Tips utk yg study Accounting :)

1) Nak skor subjek2 akaun ni sebenarnya bermula dari mindset kita sendiri :)
Usahlah kita anggap subjek tu susah yang amat, dan kita kena cakap pada diri yg subjek tu mudah. Selain itu, haruslah diiringi dengan latihan2 yang membantu seperti tutorial dan jumpa kawan2 atau pensyarah jika anda tidak mampu menjawab soalan tersebut.
Kemudian, rajin2kan mengajar kawan2 yang lemah dalam subjek2 akaun. iA, dgn cara itu, ko akan mudah faham juga dan bertaambah2 ilmu ko.

2) Masa aku asasi dulu, subjek akaun aku masa sem 1 aku skor B. Masa tu, adalah kali pertama aku amik akaun. Masa degree, aku boleh skor A. Mindset memainkan peranan bagi aku sem tu. Aku set dalam minda bahawa subjek tu x boleh membunuh orang yg berusaha keras utk skor. Ye, x boleh bunuh!

3) Pastu, cuba offer diri nak ajar kawan2 yang kurang faham subjek2 tu. Masa tu, kitorang built satu group assignment sama2 dan buat tutorial sama2. Ketua kitorg lelaki, dan dia tu bapak budak, so, dia faham pasal kitorg yg mcm anak2 dia ni.
Ada bab2 yang aku ketuanya, ada bab lain yg kawan2 aku ajar aku balik, dan if ada silap dalam tutorial masa tengah buat tu, aku dan kawan2 pasti akan menegur satu sama lain atas silap itu dan masing2 membincangkannya.

4) Pastu, benda ni penting sangat2. Kita jangan ponteng kelas akaun, tutorial pun kena rajin buat. Jangan menyakitkan hati lecturer tu dan try hormat lecturer kita dgn sedekahkan senyuman dan tunjukkan minat utk belajar dalam kelas dia, iA, dia akan doakan kita yang baik2 masa solat dia nanti. Sebab, kuasa senyuman itu tajam tau?

5) Pastu, pergi ke kelas dengan semangat yang tinggi walaupun dah tahu yang subjek tu memang pecah kepala. Masalah student ialah x hadir ke kelas dengan semangat dan ramai yang abaikan tutorial. Tips aku dan group aku mudah je, kitorg beli gula2 banyak2 pastu kitorg passing2 dengan ahli yg lain sambil dengar lecturer tu mengajar. haha. Best gak, sebab tu aku dengan member aku gemuk2 sihat2.

6) Dan, yang ni utk umat Islam. Alhamdulillah, group aku kaki masjid, yang perempuan, selalu ajak aku pg surau sama, solat sama, aku jadi imam dia, dia jadi imam aku, dan musim2 puasa dia ajak aku ke bazar sama2, dan selalu outing dgn dia lepas habis kelas.
Secara x langsung, benda2 cmni dapat mengeratkan hubungan antara kawan2 sekelas. Kadang2 tu, memang mulut dia laser, kalau aku x ke teraweh, memang kaw2 dia sindir aku time tu jugak, jadi memang habislah aku. So, aku pun pg la surau utk berterawih, mula2 pg sebab dia, lama2 pg sbb suka..hahahaha! (teruknya aku wehh..teruknya!)

7) Yang ni, ko kena fikir sendiri la. Sape yang taja ko belajar dan apa expectation diorg pada kita kan. Aku akui, kadag2 aku xde semangat nak study, tapi, aku xleh ikut sgt semangat tu, kena rajin dan duit biasiswa tu satu amanah. Kalau aku xde semangat nak study, aku jumpa je kaunselor aku, dan memang kaw2 kena teguran dari dia. Oklah tu, kire biar sentap2 hati tu nak mula semangat semula.


Sekian,

Wsalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.