Meminta maaf dan memaafkan

Salam alayk,
Sahabat yang membaca...
Hari ini ana mahu bercerita tentang tajuk "Meminta maaf dan memaafkan".
Selalu kita dengar bahawa maaf itu bukan mudah. Untuk memaafkan, apatah lagi untuk memohon kemaafan dari seseorang.

Ana petik kata-kata ini dari tumblr.com :


Memohon maaf lazim dilakukan oleh semua manusia.. Tetapi adakah memaafkan itu mudah dilakukan.. Adakah hanya dengan berkata2. bagaimana pula soal hati dan perasaan. sesungguhnya orang yang memberi kemaafan itu sangat mulia dan dikasihi Allah sebagaimana firmanNYA..
“iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahan, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” 
~~surah Al-Imran ayat 134
Tanpa kemaafan, api kemarahan akan mambakar setiap ketenangan serta menuai benih-benih kegelisahan didalam jiwa manusia.. 
via-cahayaagama
Lihat, bagaimana memohon maaf itu sangat susah untuk dilakukan :)
Tetapi, jika kita berjaya memohon maaf, nescaya hati kita akan menjadi tenang dan keyakinan diri kita akan menjadi lebih tinggi. 
Mengapa sukar memohon maaf?
Hal ini adalah kerana kekotoran yang melekat dihati kita juga keegoan yang meninggi menyebabkan kita meninggi diri untuk memohon maaf walau sekelumit dosa kita pada hamba Allah yang lain. 
Beristigfarlah..
Bagaimana pula dengan memaafkan?
Pernah dengar tak kata2 ini, bahawasanya, adalah lebih baik jika sebelum tidur kita memaafkan semua orang...
Kita semua tidak pernah terlepas dari disakiti oleh insan yang bergelar manusia. Kita semua ada hati dan perasaan bukan? Pabila seseorang berbuat salah pada kita, kita cenderung untuk menyimpan dendam. Tetapi, adakah kita sedar bahawa, menyimpan dendam itu merupakan salah satu tanda bahawa hati kita sedang berpenyakit?
Haa..kita tak sedar kan??
Petikan dari rakan tumblr :
Menyimpan dendam itu ibarat berniat membunuh orang lain tapi pisaunya ditikamkan ke tubuh sendiri.

Yang binasa dirinya sendiri.
” via-ratnalaila
Lihatlah, andai kita berdendam, ianya lebih kurang sama shaja dengan kita meracuni diri kita sendiri tanpa sedar. Berdendam dengan orang ini sangat2 menjadi pemberat di dalam hati untuk mengecapi bahagia di dunia, apatah lagi di akhirat bukan?

Pengajarannya disini, usahlah kita berdendam, kerana ianya hanya membuang masa dan tenaga serta mengganggu psikologi kita sendiri. 
Jadilah orang yang tenang~~
Selamat beramal :)
Wsalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budi Bahasa Budaya Kita
AMARAN-Amalkan prilaku,tutur-kata yang elok dalam komen anda.