Rezeki, Ketentuan Allah S.W.T & Kaifa hal Kita?

Asalamaualaikum,

Hari ni ana nak cerita tentang rezeki.

Semua orang Allah beri rezeki, betul tak? Ada yang kata " eh saya miskin cikgu, maknanya Allah tak beri saya rezeki lah ye"...Hehe, taklah, walaupun anda miskin, anda ada ibu bapa, dan adik-beradik anta ramai, maknanya itu rezeki Allah beri. Cuba muhasabah semula.

Dah dapat rezeki tu, jangan lupa buat sujud syukur. Alhamdulillah! Alhmdulillah! Alhamdulillah!
Sujud syukur tu mudah je nak buat, macam dalam gambar di atas ni...So, why not, setiap kali selepas solat fardhu, kite buat sujud syukur? Mudah kan? 

Tapi, bila kita dapat rezeki, janganlah kita bersa riak dan bangga diri. Ucaplah Alhamdulillah sebanyak2nye, dan juga bersyukurlah atas nikmat itu dari segi perbuatan, percakapan dan hati. Bila seseorang itu dapat rezeki yang banyak, ada dua cara iaitu cara positif dan negatif dalam depa mengekpresikan betapa heppi mahupun riaknya mendapat nikmat itu.

Cara - caranya :

Postive ( +ve )
Bila mendapat rezeki yang tak disangka2 banyaknya, dia teruskan berusaha, dia tak mudah lupa diri. Selain itu, banyak juga orang yang dibantunya. Dalam masa yang sama, dia masih lagi merendah diri dan jarang menyebut2 rezeki yang dikurniakan kepadanya ( bimbang akan keriakkan), melainkan hanya pada Allah.
Dan juga tak pernah membanding2kan tahap nikmat yang Allah beri padanya dengan orang lain).

Negative ( -ve )
Bila mendapat rezeki je, mulalah nak merasa riak, bangga diri. Yang paling tak suka itu ialah, mahu dibanding2kan tahap rezekinya itu dengan pahala yang dia dah buat sampaikan Allah beri rezeki itu padanya.

Muhasabah dan selamat beramal!!
Walllahualam~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.