Kembali pada Allah

Aku pernah berbuat dosa. Pernah aku cuba mencari diri dengan jalan dosa!
Namun, x sampai setengah hari buat benda tu, aku dah rasa sakitnya dosa. Aku enjoy, tapi hidupku tak tenteram :(

Jadi, aku cuba untuk kembali pada Allah dan hatiku rasa tenang setenangya. Ini menunjukkan yang dosa itu menyakitkan, waimah mendekatinya juga menyakitkan. Amat menyakitkan.

Lepas berbuat dosa, ketenangan selepas pulang pada Allah itu sangat terasa. Dan ianya sangat indah. Rasanya sangat indah :')


Anugerah dari MICROSOFT untukku

Harini terjumpa pula gambar time degree dulu, dapat anugerah dari Microsoft. 2014, tahun keramat. Ana dapat anugerah dari Microsoft dalam kategori Aplikasi Telefon Pintar Terbaik 2014.

Rasa seronok bila dapat anugerah ni. Sebab ana bukan pelajar engineering. Tapi, dapat anugerah ni. Ya, dan aplikasi ni ada melibatkan sedikit coding dan programming serta pengeditan yang renyah juga. Kami diberi masa sebulan unuk membina aplikasi kami waktu tu.

Semasa hari pertandingan, terdapat 30 peserta dan 28 daripadanya adalah pelajar engineering dan IT. Hanya dua sahaja dari fakulti pengurusan iaitu ana. Terdapat 4 pemenang untuk pembinaan aplikasi ini dan ianya termasuk diri ana. Ana berkongsi catatan ini supaya adik2 di luar sana jangan fear dengan kegagalan! Usah takut dengan kesusahan, sebab semua kejayaan tak datang bergolek. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Macam kemenangan ini. Siapa sangka student yang tiada latar belakang engineering dan IT boleh memenangi anugerah aplikasi telefon pintar terbaik. Cool kan?

Nak jadi mcmni? Kuncinya kepercayan kepada diri sendiri, kekuatan fizikal dan mental dan kerajinan. Rajin cari ilmu baru. InsyaAllah, ada jalannya.

Tiramisu DIY

Malam ni ana buat tiramisu sendiri. Wah, siap dengan cream cheese dan whipping cream, dan bahan2 lain, maka, nah, siaplah tiramisu tu. hahaha. Buat pun dalam keadaan tergesa2. Oklah, bila tanya jiran, jiran kata cheese tu tak kental. Huhuhu.



Allahu Allah. Inilah dia tiramisu yang ana buat sendiri. Oklah kot ek. Dari takde rupa. Tapi muak woo makan cheese dia tu. By the way sedap dan muak sebab cheese banyak sangat. Haha.

Sape nak try buat, boleh pergi blog kakak ni:
http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2011/11/tutorial-buat-tiramisu-simple.html?m=1

Selamat mencuba!

Laptop Baru & info tentang laptop 2019

Salam.

Ana beli laptop beberapa hari lepas. Ya, untuk kegunaan kerja! Wah cepatnya cari laptop kan?
Yup, sebab, Isnin ni dah masuk opis, kena pakai laptop untuk kerja2 management. Aduh!
Laptop apa ana dapat? Laptop dengan spec 4GB RAM dan i5 processor. RAM boleh upgrade sampai 16 GB. Besar kan? Woo! Hard disk boleh upgrade dari HDD kepada SSD. SSD ni hard disk yang bikin speed laptop juga laju katanya. Lagi laju dari hard disk HDD. Tapi SSD mahal la sikit. Laptop jenama apa? Thinkpad!
Ana memilih jenama ni sebab ianya laptop yang sangat custom. Boleh upgrade boleh pergi jauh. Ada juga orang buat laptop ni sebagai laptop gaming. Wallahualam. Itupun lepas upgrade memori. 8 GB RAM, SSD dan i7! Best kan?

Inilah laptop Thinkpad. Memang semua siri thinkpad direka x cantik dan nampak macam laptop askar. Memang design mcamtu. 


Pada mulanya ana memilih untuk beli Macbook. Tapi, bila kenangkan mantainence tinggi sangat, ana pilih yang lebih murah dan upgradeable. Ana hampir beli Macbook Pro 13 inch. Tapi kos penjagaannya agak tinggi. Ana takut nak pakai sebab dah pernah ada history dengan kerosakan laptop baru yang agak teruk, iaitu dari jenama ASUS. Serik dah dengan ASUS. Masa tu beli konon untuk guna sebagai laptop programming. Tapi, x sangka pulak rosak hard disk dan motherboard.

Acer? 8 tahun guna Acer. Kira baguslah brand ni. Tapi, dah nak try laptop thinkpad ni. Ramai technician kata laptop thinkpad ni bagus. Review dari luar negara juga amat bagus tentang thinkpad ni. Mereka suka gunakan sebagai custom laptop. Upgrade sana sini dan ada yang buat sebagai laptop gaming.
Harga? Bolehlah. Dapatlah atas RM600. Macbook Pro dalam ribuan juga. Jadi, jimat banyak disini. Hopefully, laptop ni tahan lasak dan tahan lama. Hopefully!


** Beli laptop ni rentetan laptop ana yang dah pun uzur teramat sangat. haha. Uzur teruk sampai panas dan slow teruk laptop tu.

Moga ana buat kerja dengan istiqamah.

Tanda Allah rindu

Bila Allah rindukan hambaNya, Dia akan sentiasa memanggil hambaNya. Cara Dia panggil tu lain macam. Kadang didatangkan dengan rasa nak solat on time. Rasa x sabar nak tunggu waktu solat. Rasa serbasalah x solat. 
Kadang, didatangkan rasa susah hati jika x mengingati Dia. Maka, digerakkan lidah agar berzikrullah. 
Hati akan menjadi tenang selepas itu. Kadang diterbitkan rasa rindu yang amat sangat dan teringat-ingat pada Allah. Pecayalah, lepas kita sahut seruan dan menyambut kerinduan Allah, hati tiba-tiba akan menjadi tenang setenangnya. 

Aku masih mencari...

Tips hilangkan anxiety semasa bekerja

Bila buat apa sahaja kerja, buat dengan rasa bersungguh2. Jangan tangguh2. Istiqamah. Dan banyakkan mendekatkan diri kepada Allah dalam bekerja.
Baru2 ni ana takut sangat dengan pekerjaan ana. Nape tah rasa anxiety meluap2 masa bekerja. Takut x boleh buat ke apa. Fuh risau. Jadi, ana minta cadangan dan pendapat dari sahabat ana yang dah bekerja lebih lama. Katanya:



Nampak x? Itu nasihatnya. Banyakkan kebergantungan pada Allah. Ana akui. Masa ana anxiety haritu, ana terus bukak mathurat baca masa kerja. Fuh rasa lega lepas baca tu. Mungkin anxiety ana tu datang sebab ana jauh dari Tuhan. Allah memanggilku. 
Benar, dengan mengingati Allah, hati kan menjadi tenang. Jika anda hadapi masalah yang sama seperti ana, cuba ikut tips kakak di atas atau banyakkan zikir. Syaitan sentiasa mengganggu anak adam agar leka dan jadi pemalas serta tidak berdaya saing. Jom lawan! 

Perlu apa?

Seriously, aku masih dahagakan kasih sayang seorang lelaki yang namanya "ayah".

Untung betul orang yang masih ada ayah.

I need them.

Cepatlah kawen, dapat ayah mertua pakej suami siap. hehe.

**Stay smile n happy**