Sedikit coretan usrahku :) :
"Ana juga seorang mutarabi. Mutarabbi seperti ana, dahagakan ilmu dan eratnya sesebuah hubungan di dalam tarbiyah. Alhamdulillah, ana temui segalanya di dalam tarbiyyah. Adik2 dan kakak2 di dalam BG amat periang, dan mudah mesra. Seronok sangat.
Bila mesej mereka, cepat2 di-reply, kerana kita semua bersaudara. Bila setiap kali bertemu, dipeluknya erat antara kami semua, tanpa mengira kau dan aku dari jemaah apakah...aku ikram kau isma, ah, persetankan itu semua, atas dasar iman, kita semua bersaudara, alhamdulillah :)
Bukan itu sahaja, usrah ini juga menemukan dan mengikat hubungan antara kami yg dahulunya saling tidak mengenali. :)
Cuma, adakah kau fahami hati seorang mutarabi?"
Mutarabi ni perlukan perhatian. Padanya, biarlah hanya ada usrah setiap minggu yang dapat menemukan ahli2 usrah seluruhnya dan beribadah bersama2.
Hati seorang mutarabi itu sebenarnya lembut. Dia rindukan kebenaran, belaian dan sentuhan dari murabbi. Dia rindukan ukhuwah yang didambakan oleh semua mukmin di dunia ini :')
Dia rindukan...rindu yang tak dapat mutarabi itu gambarkan lagi...Hanya Allah mengetahui akan apakah rindunya...
Mutarabi itu..
Rindukan hatinya disentuh dengan sentuhan tarbiyah.
Sentuhan ilmu,
Sentuhan kebenaran
Ujian hebat bagi mutarabi yang terdedah dengan pelbagai kejahiliyahan di sekitarnya, tanpa lindungan ibu ayah dan keluarga. Mutarabi yang kuat adalah yg sedaya upaya cuba menjaga dirinya dari disambar jahiliyah di sekitarnya.
Semoga Allah melindungi kau wahai mutarabiku sayang.
Dengan nafas cinta, doa serta ilmu semoga ia memudahkan jua perjalanan dirimu wahai mutarabi.
Mutarabiku, bertabahlah engkau di jalan ini. Jalan yang penuh duri, jerih dan payah dalam bermujahadah serta menjaga iman. Kuatkanlah langkahmu bersama ahli "selipar gergasimu"(kekuatan jemaah) yang lain agar langkahmu seiring serta lebih laju lagi. :)
Mutarabiku sayang, moga tsabat :')
..................................................................................................................................................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.