Seriously, aku masih dahagakan kasih sayang seorang lelaki yang namanya "ayah".
Untung betul orang yang masih ada ayah.
I need them.
Cepatlah kawen, dapat ayah mertua pakej suami siap. hehe.
**Stay smile n happy**
Grad degree - kerja - study lagi
Salam,
Lama x bersua. Alhamdulillah, aku dah grad dari degree. Sekarang tengah kerja dan sambung belajar.
Lama x bersua. Alhamdulillah, aku dah grad dari degree. Sekarang tengah kerja dan sambung belajar.
Lepas grad, kunun nak kerja, tup2, dapat tawaran sambung belajar lagi sambil bekerja dalam bidang akademik. Atas saranan dan nasihat pensyarah2 yang pernah mengajar dulu, maka diri ini pergi. Tawaran dikeluarkan 2 minggu selepas result final exam diumumkan.
Pensyarah2 yang pernah mengajar masa degree semua hulur duit untuk aku register dan travel kt tempat baru tu. Tak lupa makcik2 guard dan cleaner. Mashallah.
Sampai je kat sini, dapat ofis sendiri untuk menjana idea research juga memudahkan student datang mencari diri ini jika mereka perlukan. err..
Ini workstation kat ofis..tempat aku menyorok setiap hujung minggu sorg2 dalam ekon dan bebas berlengan pendek!
Ok. Kat sini bukan sahaja kena buat research, tapi, kena mengajar di fakulti untuk kelas2 undergraduate (degree) dalam bidang HR dan management juga. Erm. SV kat sini pula macam mak2 pula, jadi perunding pendandan diri. Ya, sebabnya aku ni kurang pandai mendandan diri (mcm lelaki pula).
Bulan ni aku bizi. Banyak kerja nak kena buat. Research dah start, tapi agak mudah kerana tidak perlu ke kelas dan paling penting, kena jaga disiplin. Esok, kena pergi ofis lagi. Aiyoyo..haha. Ofis ni still bilik yang masih baru direnovate, maka, memang bau bangunan yg baru siaplah.
Tapi memang selesa amat. Alhamdulillah best. Budak2 nak start final exam dah, alhamdulillah, sebagai pensyarah muda, nampaknya aku tak dilibatkan dalam membuat kerta ujian.
Akan mengajar sepenuhnya start sem depan sebenarnya. Ehem2 (kena pakai lawa2..ehh)
Jiran ofis aku ni seorang abam phd yang encem (eh..)...Caring juga (eh..) Sempoi je dia, relax je muka buat phd..sbb tu kot leh buat phd..phd can crack kepala otak.
Dalam bosan2 di sini sbb bukan kaki lepak dgn orang lain, maka, aku pun selalu culik kucing jiran aku yang comey ni. Amboi, kucing jantan ni hidungnya pink, mukanya jambu gitu...
Namanya erm..paggey omey je la stkat ni..
Selalu bawak masuk rumah, belai2, bagi makan n suh kucing ni teman tido siang..haha..
So, hujung bulan depan dah nak kena g kon-pe-ren pula..xleh eja betul2, nanti ada yang jumpa lak blog ni. haha.
kbai.
Saat IMAN berterabur jatuh
Saat imanku bergolak, jatuh dilanda jahiliyyah, kemanisan ibadah pun tidak terasa lagi.
Namun, benarlah kata murabbi, duduklah dengan sahabat seperjuangan untuk sama2 melaksanakan ibadah. Supaya iman itu kembali bangkit semula. Mashallah.
Bila terjumpa sahabat yg bukan seperjuangan, yakni, maduu yang masih menilai kenegtifan, kita seharusnya cuba menyebarkan aura positif kepada mereka. Aura yg diturunkan biarlah bersesuaian dengan tahap kefahaman mereka.
Innalillah, murabbi, jangan sampai terpedaya dgn godaan syaitan..Ana sendiri tenggelam dgn godaan syaitan. Innalillah.
Ujian dan konflik emosi ana sendiri masih besar dan bergegak gempita di dalam hati. Namun, hidup perlu diteruskan, mujahadah dan mencari. Keep searching for better solution.
HOPE.

Komunikasi
Semua maklum bahawa kita semua mempunyai telefon pintar dan aplikasi perhubungan yang tidak memerlukan topup kalau nak guna. Tapi, ramai yang tidak cakna, bahawasanya, all those apps memerlukan penggantungan kepada jalur lebar tanpa wayar aka wifi dan mobile data.
So, sekarang ni dah jadi trend utk semua orang update apa2 event guna whatsapp. memanglah mudah, tapi, kalau ada emergency atau last minutes punye pertukaran, lebih baik jangan hanya update di aplikasi sahaja, sebaliknya update juga menerusi sms. Susah ke nak buat?
Kadang2, ketidak-caknaan kita ni sebenarnya yang menyebabkan kita terlepas pandang dengan kesulitan orang lain. Kita tidak fikir kesulitan orang lain. Ingatlah, tidak semua orang senasib dengan kita. Kita mungkin banyak bajet nak beli data, sebaliknya tidak bagi orang2 yang kurang berkemampuan.
Fikir sikit hak orang lain.
*tampar muka sendiri laju2..

Mengeluh lagi?
Post kali ni berkisar tentang tabiat mengeluh.
Perasan atau tidak, bila kita mengeluh, itu maksudnya kita tidak bersyukur dengan segala yang kita ada.
Mengeluh ni macam2. Ada yang mengeluh tentang wang, ada mengeluh tentang jalan jem, dan yang hari2 berlaku kepada pekerja ialah mengeluh tentang kerja.
"Alah, banyak giler kerja cik bos bagi!"
"Ingat aku sorg je ke kuli kau?"
"Cik bos ni tak faham2 ke yang aku ni dah bertimbun2 kerja?"
Gejala mengeluh ni dah jadi 'trend' pekerja sekarang ni kan? Tau x, dengan mengeluh sambil membebel siapkan kerja ni boleh mencetekkan IQ dan EQ sendiri. Sebab apa? Sebab stress! Bila kita stress, segala fungsi di badan jadi celaru. Sebab tu bila kita mengeluh dalam menuntut ilmu, ilmu tu susah nak masuk. Betul x?
Hehehe~
Hidup ni, kita just kena enjoy je, anggap kita tiada ancaman as long as orang tak ganggu hidup kita.
Kita buat baik kat orang lain, kita jaga juga diri kita.
Ibadah, amalan2 sunat tu jaga.
Jangan sampai kita enjoy dengan duni kita ni, kita lupakan Allah pula.
CIntai Allah, nescaya kau dicintai makhlukNya
Kita..
Selalu ada rasa cemburu sesama akhwat,
Selalu ada rasa cinta yang berlebihan sesama akhwat,
Namun, beringatlah, untuk mencapai cinta itu, belajarlah mencintai Allah terlebih dahulu.
Bila kita berharap pada manusia, kita akan mudah tewas. Jika kita terlalu mengagumi manusia, kita bakal mudah 'sakit' hati. Bila kita mencintai manusia melebihi cinta kita pada Allah, kita akan mudah tersungkur dan kecewa.
Jujurnya, kita dikelilingi ramai akhwat yang disayangi, namun, cinta pada Allah adalah yang terbaik. Sentiasa rindukan Allah..
Ingat, ukhuwah antara kita tidak bermakna andai cinta kita melebihi cinta kita pada Allah s.w.t. Bila kita mahu merasakan kemanisan ukhuwah,, rasai dulu kemanisan cinta pada Allah.
"O Allah, guide us all the to Your Jannah"

"Dalam menyebut2 nama ruqaiyah, semalam dia mesej. Telepathy..haha"
DIAM
Aku mahu beritahu, yang aku ditegur sebagai pendiam yang tersangat pendiam baru-baru ni. Ya, aku tahu, aku terlalu diam.
Jika kita tiada yang baik untuk dikatakan, lebih baik kita berdiam. DIAM je. Aku tengah praktis utk tidak banyak bercakap dan aku lebih suka hanya tersenyum (y).
Alhamdulillah, dari kakak2 staff meeting dari mana2 deprtment sampailah ke naqibah, semuanya menegur akan sifat pendiam ni..haha..best lak rasa jadi pendiam ni.
Namun begitu, aku masih berada dalam status kekeliruan dan kesenyapan yang melampau. Aku harap aku masih ok.
Aku rasa tenang pabila aku menjadi pendiam ni. Entahlah, tenang sangat.
Aku tenang dengan diri aku sendiri.
Aku semakin sayang diri aku sendiri.
Aku sedar, aku pendosa dan banyak dosa kita dtgnya dari berkata-kata yg tidak bermanfaat.
Aku tahu hidup aku tidak lama, maka, sebaiknya aku taubat banyak2..hihi..

"Ibrah ini aku ambil dari beberapa peristiwa berdepan dengan orang yang banyak bercakap, namun, perkataannya diulam dengan carutan, makian dan umpatan. Aku kaku. Terkejut. Aku tak mahu jadi begitu. Namun, kita tidak boleh menjauhi orang sebegini, sebaliknya, marilah ajak dia sama-sama bertaubat. Alhamdulillah, peranan ni turut dimainkan oleh kakak2 ofis yang lain juga turut membantu memberi contoh yang baik."
Namun begitu, aku masih berada dalam status kekeliruan dan kesenyapan yang melampau. Aku harap aku masih ok.
Aku rasa tenang pabila aku menjadi pendiam ni. Entahlah, tenang sangat.
Aku tenang dengan diri aku sendiri.
Aku semakin sayang diri aku sendiri.
Aku sedar, aku pendosa dan banyak dosa kita dtgnya dari berkata-kata yg tidak bermanfaat.
Aku tahu hidup aku tidak lama, maka, sebaiknya aku taubat banyak2..hihi..
Langgan:
Catatan (Atom)