Anugerah dari MICROSOFT untukku

Harini terjumpa pula gambar time degree dulu, dapat anugerah dari Microsoft. 2014, tahun keramat. Ana dapat anugerah dari Microsoft dalam kategori Aplikasi Telefon Pintar Terbaik 2014.

Rasa seronok bila dapat anugerah ni. Sebab ana bukan pelajar engineering. Tapi, dapat anugerah ni. Ya, dan aplikasi ni ada melibatkan sedikit coding dan programming serta pengeditan yang renyah juga. Kami diberi masa sebulan unuk membina aplikasi kami waktu tu.

Semasa hari pertandingan, terdapat 30 peserta dan 28 daripadanya adalah pelajar engineering dan IT. Hanya dua sahaja dari fakulti pengurusan iaitu ana. Terdapat 4 pemenang untuk pembinaan aplikasi ini dan ianya termasuk diri ana. Ana berkongsi catatan ini supaya adik2 di luar sana jangan fear dengan kegagalan! Usah takut dengan kesusahan, sebab semua kejayaan tak datang bergolek. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Macam kemenangan ini. Siapa sangka student yang tiada latar belakang engineering dan IT boleh memenangi anugerah aplikasi telefon pintar terbaik. Cool kan?

Nak jadi mcmni? Kuncinya kepercayan kepada diri sendiri, kekuatan fizikal dan mental dan kerajinan. Rajin cari ilmu baru. InsyaAllah, ada jalannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.