Aku tak faham zaman la ni, semua benda nak bercukai. APakah aku yang sengal x tahu function cukai tu apa..
Tapi, cukai terlalu banyak sehingga menyusahkan rakyat, dan x lama lagi nak letak GST lak dalam negara. Hmm, katanya barang2 akan semakin mahal. Perasan juga sekarang ni matawang Malaysia semakin kecil.
Anak2 muda zaman sekrang ni, kalau xde duit nak sambung belajar, tak payah pergi belajar, ataupun pilihan terakhir, pinjam je PTPTN tu haa. Punyelah cekik darah, siap dgn cukai perkhidmatan = bunga wa pokok tu sebenarnya. Grad je, terus pikul hutang bertimbun atas bahu. Grad je terus nak kena cari duit sebab nak bayar balik hutang2 yg berlambak selambak tu. Aku tak setuju la walaupun aku bukan peminjam PTPTN. Aku ni anak yatim piatu sekrang ni, jadi aku faham camne rasa jadi susah, takde duit, tak cukup duit tu sume.
Lepas hutang PTPTN, graaduan nak beli kereta katanya nak guna untuk pergi kerja, nak berkeluarga nak bawa anak2. Hutang lagi! Mungkin RM40k - RM90k x lari harga kereta tu sebab kebanyakkannya nak beli kereta baru. Campur interest rate lagi, jadi jumlah pinjaman tu dah bertambah. Pastu, nak sewa rumah, nak kena bayar bulan2, yelah kerja di sana sini. Tapi sampai bila nak menyewa rumah kan?
Rugilah asyik sewa rumah, jomlah beli property sendiri sebijik. So, nak beli rumah yang rata2 selesa untuk diri dan anak2 ialah lebih kurang RM200k di melaka, RM500k di area2 seperti Shah Alam ( selesa bagi aku sebab aku nak ada anak ramai2). Eh, buat loan lagi, bayar dalam 30 tahun gitu. Assumption lah ye, jgn marah aku.
Jadi, meh flasback sikit hutang2 lu olang:
PTPTN = RM60k( ipts), RM20k ( ipta)
Kereta = RM50k
Rumah = RM200k
Muda lagi dah kena pikul hutang hampir setengah juta, kire istilah jutawan setengah negatif aka -1/2 jutawan ni dah layak dipikul oleh rata2 anak muda sekarang ni. Tu anak muda yang still ada mak ayah nak cover. Yang xde? Alhamdulillah, aku dah ada sebuah property habis bayar, kereta habis bayar sebijik. iA, aku akan cari juga rumah nanti, dan aku juga akan tergolong dlm kategori manusia yg berhutang utk beli rumah. Tak pasti lagi, ada cadang2 nak beli rumah di shah alam, seksyen 7 :)
Kereta? Aku dah buat keputusan nak beli kereta import cash, bukan hutang. Rugi aku nanti utk revenue but not LTA.
Aku ada beberapa cara nak "tipu" kerajaan kita dan mendatangkan profit kepada kita dengan banyak yg amat, tapi, bak kata subjek finance, High risk, high return :)
Cuma, berani x berani je. Gila x?
Tapi, aku x berniat nak menggunakan semua cara itu. Cara ni cara international yg x melibatkan dadah, atau rasuah. Ia lebih kepada 0% interest, 0% credit. Kira, membebaskan diri dari hutang, perform well in finance management dgn lebih bijak. Sebagai amatuer financial analyst di dalam kelas dan kalangan kawn2 aku selama 3 tahun ni, aku cuba merangka beberapa framework utk kewangan aku. Dan, aku rasa aku bodoh dalam mengurus kewangan aku jugaklah.
Namun, aku bersyukur teramat atas anugerah Allah. Allah permudahkan jalan hidup aku, belajar tidak perlu berhutang, property sendiri dah ada sewaktu usia 21 tahun, business kecil2an yg tergendala dah ada demand dari kawan2 yg minta dirkrut sebagai anak2 pelapis, kereta yg terpaksa beli dulunya beli dgn cash money. Cuma, pernah gak pinjam PTPTN dulu masa diploma sbb nak jaga mak sakit, yg mana sebabnya xnak susahkan mak. Last2 diploma tu x habis, amik asasi masuk degree dgn tajaan. Alhamdulillah. Mak yg sakit pun dah arwah, semoga bertemunya di syurga.
Post aku ni lebih kepada nak tolong meluahkan isi hati golongan yg berhutang untuk hidup. Apa nak jadi dengan dunia akhir zaman ni. Habis semuanya berhutang, sampai tahap kronik, ada yg muflis. Zakat tak diberi pula pada tempatnya, orang2 susah banyak kat luar sana, cukai dikutip2 disana sini, tarah je semua org bila bab kutip duit, jenayah meningkat sebab Y distribution tidak pada tempatnya, merungut bila ada jenayah yg banyak, namun hukum hudud tidak pula disokongnya, dibantah habis2an. Orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin. Wahai yang ada kuasa dalam dunia ni, jawablah anda di hadapan Tuhan nanti akan segala hak2 kami yang anda rompak habis-habisan demi kepentingan puak2 anda. JAWAB!
Nak buat sesuatu tu, tolong fikirkan orang lain yg kurg mampu. Sampai hari ini aku tak puas hati kes biasiswa ditahan utk ke oversea tu. AWAS, mahkamah akhirat itu adil.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.