1) Berilmu pengetahuan
2) Menjaga ibadah
3) Berakhlak mulia
4) Menjaga masa
5) Pemurah
6) Prihatin kepada ahli usrah
7) Mempunyai sifat sabar, ‘ithar’ dan ‘tasamuh’
8) Tegas, kuat cita-cita dan beramal
9) Berfikiran kreatif dan kritis
10) Bersikap lapang dada dan terbuka
11) Dihormati dan menghormati
12) Dan lain-lain perkara mahmudah
“Naqib adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiyah, takwin, pengambilan baiah, pengaliran qiadah, dan membuat keputusan (qarar)” - Said Hawa, Al Madkhal Ila Al-Muslimin : Hal 95-96
IRI PERTAMA
Ciri-ciri Murabbi :
Naqib ialah seorang Murabbi yang mempunyai syakhsiah yang unggul, semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli-ahli sehingga mampu memikul amanah perjuangan di semua peringkat. Para Murabbi adalah orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugas-tugas pentarbiahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Allah Taala.
CIRI KEDUA
Ciri-ciri guru atau mu’alim :
Naqib adalah seorang mu’alim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka di dalam bidang keilmuan.
Ditegaskan di sini bahawa para Nuqaba’ dan Naqibat hendaklah mendalamkan pembacan dan pengetahuan tentang Fiqh Dakwah, gerakan dan jemaah-jamaah, Fiqh Al-Bina dan At-Taqwim.
CIRI KETIGA
Ciri seorang bapa atau ibu (Al-Ab atau Al-Umm) :
Naqib /. Naqibah adalah seorang bapa / ibu (yang bertanggungjawab) menumpukan sepenuhnya perhatian, kasih sayang, belaian mesra kepada anak-anaknya dengan menaruh harapan yang tinggi agar anak-anaknya menjadi manusia yang berguna dan berjasa kepada mereka setelah dewasa nanti.
Sifat-sifat seperti ini mesti dimiliki oleh para Nuqaba’ dan Naqibat. Segala tindak-tanduk Naqib adalah bertolak dari rsa kasih sayang dan kasih mesra dengan niat mendidik ahli-ahli usrah supaya berjasa kepada Islam.
CIRI KEEMPAT
Ciri al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah :
Naqib adalah seorang al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah yang sejati yang hidup bersama dengan ahli-ahli usrah di atas landasan persaudaraan Islam, bersedia memberi teguran dengan baik dan menerima nasihat dan pandangan dengan rasa senang hati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.