Ukhuwah, cinta & getarnya

Salam alayk,

Dah berhabuk dah blog ni sbb lama dah saya x menukilkan sesuatu disini. Hari ini tajuk saya berkisar pada cerita tentang ukhuwah :)
Apa yang best ttg ukhwah?

Best!

Bila ukhuwah, fillah, kerana Allah, kita saling mengajak kepada kebaikan satu sama lain, membantu tatkala kesusahan dan berlapang dada (yg plaing susah nak buat kot...)
Ok, xnaklah bercerita berapi-api kat sini ttg ukhuwah. Cuma nak sampaikan yang bila kita berkawan kerana Allah, kita akan dapat rasakan kemanisannya tau!.

Kita dapat rasa macam ada karen2 yg mengalir di saat bertemu dengan sahabat2 kita. Perasan x ?Karen yg mengalir tu dgn voltannya tersendiri, sgt berbeza dengan karen2 yg mengalir dgn kawan2 yg bukan kerana Allah. Dia punye kemanisan berukhuwah kerana Alah tu amat berdesing-desing, seolah tak bisa digambarkan dgn kata2.

Benarlah kata kak pah aku, cuba masuk duna tarbiyyah, awak akan kenal sahabat dan bukannya kawan sahaja. Awak akan rasa manisnya ukhuwah.

Indeed kak pah. Saya merasakan kemanisannya. Karen2 yang sgt kuat tapi x menyakitkan mula mencucuk di setiap nadi saya, karen2 yg biasanya menghanguskan tubuh badan itu hari ini memberikan sensasi kesedapan yang luar biasa yang teramat sangat.


Angry? Manage it!

Today, i created satu program, and its actually khas utk carry the trojan virus. It will execute the program and crash the victims computer FOREVER.

It is unethical to create a virus and send it through a facebook account right?



But, what about a reckless user of facebook? Does they should be banned from a virtual world and counterfeit to a real world and face the reality about their bad attitude?

Hahaha!

I LIKE!

There's one woman in this virtual social world which she loves to uses her status to "bad talking" other people include her friends and even her bestfriends. OMG. How this could happen?
The worst part is she is one of the akhawat, which she claim she is good at religious part. Wow, it good though, but should you use your islamic knowledge to talk bad about people in social network?

This kind of irresponsible people on social network cause many hackers to spread the virus to crash their account and their computer too.

Its a worst condition which most of her friends find me and complain about her bad behavior. Why they search for me?  These irresponsible person on facebook should not be our fb friends, in my opinion and i don't know what is your suggestion on this issue.



I learnt all programming either basics or complex program just because to gain some knowledge. However, these people trigger me to crash them from continuously socialize in bad ways on virtual life.
But, its not good to use it in that way, it may cause u a harsh life crack due to ur anger action.

Tips utk yg study Accounting :)

1) Nak skor subjek2 akaun ni sebenarnya bermula dari mindset kita sendiri :)
Usahlah kita anggap subjek tu susah yang amat, dan kita kena cakap pada diri yg subjek tu mudah. Selain itu, haruslah diiringi dengan latihan2 yang membantu seperti tutorial dan jumpa kawan2 atau pensyarah jika anda tidak mampu menjawab soalan tersebut.
Kemudian, rajin2kan mengajar kawan2 yang lemah dalam subjek2 akaun. iA, dgn cara itu, ko akan mudah faham juga dan bertaambah2 ilmu ko.

2) Masa aku asasi dulu, subjek akaun aku masa sem 1 aku skor B. Masa tu, adalah kali pertama aku amik akaun. Masa degree, aku boleh skor A. Mindset memainkan peranan bagi aku sem tu. Aku set dalam minda bahawa subjek tu x boleh membunuh orang yg berusaha keras utk skor. Ye, x boleh bunuh!

3) Pastu, cuba offer diri nak ajar kawan2 yang kurang faham subjek2 tu. Masa tu, kitorang built satu group assignment sama2 dan buat tutorial sama2. Ketua kitorg lelaki, dan dia tu bapak budak, so, dia faham pasal kitorg yg mcm anak2 dia ni.
Ada bab2 yang aku ketuanya, ada bab lain yg kawan2 aku ajar aku balik, dan if ada silap dalam tutorial masa tengah buat tu, aku dan kawan2 pasti akan menegur satu sama lain atas silap itu dan masing2 membincangkannya.

4) Pastu, benda ni penting sangat2. Kita jangan ponteng kelas akaun, tutorial pun kena rajin buat. Jangan menyakitkan hati lecturer tu dan try hormat lecturer kita dgn sedekahkan senyuman dan tunjukkan minat utk belajar dalam kelas dia, iA, dia akan doakan kita yang baik2 masa solat dia nanti. Sebab, kuasa senyuman itu tajam tau?

5) Pastu, pergi ke kelas dengan semangat yang tinggi walaupun dah tahu yang subjek tu memang pecah kepala. Masalah student ialah x hadir ke kelas dengan semangat dan ramai yang abaikan tutorial. Tips aku dan group aku mudah je, kitorg beli gula2 banyak2 pastu kitorg passing2 dengan ahli yg lain sambil dengar lecturer tu mengajar. haha. Best gak, sebab tu aku dengan member aku gemuk2 sihat2.

6) Dan, yang ni utk umat Islam. Alhamdulillah, group aku kaki masjid, yang perempuan, selalu ajak aku pg surau sama, solat sama, aku jadi imam dia, dia jadi imam aku, dan musim2 puasa dia ajak aku ke bazar sama2, dan selalu outing dgn dia lepas habis kelas.
Secara x langsung, benda2 cmni dapat mengeratkan hubungan antara kawan2 sekelas. Kadang2 tu, memang mulut dia laser, kalau aku x ke teraweh, memang kaw2 dia sindir aku time tu jugak, jadi memang habislah aku. So, aku pun pg la surau utk berterawih, mula2 pg sebab dia, lama2 pg sbb suka..hahahaha! (teruknya aku wehh..teruknya!)

7) Yang ni, ko kena fikir sendiri la. Sape yang taja ko belajar dan apa expectation diorg pada kita kan. Aku akui, kadag2 aku xde semangat nak study, tapi, aku xleh ikut sgt semangat tu, kena rajin dan duit biasiswa tu satu amanah. Kalau aku xde semangat nak study, aku jumpa je kaunselor aku, dan memang kaw2 kena teguran dari dia. Oklah tu, kire biar sentap2 hati tu nak mula semangat semula.


Sekian,

Wsalam.

Programming

Salam,

Semester ini ana belajar byk trick2 dalam programming. Byk perkara baru yang dipelajari. Dulu hanya tahu buat coding utk website, hari ini dah pandai buat virus, dan virus tu mampu meranapkan laptop sehinggakan kita terpaksa masukkan system baru ( aka format semula) laptop tu.

Dan, akibat terlajak sengal hai tu, (mujur virus tu basic je), ana dah run virus tu dalam laptop ana sendiri :D
Akhirnya, laptop ana tertutup dengan sendirinya, dan mujurlah masa tu musim2 exam, jadi xde assignment tgah running.

Contoh page yg telah di-hack!

Lepastu, ana belajar lagi kod2 untuk create virus yang tugasnya menjahanamkan fail2 termasuk komputer mangsa.Kemudian, ana dapat belajar tentang bagaimana utk "phishing". Boleh digunakan ke atas akaun facebook, maybank2u, akaun bank2 lain, gmail dll.
Kemudian, ana belajar ilmu tambahan bagaimana untuk hack akaun facebook, gmail dan whatsapp tanpa menggunakan "phishing". Macam x baik je kan belajar mende2 ni?

Pelajaran ini ana belajar sewaktu minggu peperiksaan kerana penat sangat memerah otak belajar teori HRM, dan ana pun terus luangkan sdikit masa untuk main code.
At least, lega sikit rasa otak ni dapat tengok nombor2 :)

Kemudian, ditambah dengan kawan2 dalam group hacker Malaysia yang banyak sharing idea untuk hack dan trick2 programming yang best. Tapi, memandangkan ahlinya 90% lelaki, maka banyaklah dikongsi tentang game je. Ceh.

Sekarang dah boleh nak hack2 orang. Wakaka. Hrtu, terhantar virus ke group assignment. Wuargh, x tahula sape yg jadi mangsanya..haha...
Ana ter-hantar virus most basic one, xde la rosak komputer tu, koman2 pun komputer tu shutdown je. haha! ( mcm yg ana running kat laptop ana haritu).

Ada kwn2 yg tahu pasal yg ana beljar ni, x kurg yg paranoid xnak berhubung di online, better melalui telefon call juga face to face..haha. Kan best kalau dunia kita ni realiti dan org tidak terlalu bergantung pada teknologi. Teknologi telah mematikan ukhuwah juga sesetengahnya tu. Allahu..

Ok, pada kawan2 yang nak belajar mende ni, mohon belajar sendiri, ana xnak ajar. Tapi, yang nak ana ajar pun boleh, tapi dengan syarat dan sumpah bahawsanya anda tidak akan gunakannya utk menjahanamkan orang lain. Sebab, selagi korang guna ilmu tak berapa baik tu utk tujuan x baik, cikgunya yang akan dapat dosa berterusan. :(

Ok, syok sendiri kat sini dah lama, maka, angkat kaki dulu k.


Projek CCTVku :)

Salam.
Hari ni nak kongsi sikit bab hobi. Hobi, semua orang ada hobi. Wakaka, macam2 ada. Hobi aku antaranya ialah menyelusuri kemahiran kejuruteraan walaupun aku bukan minah engineer. Aku minat programming dan ada company yang minat untuk jadikan aku programmer part time mereka. Oklah tu. Hobi jadi kerja.
Sekarang, berjinak2 dengan sistem2 lain, dan berbincang tentang idea2 baru untuk direka cipta atas gabungan2 idea2 ini.

Sekarang projek aku ialah untuk custom cctv di bilik hostel aku. Nak buat apps sendiri untuk install cctv dengan kos yang sangat2 rendah yg mampu untuk pelajar2. Boleh x agak2? Projek sedang berjalan. huhu...Cctv tu pun aku sendiri yang akan reka sikit dalamannya. Tett....

Bosan x dinafikan jika hanya belajar sesuatu yang exam oriented sahaja, kadang2 nak juga bermain2. Main dengan apa yg org2 lelaki barat selalu main..keh3...( Anak mat saleh, secondary school pun dah pandai cipta teknologi diorg sendiri, even kereta pun leh buat sendiri.)

Gambar? Hmm, nanti aku upload sebab ni kan blog aku, jadi ikut suka aku la bila nak upload gambarnya.
Banyak benda kena modified..huhuhu...x best, tapi agak mencabar..huhu..

Bila adanya "otak lelaki" dalam badan perempuan, kudratnya tidak sama seperti badan seorang lelaki yang dengan mudah boleh modified barang2 yang perlu diubahsuai itu..Takpelah, bersyukur pe jadi perempuan :)
Boleh buat anak banyak2..

Hmm...hm...nak settlekan projek ni cuti ni. Hmm, terfikir, camne nak ubahsuai body untuk cctv tu nt? Sebab papan litar x boleh tembus ke windows nya...Sebab lubang body tu masih dara, nak kena pecahkan daranya tu. Hahaha.

Kbai..
(Otak kuning jgn pikir yg bukan2...)


Kerajaan tipu kita, kita tipu kerajaan ke cane? EDISI GERAM!

Aku tak faham zaman la ni, semua benda nak bercukai. APakah aku yang sengal x tahu function cukai tu apa..
Tapi, cukai terlalu banyak sehingga menyusahkan rakyat, dan x lama lagi nak letak GST lak dalam negara. Hmm, katanya barang2 akan semakin mahal. Perasan juga sekarang ni matawang Malaysia semakin kecil.

Anak2 muda zaman sekrang ni, kalau xde duit nak sambung belajar, tak payah pergi belajar, ataupun pilihan terakhir, pinjam je PTPTN tu haa. Punyelah cekik darah, siap dgn cukai perkhidmatan = bunga wa pokok tu sebenarnya. Grad je, terus pikul hutang bertimbun atas bahu. Grad je terus nak kena cari duit sebab nak bayar balik hutang2 yg berlambak selambak tu. Aku tak setuju la walaupun aku bukan peminjam PTPTN. Aku ni anak yatim piatu sekrang ni, jadi aku faham camne rasa jadi susah, takde duit, tak cukup duit tu sume.

Lepas hutang PTPTN, graaduan nak beli kereta katanya nak guna untuk pergi kerja, nak berkeluarga nak bawa anak2. Hutang lagi! Mungkin RM40k - RM90k x lari harga kereta tu sebab kebanyakkannya nak beli kereta baru. Campur interest rate lagi, jadi jumlah pinjaman tu dah bertambah. Pastu, nak sewa rumah, nak kena bayar bulan2, yelah kerja di sana sini. Tapi sampai bila nak menyewa rumah kan?
Rugilah asyik sewa rumah, jomlah beli property sendiri sebijik. So, nak beli rumah yang rata2 selesa untuk diri dan anak2 ialah lebih kurang RM200k di melaka, RM500k di area2 seperti Shah Alam ( selesa bagi aku sebab aku nak ada anak ramai2). Eh, buat loan lagi, bayar dalam 30 tahun gitu. Assumption lah ye, jgn marah aku.

Jadi, meh flasback sikit hutang2 lu olang:
PTPTN = RM60k( ipts), RM20k ( ipta)
Kereta = RM50k
Rumah = RM200k
Muda lagi dah kena pikul hutang hampir setengah juta, kire istilah jutawan setengah negatif aka -1/2 jutawan ni dah layak dipikul oleh rata2 anak muda sekarang ni. Tu anak muda yang still ada mak ayah nak cover. Yang xde? Alhamdulillah, aku dah ada sebuah property habis bayar, kereta habis bayar sebijik. iA, aku akan cari juga rumah nanti, dan aku juga akan tergolong dlm kategori manusia yg berhutang utk beli rumah. Tak pasti lagi, ada cadang2 nak beli rumah di shah alam, seksyen 7 :)

Kereta? Aku dah buat keputusan nak beli kereta import cash, bukan hutang. Rugi aku nanti utk revenue but not LTA.
Aku ada beberapa cara nak "tipu" kerajaan kita dan mendatangkan profit kepada kita dengan banyak yg amat, tapi, bak kata subjek finance, High risk, high return :)
Cuma, berani x berani je. Gila x?

Tapi, aku x berniat nak menggunakan semua cara itu. Cara ni cara international yg x melibatkan dadah, atau rasuah. Ia lebih kepada 0% interest, 0% credit. Kira, membebaskan diri dari hutang, perform well in finance management dgn lebih bijak. Sebagai amatuer financial analyst di dalam kelas dan kalangan kawn2 aku selama 3 tahun ni, aku cuba merangka beberapa framework utk kewangan aku. Dan, aku rasa aku bodoh dalam mengurus kewangan aku jugaklah.

Namun, aku bersyukur teramat atas anugerah Allah. Allah permudahkan jalan hidup aku, belajar tidak perlu berhutang, property sendiri dah ada sewaktu usia 21 tahun, business kecil2an yg tergendala dah ada demand dari kawan2 yg minta dirkrut sebagai anak2 pelapis, kereta yg terpaksa beli dulunya beli dgn cash money. Cuma, pernah gak pinjam PTPTN dulu masa diploma sbb nak jaga mak sakit, yg mana sebabnya xnak susahkan mak. Last2 diploma tu x habis, amik asasi masuk degree dgn tajaan. Alhamdulillah. Mak yg sakit pun dah arwah, semoga bertemunya di syurga.

Post aku ni lebih kepada nak tolong meluahkan isi hati golongan yg berhutang untuk hidup. Apa nak jadi dengan dunia akhir zaman ni. Habis semuanya berhutang, sampai tahap kronik, ada yg muflis. Zakat tak diberi pula pada tempatnya, orang2 susah banyak kat luar sana, cukai dikutip2 disana sini, tarah je semua org bila bab kutip duit, jenayah meningkat sebab Y distribution tidak pada tempatnya, merungut bila ada jenayah yg banyak, namun hukum hudud tidak pula disokongnya, dibantah habis2an. Orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin. Wahai yang ada kuasa dalam dunia ni, jawablah anda di hadapan Tuhan nanti akan segala hak2 kami yang anda rompak habis-habisan demi kepentingan puak2 anda. JAWAB!

Nak buat sesuatu tu, tolong fikirkan orang lain yg kurg mampu. Sampai hari ini aku tak puas hati kes biasiswa ditahan utk ke oversea tu. AWAS, mahkamah akhirat itu adil.

Sekian.

Sejadah basah

Salam alayk,
Post kali ini lebih berkisar kepada perihal sejadah, telekung, kain sembahyang dan air mata. Tahu x apa kaitan semuanya ini?
Banyak kaitannya, dan amatlah common.

Ya Allah. Sebagai manusia yang kerdil, ana pasti, ramai antara kita yang dah berbanjir sejadahnya debanjiri air mata kerana merintih kepada Allah.

Tahukah korang, bila kita merintih pada Allah itu adalah waktu terbaik sebenarnya untuk berehat? Masa itu kira macam chitchat la, tapi lebih kepada merintih sayu mengharapkan keredhaan Allah serta memohon petunjuk Allah. Umat zaman sekrang ni, bila ada masalah je, terus tulis kat fb, kutuk2 maki2. Pastu ajak kawan2 ngumpat hal2 yg x patut sebab sakitnya hati. Apa kata, bila kita ada masalah camtu, kita merintih pada Allah?

Sebagai contoh, kita ada terasa hati pada seseorang, kita takyahlah nak sindir2 dia dan marah2 dia, tapi kita memohon pada Allah akan petunjuk dan kesabaran. Sebab, kau marah org tu teruk mana pun, yang pegang hati dia Allah.Jadi, mengadulah pada Allah akan sakitnya hati kau tu, semoga mendapat kekuatan dari doa itu.

Waktu lepas solat tu, terasa seperti semakin dekat dengan Allah dan sangat relax time tu. Seperti ada pelindung yang datang "ramai" sangat di sekeliling kita, yang menjaga kita. Cubalah. Best.
Time tu, memang kalau berdoa pun pasti akan terasa sayu je, mudah sangat menangis.
Ustaz ada kata, orang yang mudah menangis ni hatinya lembut. :)

:))))
Sekian.

Roh - rindu - isi


Ruh pun pandai meminta manja, minta dibelai, saat ia rasa kosong tanpa arah. Allahuakbar. Besar sungguh ciptaanMu serta kurniaanMu kepadaku.
Belailah ruh dengan membaca al-quran, ubat hati, jauhi maksiat, dan yg paling utama solat. Solat itu antara salah satu elemen utama kepada kewarasan pemikiran.



Gemuk luar gemuk dalam dan selamat beramal.

Nikmat Syurga

Dari kecil kita selalu digambarkan dengan nikmat syurga yang sangat indah dan tak terbayang oleh kata-kata. Allahu..sehingga hari ini aku masih lagi tidak dapat bayangkan bagaimanakah rasanya nikmat syurga.
Namun, pernahkah kita pergi ke sebuah tempat yang nyaman sangat, wangi dan indah? Kita rasa seronok bukan? Syurga apatah lagi..lebih2 lagi indah..

Baru2 ini, ana mengalami mimpi yang sangat seronok, mungkin inilah tanda Allah nak sedarkan adiri ini supaya perkuatkan lagi jentera iman agar jadi lebih kuat mentaatiNya.
Mimpi itu..ana bertemu dengan sebuah tempat, tinggal di sebuah madrasah yang menempatkan ramai huffaz, yang mana tempat itu sangat nyaman dan wangi sekali udaranya..Allahu..

Lelaki2nya sering bersolat jemaah di setiap waktu solat fardhu. Wanita2nya berpakaian menutup aurat sepenuhnya. Wanita dilayan dengan penuh hormat..Tiba2 di dalam hati, tertanya2, adakah ana berada di Tarem? hiihihi..


Rasa taknak dah bangun dari tidur itu. Nak terus je berada di situ. Bila celik mata, melihat alam realiti, eh, tidak semuanya begitu. Persekitaran kita masih lagi tenat. Ummah kita masih lagi blurr..
Hmm..kita sama2 nak tarik kawan-kawan kita ke syurga, tapi realitinya hari ini, ianya tidak semudah yang disangka. Amar makruf nahi mungkar, jika kita tidak direject, tidak dibenci, tidak membasahkan sejadah kau, mmg tak sah! Itulah jalan dakwah!

Takpe, ingatlah, kebenaran akan sentiasa menang. Ingat tu.

Fuh, ana tak kisah pun andai di dunia ni aku tak sempat nak bercintan2 dengan akhwat2 yakni sahabat2 ana, asalkan aku jumpa mereka di syurga dan berbulatan gembira yg lebih besar lagi, xyah keluar duit nak siapkan kenduri kat syurga, semuanya Allah dah beri. Bestnye, masa tu boleh bermain2 di taman syurga yg selama-lamanya. Wuhhu!
Sahabat, kita boleh bercintun2 kat dalam program2, dalm usrah, gathering, meeting dan kerja2 amal kan? Wuhhu! Best!

[Santai troll ] Manfaat & bermanfaat

Salam alaik,

Post kali ini berkisar lebih kepada manfaat dan bermanfaat kepada orang lain. Tahu x? Kalau kita ni orang yang tak bermanfaat pada orang lain, hidup kita ni sia2.

Manfaat apa yang kita boleh beri? Aku bukan orang kaya. Eh? Perlu jadi kaya ke baru nak bagi manfaat pada orang lain? Hatta pakcik yang sapu sampah tu pun dah memberi manfaat kepada orang sekelilingnya. Dia antara medium yang menyebabkan persekitaran menjadi bersih dan sejuk mata memandang. Betul?
Ya, betul sangat.

Kita yang sebagai pelajar ni, apa sumbangan kita? Err??
Kita kalau pandai dalam akademik, tolonglah kawan2 kita yang kekurangan dalam pelajaran.
Bantu pensyarah dalam programnya, bantu kawan2, sahabat2 yang dalam kesusahan, walaupun hanya memberi pinjam sekaki payung kepada kawan kita. :)

Orang yang riak dalam memberi manfaat ialah orang yang suka memandang rendah pada orang lain dengan menganggap orang lain  kurang atau langsung tidak boleh memberi manfaat melebihi dirinya. Eh? Bagusnya akhlak mazmumah kau tu kan?


Orang macam ni ialah orang yang "keladak" bak kata Prof muhaya. Dia rasa dia yang hebat, dia rasa dia terbaik, sedangkan dia tidak mempunyai apa2. Tidak berguna sekalipun dia ada ilmu agama banyak sangat. Sebab, dia diumpamakan seperti keldai yang membawa beban ke sana kemari, dan dalam masa yang sama, analoginya, ibarat mengisi dan mendukung pasir di dalam guni yang koyak rabak. Fuh, jangan dok baziaq!

Inilah dia orang yang gila. Dia syok sendiri :)
Takpelah. Andai pembaca terasa diri pembaca sebegini ( aku pun terasa banyak), takpe seandainya pembaca dah terlanjur buat, tapi pembaca rasa benci dan menyampah dengan akhlak sebegitu. Pembaca rasa macam nak bunuh diri je lepas buat cmtu. Bencii! Itu tandanya pembaca masih ada kesedaran dan "hidup" untuk berubah ke arah yang lebih baik, dan aku yang menulis mahupun orang lain tidak layak mengatakan anda hipokrit!

Bak kata santai tarbawi, hipokrit ni ialah
"Bila didepan orang, dia berpura-pura baik, dan pada masa yang sama, dia amat benci dengan kebaikan tersebut, dan ingin lari dari kebaikan itu. Dan, apabila di belakang orang, dia jahat, dan dia amat sukakan kejahatan yang dia lakukan!!"
Nampak tak? Harap pembaca termasuk saya tidak berada dalam golongan ini. Mohon kikis2. Kita hamba Allah, kita harus berubah demi membawa manfaat pada ummah kita!
Boleh?
Tak boleh? Nak 1000 daya, taknak 1000 dalih. Orang yang lemah ialah orang yang mencipta alasan.

Usah rasa putus asa, Allah Maha Pengampun.

RindukanMu Ya Allah

Salam alaik,

Pernahkah kau rasa "serabut" bila setiap kali kau tinggalkan solat?
Pernahkah kau rasa lemah tatkala kau tidak menjaga hak Allah?
Pernah juga kan rasa tidak tenang pabila solat pun tergesa-gesa?



Post kali ini banyak berkisar tentang hubungan kita dengan Allah. Kenapa perlu solat dalam keadaan tergesa-gesa? Kenapa bila dengan Allah, kita sangat berkira tentang waktu denganNya?
Entahlah..apa yang dikejarkan...

Tahun ketiga ini adalah tahun yang paling sibuk buat ana. Makan? Dah dua minggu aku tiada selera makan. Semua makanan serba salah. Kurang duit ke? Tak, duit masih tak terusik. Sakit? Hati ana yg berpenyakit..yg pasti..
Dalam masa yang sama, ana rindukan Allah. Rindu bertamu ke rumahnya dgn lebih kerap lagi, meluangkan masa denganNya lebih lama, kerana sejak menjadi sibuk, ana rasa waktu untuk ana ber"selfie" menjadi kurang. Waktu2 terluang, ana cuba pergi ke rumahNya, menyelak2 lembaran usrah2, dan buku-buku yang boleh mengingatkan ana kepada Allah.


Sebab? Ana tidak kuat, ana sentiasa terleka. Kalimah azan menjadi kalimah keramat yang teramat sangat kebelakangan ini dan tidak pernah aku rasakan seumur hidup ana. Bagaikan aura yang menarik-narik diriku tatkala azan berkumandang. Astagfirullahalazim..*jantung berdegup laju tatkala ana menulis tentang azan ni sekarang...Allahu, Astagfirullalahazim...

Perasaan? Rasa nak menangis sangat. Rindu sangat. Rindu. Sebab itu ana "lari" dari dunia laman sosial seketika. Tiada yang bakal memahami perasaan ini.

Ana tidak tahu kenapa, kebelakangan ini, setiap kali pulang dari kelas, ana akan berlari pulang mencari sejadah, ana nak menangis. Hati ana sebak. Sebak..

Ana tiada masalah, syukur Alhamdulillah, banyak sungguh nikmat Allah beri, cuma ana sebak kerana ana lalai dan leka, dan ana sehabis baik mencuba memperbaiki yang mana yang telah rosak. Ana sangat2 bersyukur. Ana masih boleh gunakan apa yang Allah beri untuk menebus semula kesalahan lalu. Ana tidak akan mengeluh akan semuanya. Alhamdulillah.

"Aku rindu padaMu ya Allah. Rindu. Itu sahaja dapat diluah."

Nampak "sengal" kerana menulis luahan ini dalam blog. Sebenarnya ,tidak diceritakan kepada sesiapa akan hal ini. Tiada yang tahu blog ana. Mungkin..ada pensyarah ana yang tahu. Ana nak luah, tapi blog antara medium untuk ana meluah sesuatu yang agak "sensitif" buat diri ini.
Perjalanan ini amat panjang, penuh berliku, penuh dugaan dan harapan. Semoga kita semua thabat di jalan ini.

**ana sedang membuat persiapan untuk fly ke luar negara tahun ini..InsyaAllah..
Usah tanya aku akan kemana..ada program bawah ana.




Street Dakwah 1

Salam,

Kali ni nak story sikit berkisar pengalaman street dakwah. Alhamdulillah, everything goes well.

Pentingnya kita rebut peluang berdakwah. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang itu. Bertempat di sekitar port Klang, kami berempat berjalan di sekitar mencari-cari target masing2.
Ya Allah, kawasan kami itu sunyi kerana ianya adalah hari Ahad. Kawasan itu dipenuhi non-muslim dan juga kedai2 judi, kedai2 lama, pusat snooker dan lorong2 sunyi.
Tidak ketinggalan, di tepi2 jalan, terdapat beberapa peniaga ubat kuat, minyak pengasih ( maybe) dan tongkat ali wa ginseng.

Maka, ana dan hanna mencari target, dan akhirnya di depan sebuah kedai nombor ekor, terdapat seorang aunty cina yg sedang menetak2 kayu tongkat ali itu kepada serpihan2 kecil. Ana menarik tangan hanna, dan tiba2 langkah kami terhenti pabila terlihat sebilah parang besar berkilat di tangan aunty tersebut..hahaha!!

Dalam hati berkata, ni kalau kena tetak ni, arwah! haha!
Tapi, kita nak berdakwah, takpe, biarlah mati kerana Islam pun x mengapa. Maka kami approach aunty tu, dan mendapat feeedbanck yang baik..hehehe..Lega...
Aunty nampak seperti orang yang penyayang. Ceh, parang tu...heheh..

Inilah aunty yg kami approach. Kayu tu kayu tongkat ali..Nampak x parang yg aunty tu gunakan  terletak betul2 tepi
kotak tu?
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke kedai2 yang ada di lorong yg sunyi dan berhampiran pusat snooker. Alhamdulillah, feedback semuanya baik2 belaka.

Antara reponden yang tekun mengisi borang survey kami

Cuma, yang kesal, bila dilihat wajah kami yang memang muka orang melayu ini, kami digelar racist.
Tak kurang juga, ada yang sampai keluarkan surat rasmi MPK sebab mereka fikir kami ini orang "keris" kot. Nampak sangat mereka terkesan dengan isu orang cina sebagai penceroboh di Malaysia.

Astagfirullahalazim...nenek ana sendiri cina mualaf, arwah atuk yang tarik dia ke Islam. Untuk apa ana menyokong kenyataan cina sebagai pendatang? Jadi, aku ni pendatang? Penceroboh?

Lastly, pengembaraan kami dah selesai, pengalaman mmg awesome. Ana nak join lagi. Dan sepatutnya pd hari yang sama ada lagi satu SD aku pada mulanya kena join, iaitu, Malaysia Reverted Muslim ada buat juga street dakwah. Diorang bawa banner dan approach orang. Kami bawa borang survey dan approach orang.

Actually, lebih susah lagi bila bawa banner dari approach orang dengan bawa survey. Mereka buat SD di KLCC, dlm LRT dan kawasan pejalan kaki dan kami di Port Klang.

Overall, program kali ini lebih menjurus kepada dakwah berbanding Islah. Seronok. Kerana, perkara yang sama sedang berlaku kepada diri ana di dalam kelas bersama pelajar2 chinese. Kata akhawat, tanggungjawab kini lebih besar dan juga perlu follow-up mad'u2 ni. 
Usah berkecil hati dengan mereka, just approach.

Sebab, murobbi itu tiada masa untuk termakan hati or what. 

Ok, jom lambai2 tangan..Nak minta diri dah...

Wsalam. =)

Taman Syurga

Salam alayk,
MBSA..hehe...kawan2 suka tempat ni, katanya gedung ilmu. iA, aku mahu berhijrah ke sini pabila telah bekerja nanti.

Kali ini, blog ini ditulis ketika ana bercuti di taman2 syurga bersama akhwat2 di Selangor.
Alhamdulillah, juga takziah pada diri ini.
Percutian ini telah dirancang sejak awal. Maka, ana harus menjadikannya realiti :)

Kenapa tajuk ini taman syurga?
Kerana, percutian ini berbentuk pengisian ilmu. Program2, dan perkongsian dari akhwat2 akan beberapa kisah hidupnya. Ya Allah.
Sesungguhnya ana masih lagi kerdil dalam dunia dakwah ini. Allahu :'(


Alhamdulillah. Usahlah risau, iA, Allah masih memelihara diri ini. Akanku teruskan jalan dakwah ini walaupun perit dan penuh duri2 tajam.

Percutian ini bakal dihiasi dengan akhawat2, ikhwah serta pakcik2 serta makcik2 yg menawarkan rumah mereka sebagai tempat penginapan kami sempena program hujung minggu ini nanti. :)
Alhamdulillah.

Perasaan yang indah pabila berjemaah. Tapi, mampukah diri ini berjemaah?
Mari ke taman2 syurga yang telah banyak tersedia di sekliling kita. :)

Semoga, kita semua masih dapat bermain-main di taman syurga yang abadi di sana bersama-sama. Jika tidak puas bersama di dunia, tidak perlu risau, ayuh kita pimpin memimpin tangan ke syurga firdausi :)

*senyum lebar2 and say Alhamdulillah :)))

Allah Ya Allah :')

Salam alayk,

Allah adalah Tuhanku. Penciptaku, alam semesta.
Allah, hati akan tenang pabila berdoa kepadanya.

Selepas solat, waktu yang juga baik untuk berdoa.
Rasa release semua perihal dunia. Hati jadi terisi, jiwa jadi tenang.

Nak menangis, menangis dalam doa. InsyaAllah, terlepas semua keresahan di jiwamu.
Indahnya Islam pabila kita disediakan dengan solat dan doa untuk kita mengadu, segalanya.

Cerita dalam post kali ini agak tergantung.
Point utama disini ialah untuk hightlight kan bahawa doa itu tempat kita berehat dan mengadu kepada Allah. Ketenangannya, subhanallah.

Usah putus asa.

Wsalam.

Berenang Part I

Beberapa hari lepas, saya diajak oleh teman sekelas untuk berenang di kolam renang berhampiran kampus kami. Kawan-kawan yang ajak adalah bukan Islam, mereka Chinese.

Saya bersetuju kerana ini adalah sunnah Rasulullah untuk berenang dan apatah lagi belajar berenang. Pergi dengan non-muslim, memandangkan yang muslim masing-masing menolak untuk ke kolam renang.

"Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setelah tiba di lokasi, seperti yang dirancang, kami memulakan sesi berenang, berendam dan kemudian, kawan saya bertanya kepada saya, adakah saya pandai berenang?
"Saya tidak tahu"

Dia sukarela mahu mengajar saya asas2 berenang. Alhamdulillah. Nampaknya dia sangat bersungguh mengajar saya mengimbangi kaki saya di dalam air. Alhamdulillah, katanya, saya "fast learner" kerana dapat seimbangkan kaki dengan baik di dalam air untuk mengayuh renangan saya nanti.

Kemudian,  diteruskan dengan mengayuh menggunakan tangan, menguak-nguak air. Seharian itu, saya diajar hanya untuk mengimbangkan kaki dan tangan untuk mahir mengayuh. Tambah kawan saya lagi, berenang amat bagus untuk menurunkan berat badan. Opps, ini saya suka sangat dengar!. Sebab saya mungkin agak bambam. hee..
iA sesi seterusnya bakal diupdatekan di blog ini.

Cahaya wudhuk

Salam alayk,

Afwan, lama lak mendiamkan diri dalam gua exam.
Beberapa hari lepas, sewaktu mendengar kuliyah dari ustaz Nazmi Karim ( ustaz yg sangat kuat membantah syiah), yang dilangsungkan di TTDI Jaya, beliau ada menyebut tentang syafaat Rasulullah.

Rasulullah adalah nabi yang akan memberi syafaat kepada umatnya disana. Allahuakbar, untungnya kita dapat menjadi umat Rasulullah!
Dalam tausiyah itu, ustaz berkata, Rasulullah akan mengenali umat2nya melalui cahaya wudhuk di wajah dan tubuh umatnya. Allahuakbar.
"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:
“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu’.”
(H/R. Muslim, no: 250)

Ustaz menambah lagi, berwudhuk tu biarlah sempurna, kerana ianya hadir sebagai cahaya di hari 'sana'. Biarlah disapu rata di setiap anggota. Wah, bestnye bila sebut 'cahaya'.

"Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: 
“Sesungguhnya, umatku akan dipanggil pada hari kiamat kelak dalam keadaan putih (pada dahi) dan bercahaya (pada anggota) kerana kesan-kesan wudhuk. Maka barangsiapa yang mampu melebarkan warna putihnya, maka lakukanlah.”
(HR. Al-Bukhari, no: 136)
Pernah juga mendengar satu tazkirah dari seorang ustaz terkenal, beliau menyatakan sebuah kisah tentang wudhuk. Wudhuk ini, mengalirnya air2nya itu menggugurkan dosa2 kita. Jadi, "bersih"lah kita selepas berwudhuk untuk bersiap menghadap Allah yg Maha Esa dan memhambakan diri kepadaNya.


Nota lengan:
Ada satu kisah di zaman dahulu, tentang seorang imam, dan cerita tentang kesempurnaan wudhuk dan makmum dalam solat berjemaah tersebut yang "refuse" untuk menyertai utk menjadi makmum berimamkan Imam itu.

Ana mahu cerita, tapi, biarlah ana mencari semula kesahihan cerita ini semula :)

Alhamdulillah, cerita tentang wudhuk ini luas dan bagi saya, ianya bermanfaat buat kita semua kerana diri saya sendiri kadangkala terlepas pandang kesempurnaan wudhuk itu sendiri.

*iA, topik untuk adik2 usrah akan berkisar tentang kesempurnaan wudhuk. Kita mulakan dengan basic terlebih dahulu :)


Astagfirullahalazim...

Semeester ni ambil dua subjek sahaja (sem pendek). Salah satunya agak berat untuk dibawa.
Allah beri banyak nikmat semester ini. Alhamdulillah.
Namun, itu juga adalah ujian buat diriku yang mudah lalai ni. Kita tidak boleh tenggelam dalam kejayaan demi kejayaan yang ditempa.

Yang kurang bernasib harus dibantu. Allahuakbar.
Tak semestinya yang kurang bernasib baik itu orang miskin, kawan2 yang bermasalah dalam pelajaran juga harus dibantu..Allahu...

Alhamdulillah, Allah juga makbulkan doa2ku untuk mempunyai pendamping yang bertaqwa dan solehah. Alhamdulillah, Allah memberi ana sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan serta membawa ana ke jalanNYA. Mereka juga sehaluan denganku di dalam akademik. 
Aku mengumpul semangat bersama jemaah ini. Berjemaah itu menguatkan.


Tinggal lagi empat semester sahaja lagi untuk graduate dari sini. Ana harus graduate dan bekerja selepas ini. However, perasaan nak belajar tu masih ada. Cuma, seandainya bisa, ana mahu cepat2 habis belajar dan bekerja. 

Untuk exam kali ini, aku harus fokus banyak dan berpada-pada. Usah diulang seperti semester lepas yang hampir meragut kesucian CGPA ku ini..hihi

Ana berharap dapat bekerja dengan MMU utk menjadi seorang pensyarah.
Usulan itu kawan ana cadangkan. Kak Muna aku juga suruh sambung master. InsyaAllah. Kalau kurang mampu (duit), ana buat di UM je. Apa bisa kah?

Layakkah ana? 

Doakan ana ya...

Subhanallah.











Sebagai teman terbaik bagiku

Teman sahabat...
Alhamdulillah, Allah kurniakan teman2 yang baik disampingku. Alhamdulillah. Berseri-seri wajahku tatkala mendengar suara salah satu sahabat, juga yang ana panggil sebagai kakak kesayanganku aka kakak angkat ana. Kerana kami amat rapat, kami berdua saling mengenali ahli keluarga masing2, maklang ana maklang dia, tok dia tok ana juga, pakcik dia pakcik ana, pakcik ana pakcik dia..eh..hehe.
Gambar kami selfie berdua..Tak bisa upload yg real atas permintaannya :)
Kelegaan menjelma tatkala dapat mendengar suaranya yang jauh disana. Dia jauh di utara, ana jauh di selatan. Betapa jauhnya kami.
InsyaAllah, kami akan cekalkan hati mengharungi segala dugaan. Menuntut ilmu itu sampai ke liang lahad. 

Bagi ana, belajar dalam mana2 bidang juga bagus, seandainya Allah takdirkan ana ambil master dalam bidang yg sekarang ni, apa salahnya. Ana redha. Alhamdulillah, ada hikmahnya Allah letak ana dalam bidang ini. Semoga ana juga berpeluang memberi manfaat dalam bidang ini. iA.
^^ 

Isi doa ^^

Salam alayk,
Salam 1 jerebu,
Malam-malam yang berhabuk jerebu ni, kulit muka jadi gatal, nafas jadi sesak. Dari mengeluh bab gatal2, moh perbanyakkan ibadah. Segala fenomena alam yang Allah turunkan baru-baru ini adalah untuk menunjukkan kebesaranNya.
Sebagai hamba Allah yg banyak berbuat dosa, sebaiknya, mohonlah ampun kepada Allah S.W.T atas segala maksiat2 yg telah kita kerjakan. Eh jap...

Usah lupa dalam doa tu mendoakan sahabat2 kita sekali!
Nape pos kali ni bertajuk Isi Doa ye?
Yelah, nak beri sedikit cadangan akan isi2 doa kita.
Add caption
Dalam doa kita, biasanya isinya berbunyi begini:
"Ya Allah...
...ampunkan dosaku
...ampunkan dosa ibubapaku
...murahkan rezekiku
...berikan aku jodoh yang baik
...beri aku kawan-kawan yang baik
...etc"

Dah bagus dah berdoa begitu. Alhamdulillah cantik, tapi nak bagi lagi cantik, berdoalah sekali untuk kawan2 dan orang lain. Tak rugi pun, sebab akan dihadirkan malaikat yg turut mendoakan kita bersama mendapat kebaikkan itu.

"Ya Allah
...ampunkan dosaku, ibubapaku, guru2ku, sahabat2ku, etc..
...jadikankan aku dan kawan2ku orang yang baik dan sentiasa dibawah lindunganMu
...jadikanlah aku orang yang bermanfaat kepada sekalian manusia
...murahkan rezeki sahabat2ku
..etc ( tambahlah sendiri yg baik2)

Pesanan buat diriku juga. Kerna, kita cenderung mendoakan hanya untuk diri kita sahaja, namun alangkah beruntungnya andai kita sama2 mendoakan untuk orang lain juga :)



^^

Solat & kerja

Asalamualaikum,

Entri kali ni nampak seperti serius je...
Sebenanrnya, saya nak berkongsi sesuatu. Saya nampak banyaknya kepentingan solat dalam kehidupan seseorang. Saya ingat lagi, dulu saya pernah lalai dan leka dalam mengerjakan solat kerana jadual saya sebagai pelajar bidang sains yang agak 'pack'. Tetapi, sepanjang saya belajar dulu, saya jarang jaga solat saya dan ia membuatkan saya merasa tidak tenang walaupun saya dapat markah yang gempak, result sy best2, dan agak mewah masa tu.

Saya rasa serba salah sangat...

Sejak2 saya bertukar bidang dan melihat kakak2 naqibah saya dalam kehidupan seharian mereka, saya lebih menitikberatkan hal2 ibadah. Mereka jaga solat dan ibadah2, tetapi, dalam masa yang sama mereka juga sibuk dan berjaya.

Jadi, dimanakah kekurangan saya?

Solatlah..Kalau solat mesti nak cepat. Tapi, lama2, saya mula menghayatinya.
Apa yang boleh diungkapkan? Indahnya solat. Ianya seperti berehat sebentar dari bekerja yang memenatkan.

Benarlah solat itu sebagai penawar...

Sama juga dengan orang yang sedang menghadapi masalah.
Solat dan berdoalah.
Mohon pertolongan dari Allah
Mohon kekuatan dari Allah.
InsyaAllah tenang.
*afwan..saya masih lagi byk kekurangan diri..ini sekadar perkongsian..