Laptop Baru & info tentang laptop 2019

Salam.

Ana beli laptop beberapa hari lepas. Ya, untuk kegunaan kerja! Wah cepatnya cari laptop kan?
Yup, sebab, Isnin ni dah masuk opis, kena pakai laptop untuk kerja2 management. Aduh!
Laptop apa ana dapat? Laptop dengan spec 4GB RAM dan i5 processor. RAM boleh upgrade sampai 16 GB. Besar kan? Woo! Hard disk boleh upgrade dari HDD kepada SSD. SSD ni hard disk yang bikin speed laptop juga laju katanya. Lagi laju dari hard disk HDD. Tapi SSD mahal la sikit. Laptop jenama apa? Thinkpad!
Ana memilih jenama ni sebab ianya laptop yang sangat custom. Boleh upgrade boleh pergi jauh. Ada juga orang buat laptop ni sebagai laptop gaming. Wallahualam. Itupun lepas upgrade memori. 8 GB RAM, SSD dan i7! Best kan?

Inilah laptop Thinkpad. Memang semua siri thinkpad direka x cantik dan nampak macam laptop askar. Memang design mcamtu. 


Pada mulanya ana memilih untuk beli Macbook. Tapi, bila kenangkan mantainence tinggi sangat, ana pilih yang lebih murah dan upgradeable. Ana hampir beli Macbook Pro 13 inch. Tapi kos penjagaannya agak tinggi. Ana takut nak pakai sebab dah pernah ada history dengan kerosakan laptop baru yang agak teruk, iaitu dari jenama ASUS. Serik dah dengan ASUS. Masa tu beli konon untuk guna sebagai laptop programming. Tapi, x sangka pulak rosak hard disk dan motherboard.

Acer? 8 tahun guna Acer. Kira baguslah brand ni. Tapi, dah nak try laptop thinkpad ni. Ramai technician kata laptop thinkpad ni bagus. Review dari luar negara juga amat bagus tentang thinkpad ni. Mereka suka gunakan sebagai custom laptop. Upgrade sana sini dan ada yang buat sebagai laptop gaming.
Harga? Bolehlah. Dapatlah atas RM600. Macbook Pro dalam ribuan juga. Jadi, jimat banyak disini. Hopefully, laptop ni tahan lasak dan tahan lama. Hopefully!


** Beli laptop ni rentetan laptop ana yang dah pun uzur teramat sangat. haha. Uzur teruk sampai panas dan slow teruk laptop tu.

Moga ana buat kerja dengan istiqamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.