DIAM

Aku mahu beritahu, yang aku ditegur sebagai pendiam yang tersangat pendiam baru-baru ni. Ya, aku tahu, aku terlalu diam.

Jika kita tiada yang baik untuk dikatakan, lebih baik kita berdiam. DIAM je. Aku tengah praktis utk tidak banyak bercakap dan aku lebih suka hanya tersenyum (y).
Alhamdulillah, dari kakak2 staff meeting dari mana2 deprtment sampailah ke naqibah, semuanya menegur akan sifat pendiam ni..haha..best lak rasa jadi pendiam ni.

"Ibrah ini aku ambil dari beberapa peristiwa berdepan dengan orang yang banyak bercakap, namun, perkataannya diulam dengan  carutan, makian dan umpatan. Aku kaku. Terkejut. Aku tak mahu jadi begitu. Namun, kita tidak boleh menjauhi orang sebegini, sebaliknya, marilah ajak dia sama-sama bertaubat. Alhamdulillah, peranan ni turut dimainkan oleh kakak2 ofis yang lain juga turut membantu memberi contoh yang baik."

Namun begitu, aku masih berada dalam status kekeliruan dan kesenyapan yang melampau. Aku harap aku masih ok.
Aku rasa tenang pabila aku menjadi pendiam ni. Entahlah, tenang sangat.
Aku tenang dengan diri aku sendiri.
Aku semakin sayang diri aku sendiri.

Aku sedar, aku pendosa dan banyak dosa kita dtgnya dari berkata-kata yg tidak bermanfaat.
Aku tahu hidup aku tidak lama, maka, sebaiknya aku taubat banyak2..hihi..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.