Allah tidak pernah berkira :)

" Ini berkaitan dengan diri sendiri. Semester ini yang paling busy berbanding semester2 lepas. Semester yang paling banyak mengalirkan air mata, yang menyebabkan berat badan turun, x selera makan serta amat kurang duit untuk makan, semuanya dilaburkan untuk yang bernama study.
Student dan meggi x dapat dipisahkan. Semasa Malaysia dilanda krisi banjir, saya disini dilanda krisis kewangan yang amat teruk dek kerana mengahbiskan seuruh wang untuk fyp dan assignment serta perkara2 lain. Krisis ini juga menyebabkan saya hanya mampu menjamah berbungkus-bungkus meggi selama sebulan-dua di kampus dan mengikat perut. 

Melancong serta berziarah sahabat pun tiketnya sukarela ditaja oleh sahabat yg dah bekerja. Sem ini jugalah sem yang paling x cukup rehat, sem yang pertama kali membuat diri ini mengalami vertigo, keletihan melampau, dan kurang selera makan yg teruk (paksa makan byk..hihi).

Nak cerita disini, sewaktu mengikuti misi banjir tempoh hari ke Terengganu, saya sebenarnya dilanda kebimbangan yang agak besar kerana lusanya itu adalah hari untuk saya membentangkan assignment saya, dan, sejujurnya saya tidak sempat menyiapkan slide dengan sangat baik. Walaubagainamapun, setelah berjanji dengan diri sendiri untuk turun padang ke kwasan banjir, akhirnya, team kami sampai di sana. Saya, seperti biasa, bad mood sepanjang perjalanan sehinggalah balik ke rumah. Ketenangan bisa dicapai sewaktu telah sampai di kampung misi kami (sewaktu bermuayasyah) dan bila kami berhenti untuk bersolat. Waktu lain, macam biasa, bad mood x sudah. Mungkin sebab risau sangat kot.

Sepastinya, bila balik dari misi banjir, mesti akan kepenatan kan? Dengan slide yang huru hara, saya tinggalkan untuk pergi ke misi. Akhirnya, tiba hari pembentangan. Sudah diagak, presentation saya bakal ke laut dan memang dah sampai muara sungai pun..pensyarah saya agak terkilan dengan presentation saya masa tu.Namun begitu, alhamdulillah, atas kepercayaan dari pensyarah saya, beliau memberi saya peluang kedua secara individu dan tanpa slide untuk mewakili ahlikumpulan yg lain dan mengclarifykan apa sebenarnya yg saya ingin sampaikan dalam pembentangan tempoh hari..alhamdulillah, mission accomplished dan beliau sangat berpuas hati atas penerangan tersebut.
Tidak diduga, markah presentation saya setaraf dengan markah kumpulan2 lain dan amat baik sekali. Alhamdulillah, itu sahaja yg dapat diucapkan sewaktu melihat result. "

Waktu tu teringat sesuatu, "Allah uji aku sebab Allah nak bantu aku". Indeed, buat apa kerja yg baik, bukan jahat ye, tidak perlu berkira. Indeed, memang rasa terbeban, memang kadang rasa sakit sebab banyak mengalah, namun, Allah nak uji. Bagi saya yg kerdil ni, sepatutnya saya kena banyak belajar dari ibrah ini. Tak best pun berkira, yang lepas biarkan berlalu.
Huhu..namun, yang menyampaikan ini lebih besar ujiannya berbanding yang membaca..afwan..

Kadang2, yang perit kita lalui tu sebab Allah nak ganjarkan sesuatu, nak suruh kita sedarkan diri kita yang sombong ni, especially orang macam saya, yang selalu lupa akan nikmat Allah, semua rasa macam x cukup.

Saya rasa bad mood saya sewaktu dalam misi tersebut agak membantutkan proses memperbaiki diri saya, dan walaupun begitu, Allah yang Maha penyayang dan Maha Pemurah masih memberi ganjaran pada hambaNya yang penuh dosa ni. Ya Allah, ampunkan aku.

* menulis dengan harapan tiada yang mengenali penulis blog ni :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.