[Blog ini ditulis dalam keadaan penulis yang sedang sakit perut dan berulang-alik ke tandas je...]
Sahabat saya dan adik-beradiknya yang lain bersekolah di Hira. Hebatlah depa, adiknya join LKD pula tu. Sangat hebat. Disana, kami berbual panjang bersama ahli keluarganya. Segan bak ang..Awatlah segan sangat ghasa...Sebab, ayahnya peramah sungguh, baik sesangat mengalahkan maknya..Allahu..merah muka sebab x biasa dengan lelaki...
Timbul juga cerita tentang arwah makcik Siti Marhamah, isteri pada pakcik Nahar. Rupanya, arwah sakit dah lama, kansernya telah berada di tahap 4, namun, usianya melebihi dari jangkaan doktor yang selalu kata usianya tidak panjang lagi (3-4 bulan). Arwah mkcik marhamah boleh bertahan bertahun lamanya. Subhanallah, indeed, jika sakit, semangat positif itu perlu ada dalam diri.
Selepas itu, tibalah hari saya ke Jeram sebelum pulang ke tanah kelahiran sendiri. Alhamdulillah, selepas memandu selama setengah jam dari rumah Hana, akhirnya tiba di Jeram. Teringin nak makan seafood di pantai jeram..hehe..
Di Jeram jugalah terletaknya SMI Hira' dan tadika Hira'. (saya pernah ke SMI Hira').
Di pantai, aktivitinya ialah mencuci mata, melihat alam semulajadi. Angin yang kencang dan pemandangan yang cantik membuatkan kepenatan hilang seketika walau di tengah terik mentari.
View la kunun..ada lg view lain, x sempat nak hapload |
Medan Ikan Bakaq, Jeram |
Selepas berada di Jeram, cadangnya akan ke Sg Besar, melawat sahabat arwah mama saya, sefikrah dengan arwah mama, isteri ustaz Yusof, ustazah Zaleha aka makcik leha (mak kak muna). Namun begitu, selepas call kak muna, akk kata, mak dia suruh datang bulan 4 ni (sbb dia bz program), plus boleh lepak lama disebabkan kak muna akan berpantang di sana nanti. Boleh adakan chit chat wanita...kekeke...
Terharu, rupanya, makcik zaleha dah suruh kak muna perketatkan lagi pengawasan ke atas diri ini yang memang terkenal dengan kenakalannya...huihui...Jzkk makcik.
Ibrah dari prcutian kali ini lebih kepada pentingnya keluarga sakinah, pentingnya mendidik anak2 dari dalam perut lagi dan meningkatkan mutabaah amal.
Itulah serba sedikit coretan percutian kali ini yang x berapa nak mewah, namun, percutian kali ini sangat mewah dengan kasih sayang. :))))
Kasih sayang, itu sahaja dah membuat seorang anak (yg kurg kasih sayang sepertiku) gembira dan bahagia.
Jzkk pakngah, makngah, ustazah, adik2, pakcik2, makcik2 yg merupakan sahabat arwah mama dan juga sahabat ana sendiri. Semoga kita berjumpa lagi di dalam muayasyah yang akan datang. :)))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.