bulan mesti satu lori air untuk mesin dialisis dia dtg depan rumah nak hantar stok kat dia. Kita? Sihat kan?
Dah keluarkan segala sisa itu, ucaplah syukur, kerana ada orang di luar sana, kencingnya sakit, buang air besarnya berdarah dan sakit.  Kita ni, kencing sebaldi,, ucaplah alhamdulillah atas kemudahan yang Allah sediakan kepada kita. :)

"Hari jumaat haritu, baru je ingat nak derma darah kat HM, tiba2, selasa tu bleeding hampir sebanyak 2 cawan coffee cup keluar dari luka kecil ni, pastu, pada hari yang sama, period mari...Allahu..Ya Allah, tolonglah, beri aku peluang walau ini kali yang terakhir berada dalam kalangan manusia yang boleh membantu untuk mereka yang memerlukan di hospital tu.
Itulah..hormon kurang stabil kata ko. Banyak sedih recently, dari minggu exam haritu, benda ni x settle2..sabar je lah...Semoga dengan ujian yg mendesak ni, ibrahnya jauh lebih terserlah."
"Minggu ni, minggu paling banyak darah aku hilang. ~Pertama sebab bleeding yg payah nak berhenti walau luka tu kecik sgt (Kena kat vessel le kot). Bleeding dari luka yang terlalu kecil ni, kenapa sampai menitik2 darahnya? Kenapa sampai dinding bilik air ni boleh bercap dgn darah aku. 
Tisu gulung tu, bercap2 darah aku.Masuk bilik air macam baru lepas lakukan pembunuhan pula tu. 
~Nyamuk beramai-ramai hisap darah aku..habis berbintik2 merah kulit ni, penuh dua2 tangan (MMU dah lama x buat fogging)~Period 2 kali datang dalam tempoh sebulan dengan pendarahan yang luar biasa banyaknya (Kali pertama jadi macamni, dengan tempoh yang lebih dari seminggu hadirnya)..Biasanya 4-6 hari sahaja. (adakah aku semakin "ready" ...)
 Mungkin kali ni Allah nak tarbiyyah aku dengan sesuatu. Supaya aku sentiasa sedar kebesaran Allah S.W.T yang menjadikan segala ciptaanNya tu dengan terlalu sempurna." <---poyo ayat="" i="" punya="">

Ini entah ke berapa punya gumpalan tisu..haha..sorok2 snap kat dlm ofis..
Jika kita perasan, betapa hebatnya ciptaan Allah. Darah kita berlitter banyaknya, namun, dengan adanya sistem peredaran darah yang terlalu sempurn di dalam badan kita, darah tersebut berlari-lari dengan sangat sistematik. Alhamdulilah.





Lillahi Taala

Apa yang kita faham tentang lillahi taala?

Selalu kan..bila kita buat sesuatu, mesti ada yang mengingatkan tentang "Buatlah sesuatu kerana Allah" / "Bersahabatlah kerana Allah". Common la tu ayat2 mcmtu. Tapi, bukan mudah nak buat sesuatu dengan niat lillahi taala.

Sebagai contoh, kita hadir usrah dengan niat taknak hampakan naqibah kita je, sebab aku free je, sebab aku nak jumpa kawan aku je dalam usrah tu. Ada tu, kita g program sebab nak jumpa kawan2 seperjuangan kita je, bukan sebab nak hulurkan tenaga dalam program tu. Oit. Tajdid niat.
Awak boleh buat camtu semua, tapi, main pointnya, buatlah kerana Allah. Sebab, nanti, bila awak bergantung berlebihan sangat pada faktor2 selain dari Allah itu, anda akan cepat rapuh dan give up. Masa tu la nak tarik diri kan?

Cuti sem haritu, saya kena hadir sebuah program yang memang saya kekok sangat2. Saya x pandai langsung nak menyantuni ahli2 dalam program tu. Dan, teringat lak kata2 naqibah dan usrahmate sewaktu membincangkan tentang keikhlasan. Waktu tu, memang ada rasa x yakin, give up dan rasa nak tarik diri dari program tu sebab saya tahu saya ni lemah, plus, saya pergi sorang2 je tanpa ditemani sahabat2 saya di sebuah tempat yang langsung saya tak familiar!

Sepanjang perjalanan, saya asyik memikirkan cara2 bagaimana nak manage kekangan2 itu. Bagaimana nak cope dengan situasi yang akward tu nanti. Rasa nak je berpatah balik ke rumah..haha..
"Tapi, teringat apa yang dibincangkan masa dalam usrah, so, just do it. Letakkan pengharapan pada Allah. Buat benda 'bosan' tu pun kerana Allah. Tajdid niat, jangan berprogram sebab nak jumpa bestfren2 dalam tu, tapi pergi jumpa masalah2 dalam program tu. Pergi peluk masalah tu."
"Akhirnya, alhamdulillah, Allah permudahkan urusan minggu tu dengan pakej ganjaran2 yang tidak dijangka. Pastu, ditakdirkan, jumpa pula ramai sahabat2 baru dalam tu. Jadi, xdelah rasa janggal sgt dalam program tu. Banyak pula belajar tentang psikologi manusia, syukurlah. Jumpa juga dengan manusia2 yang mengabdikan diri dan harta mereka semata-mata ke jalan dakwah, sanggup berpanas berlelah semata2 untuk bersama para madu'u dan benar2 mengorbankan hasil titik peluh dan lupakan kemewahan mereka semata2 untuk membangunkan madu'u2 mereka. Subhanallah.
Ganjaran Allah pada mereka tidak ternilai banyaknya. Malahan, tempias ganjaran Allah itu pun terkena pada saya dan aktivis2 yang lain secara tidak langsung sewaktu program haritu berbagai keajaiban berlaku sewaktu kami semua berprogram dan tempiasnya hanya tamat setelah kami sampai di rumah yg kami bermaustautin. Benarlah, duduk bersama orang2 soleh dan solehah ni, yang benar2 ikhlas mengabdikan diri mereka di jalan dnt ni memang memberi 1001 hikmah dan kebaikan. Subhanallah.
Usah kata hanya satu, malahan beribu-ribu ilmu yang kami semua bawa pulang dari rumah program haritu. Macam2 ilmu kami dapat secara tidak langsung. "
Alhamdulillah. Program tu xdelah sebosan yang disangka, malahan seronok juga. Dan, benarlah ada bezanya bila kita pergi program dengan niat kerana dunia dengan niat kerana Allah. Ada bezanya.
Dan, dari program haritu, maka, diri ini dah disentap2kan dengan pelbagai peristiwa dan sesi tarbiyah harian yang super dasyat. Nampaknya, memang banyak lagi kekurangan pada diri ini.

Ok, makanya, sama2lah kita beramal.
ILMU IMAN AMAL. Eh? ( Motto zaman sekolah dulu!)

*penulis tengah migrain dan sakit perut, sebab baru lepas duduk tengah padang yg panas utk kira markah rumah sukan budak2 sekolah rendah i-musleh..hihi..(org lembik cmtuler..hahaha!)

Kbai