MABIT 01

Pada 23/1/ 2014 yg lepas, ana bersama adik2 yang lain bersama di dalam mabit. MABIT stand for malam bina taqwa..cewah.
Allahu Allah, program kali ni disertai lebih dari 20 orang adik2, ramai bak ang.
Kat mana buat mabit ni? Kat rumah seorang kakak yg dirahsiakan namanya, di suatu lokasi yg terpaksa kami rahsiakan.

Mungkin, ini kali ke berapa yg x pasti berapa kali kan..haaa..yang mana ana jumpa adik2 yg baru dalam dunia tarbiyah yg terlalu gembira dan ceria dalam program2 sebegini. Sebagai kakak yg x sedar diri, ana rasa sangat gembira dan terpukul jap dengan semangat mereka. Program malam td amat mengecas ana semula, kerana ana rasa kurang ceria recently, kurg semangat. Namun, lepas join balik program ni, tibe2 jd ceria, sbb jumpa akhwat2 yg happy go lucky. Naqibah2nya pun asyik buat lawak je, x terlalu serius, jadi, adik2 ni amat tertarik dengan ini semua.



Plus, dibuat di lokasi yg amat jauh dari bandar, dan amat sunyi serta tak ramai orang, jadi, bebaslah nak berbising2 masa main game. Hihi. Bising macam jutaan twitter yg berkicau dalam masa yg sama..haha..best kan? Nama pun perempuan, memanglah suka benda2 camni :D

Malam2 disi dengan program pengisian dan game2 tarbiyyah yg mengalirkan air mata. Tak kurang juga ada program sweet couple..erk..haha..Masa ni naqibah pun kena join sekali, dapat dah couple2nye, dilabel dari golongan ansar dan muhajirin, dan haruslah memberitahu "1st impression" pada couple kami. Pastu, rotate dan rotate lah org yg di bulatan luar..hehe..
[susah nak explain dlm blog ni]

Ceria..kami sambut bithday salah seorang dari mereka

Surat ala2 sweet tarbiyah...tu pendek je tu, ada lagi kat belakang tu...heee :P


Kemudian, esok paginya, kami pg beriadah secara x sengaja lak, sbb nak sarapan di tengah padang permainan yg dekat dgn ladang2 di sekitarnya...hehehe...nak rasa sejuk gak kot..

Kalau malam2 kat sini, xde maunya, banyak haiwan berbisa kot, sbb ladang2 kan..

Riadah pakai baju kurung..wakaka
Masa ni, kami disuruh untuk beri je surat cinta kami pada couple2 kami, eceh, x kurang gak, naqibah pun bg kat adik2nya. Ok, dalam sepoi2 angin sejuk bertiup, kami volunteer nak baca surat2 cinta kami. Allah. Mengalir air mata, tersedu sedan setiap seorang membacanya. Nangis dan nangis...

Dalam sedu sedan membaca surat tersebut, bersulam dengan gelak tawa dalam air mata sebab surat tu ditulis dengan emoticon2 yg kelakar. Best kan? Gelak dan nangis sama2 dalam masa yg sama?
Overall, mabit ini amat kreatif aturcaranya. Sesuai untuk adik2 yg baru mengenal dunia tarbiyah. Semoga adik2 dapat mengecas dan jatuh cinta dengan Allah & naqibah2 boleh mencedok ilmu2 dari aktiviti mabit ini. heee

:D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.