PPRAY 1

"Cuti cuti ni, saya berprogram lagi. Tidak banyak programnya. Program kali ni adalah untuk mencabar diri sendiri. Saya sedar, saya ada beberapa kekurangan, maka, join program2 sebegini adalah yang terbaik untuk mencari jawapan. Jawapan, yang tidak ku temui.
Disini, saya dapat belajar serba sedikit psikologi kanak-kanak dan anak-anak muda.Hoyeah. Rupanya..."

Disini, tarbiyyah tidak pernah lekang walau seminit. Tarbiyyah secara menyeluruh dari peringkat bayi sehinggalah penghujung remaja. Sesi kehidupan bermula seawal jam 5 pagi. Tidak dijangka, tugas sebagai biro kerohanian dan disiplin yang dipegang semasa di UiTM 5 tahun dulu menjengah semula bermula lewat malam.

LEWAT MALAM
Alhamdulilah, memandangkan diri sendiri telah terbiasa dengan tidur awal (Paling lewat jam 1pg), maka, mudahlah mengajak adik-adik masuk tidur awal.

SUBUH
Subuh, dipaksa setiap satunya bangun.
Bukan mudah, kerana waktu subuhlah waktu yang paling sedap tidur. Setelah bertahun, hari ini menjadi kakak yang tegas.

PAGI
Waktu dhuha kami diisi dengan sesi tazkirah (saya membawa tazkirah kali ini) ringkas dan santai serta sesi soal jawab bersama adik-adik kecil disini. Mashallah, kecil-kecil lagi mereka telah faham dengan tarbiyyah. Atas kesedaran bersama, ramai yang berminat untuk bertanya tentang usrah, tarbiyyah dan konsep "ukhuwah fillah" yang sebenar.
*bab2 bagi tazkirah depan adik2 ni dah tinggal since 4 tahun lepas semasa di UiTM..

Adik2 yg tak sabar2 untuk bertanyakan soalan

PETANG
Petangnya, disuruh adik-adik bersama-sama mengemas. Masa terluang, diajak mereka membaca al-quran, namun, kali pertama juga bagi saya pabila terpaksa membaca al-quran sambil sebelah tangan menghayun-hayun rotan pak ustaz.
Boleh cuba bayangkan tak? Kak Yana baca quran sambil hayun2 rotan panjang...
Ini atas arahan pihak mereka untuk berbuat demikian.



MALAM
Waktu malam sesi pembelajaran, tak kiralah samada subjek kerohanian atau subjek persekolahan. Waktu-waktu sebegini, ramailah akak2 dan abang2 USIM datang join jadi tutor adik-adik semasa belajar. Subhanallah.
Seronok, kerana dah lebih 2 tahun meninggalkan bisnes tutoring. Malam2 disini pula dapat diisi dengan perkara2 sebegini.

Study

Soalan IQ

Sedang menghafal sambil pejam mata :D

Math

WAKTU-WAKTU LAIN
Diisi dengan aktiviti mengemas dan beriadah. Kadang-kadang, bawak lari anak ustaz. Hee~
Kadang-kadang, adik2 nak berkongsi masalah.
Kadang-kadang, saya ter"online" sebentar. hihi



Untung Wafa, ramai kakak2 kat sini. Sape2 yg nak bermanja2 dengan kakak2 je tu, mehla jadi baby kat sini..HAHAHAHA!
Sungguhpun begitu, segala tempat pasti mempunyai sejarahnya. Asam garam kehidupan, penuh ranjau dan duri, hanya insan terpilih yang melaluinya. Namun, mereka kental tidak berputus asa sama sekali. Alhamdulillah. Jzkk ustazah dengan menubuhkan pusat2 sebegini untuk mentarbiyyah anak-anak ini dengan begitu baik.
Corak masyarakat itu ada corak yang kita nukilkan. InsyaAllah :)

*maka, tidak sempatlah membaca buku yang naqibah anjurkan baca. Asal baca je, merah muka, tekup muka, geleng kepala, sorok muka dalam tudung, asyik istighfar je...err...sbb nak adapt pada penggunaan bahasa yang mungkin jarang didengar secara rutin..Astagfirullahalazim....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.