Asalamualaikum,
Entri kali ni nampak seperti serius je...
Sebenanrnya, saya nak berkongsi sesuatu. Saya nampak banyaknya kepentingan solat dalam kehidupan seseorang. Saya ingat lagi, dulu saya pernah lalai dan leka dalam mengerjakan solat kerana jadual saya sebagai pelajar bidang sains yang agak 'pack'. Tetapi, sepanjang saya belajar dulu, saya jarang jaga solat saya dan ia membuatkan saya merasa tidak tenang walaupun saya dapat markah yang gempak, result sy best2, dan agak mewah masa tu.
Saya rasa serba salah sangat...
Sejak2 saya bertukar bidang dan melihat kakak2 naqibah saya dalam kehidupan seharian mereka, saya lebih menitikberatkan hal2 ibadah. Mereka jaga solat dan ibadah2, tetapi, dalam masa yang sama mereka juga sibuk dan berjaya.
Jadi, dimanakah kekurangan saya?
Solatlah..Kalau solat mesti nak cepat. Tapi, lama2, saya mula menghayatinya.
Apa yang boleh diungkapkan? Indahnya solat. Ianya seperti berehat sebentar dari bekerja yang memenatkan.
Benarlah solat itu sebagai penawar...
Sama juga dengan orang yang sedang menghadapi masalah.
Solat dan berdoalah.
Mohon pertolongan dari Allah
Mohon kekuatan dari Allah.
InsyaAllah tenang.
*afwan..saya masih lagi byk kekurangan diri..ini sekadar perkongsian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.