Alhamdulillah

Semalam, ana mendapat dua panggilan yang amat bermakna dari dua orang yang paling ana sayang di dalam hidup ana. Iaitu, kakpah dan adik angkat perempuan ana. Bila kakpah ana call, kami berbual berjam2 di talian sampai menangis2 sebab terlalu sebak.Pelbagai perkara yang disebak-sebakkan disana sini huhu....Itulah ukhuwah jika diikat dengan hati yang ikhlas, berbeza dengan ukhuwah yang diikat dengan paksaan dan desakan seseorang.

InsyaAllah, ana mencuba menjadi yang terbaik buat semua.  Walaupun hati ini selalu terluka, tetapi selagi ada hayat, ana hanya mampu bertahan. Hidup ana di muka bumi ini tidak lama, hanya singgah sebentar di atas dunia.....


Alhamdulillah, kini adik angkat ana, yang mana dia merupakan ex-student tusyen ana dah berjaya menempatkan dirinya di Matriks Banting, Selangor. Syukur juga, bila dengar sekarang ni, dia giat dengan group2 surau dan usrah kelompok disana, dan yang lagi heppi ialah dia ajak ana datang ke sana untuk berukhuwah bersama sahabat2nya yang lain.

Alhamdulillah, Ya Allah, Kau lindungilah mereka2 ini dari sebarang perkara jahiliyah di dunia ini. Ameen.

Petang tadi, ana baru hadir dalam sebuah meeting untuk program bersama anak2 yatim ramadhan ini. Sebagai S/U program ( kak su ), ana telah dihalang dari menjadi faci group semasa program. Whua~Whua, sedihnya. Kata mereka, job ana sangat banyak pada hari itu, dan ana harus memberi peluang pada adik2 yang lain belajar guane nak lead group mereka.
Bagaimanapun, ana tetap akan menyelit semasa pengisian rohani tu nanti ( sory ye adik2...). Sebab ada beberapa pengisian telah disediakan untuk mereka. _andai kau tahu rasanya menyampaikan...
(kak su pun x berapa pandai dalam lead group)

Bagi ana, menuntut ilmu itu memerlukan seorang guru, bukan baca sorang2 buku tu sampai jadi pandailah konon2. Ana lack of guidance juga ni....hehe...
Berfatwa tak boleh sorang2!! Sedangkan ulama' sendiri berijtihad~~apa kene mngene dgn kitab tauhid ni ek? hehehe


Alhamdulillah, ana bersyukur tatkala mengetahui bahawa diri ini masih ada yang masih menyayangi dan masih ada yang care akan ana. Alhamdulillah.
OK, selamat berukhuwah smeua, selamat menyambut ramadhan, dan take care~~

Wallahualam~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.