[Santai troll ] Manfaat & bermanfaat

Salam alaik,

Post kali ini berkisar lebih kepada manfaat dan bermanfaat kepada orang lain. Tahu x? Kalau kita ni orang yang tak bermanfaat pada orang lain, hidup kita ni sia2.

Manfaat apa yang kita boleh beri? Aku bukan orang kaya. Eh? Perlu jadi kaya ke baru nak bagi manfaat pada orang lain? Hatta pakcik yang sapu sampah tu pun dah memberi manfaat kepada orang sekelilingnya. Dia antara medium yang menyebabkan persekitaran menjadi bersih dan sejuk mata memandang. Betul?
Ya, betul sangat.

Kita yang sebagai pelajar ni, apa sumbangan kita? Err??
Kita kalau pandai dalam akademik, tolonglah kawan2 kita yang kekurangan dalam pelajaran.
Bantu pensyarah dalam programnya, bantu kawan2, sahabat2 yang dalam kesusahan, walaupun hanya memberi pinjam sekaki payung kepada kawan kita. :)

Orang yang riak dalam memberi manfaat ialah orang yang suka memandang rendah pada orang lain dengan menganggap orang lain  kurang atau langsung tidak boleh memberi manfaat melebihi dirinya. Eh? Bagusnya akhlak mazmumah kau tu kan?


Orang macam ni ialah orang yang "keladak" bak kata Prof muhaya. Dia rasa dia yang hebat, dia rasa dia terbaik, sedangkan dia tidak mempunyai apa2. Tidak berguna sekalipun dia ada ilmu agama banyak sangat. Sebab, dia diumpamakan seperti keldai yang membawa beban ke sana kemari, dan dalam masa yang sama, analoginya, ibarat mengisi dan mendukung pasir di dalam guni yang koyak rabak. Fuh, jangan dok baziaq!

Inilah dia orang yang gila. Dia syok sendiri :)
Takpelah. Andai pembaca terasa diri pembaca sebegini ( aku pun terasa banyak), takpe seandainya pembaca dah terlanjur buat, tapi pembaca rasa benci dan menyampah dengan akhlak sebegitu. Pembaca rasa macam nak bunuh diri je lepas buat cmtu. Bencii! Itu tandanya pembaca masih ada kesedaran dan "hidup" untuk berubah ke arah yang lebih baik, dan aku yang menulis mahupun orang lain tidak layak mengatakan anda hipokrit!

Bak kata santai tarbawi, hipokrit ni ialah
"Bila didepan orang, dia berpura-pura baik, dan pada masa yang sama, dia amat benci dengan kebaikan tersebut, dan ingin lari dari kebaikan itu. Dan, apabila di belakang orang, dia jahat, dan dia amat sukakan kejahatan yang dia lakukan!!"
Nampak tak? Harap pembaca termasuk saya tidak berada dalam golongan ini. Mohon kikis2. Kita hamba Allah, kita harus berubah demi membawa manfaat pada ummah kita!
Boleh?
Tak boleh? Nak 1000 daya, taknak 1000 dalih. Orang yang lemah ialah orang yang mencipta alasan.

Usah rasa putus asa, Allah Maha Pengampun.

RindukanMu Ya Allah

Salam alaik,

Pernahkah kau rasa "serabut" bila setiap kali kau tinggalkan solat?
Pernahkah kau rasa lemah tatkala kau tidak menjaga hak Allah?
Pernah juga kan rasa tidak tenang pabila solat pun tergesa-gesa?



Post kali ini banyak berkisar tentang hubungan kita dengan Allah. Kenapa perlu solat dalam keadaan tergesa-gesa? Kenapa bila dengan Allah, kita sangat berkira tentang waktu denganNya?
Entahlah..apa yang dikejarkan...

Tahun ketiga ini adalah tahun yang paling sibuk buat ana. Makan? Dah dua minggu aku tiada selera makan. Semua makanan serba salah. Kurang duit ke? Tak, duit masih tak terusik. Sakit? Hati ana yg berpenyakit..yg pasti..
Dalam masa yang sama, ana rindukan Allah. Rindu bertamu ke rumahnya dgn lebih kerap lagi, meluangkan masa denganNya lebih lama, kerana sejak menjadi sibuk, ana rasa waktu untuk ana ber"selfie" menjadi kurang. Waktu2 terluang, ana cuba pergi ke rumahNya, menyelak2 lembaran usrah2, dan buku-buku yang boleh mengingatkan ana kepada Allah.


Sebab? Ana tidak kuat, ana sentiasa terleka. Kalimah azan menjadi kalimah keramat yang teramat sangat kebelakangan ini dan tidak pernah aku rasakan seumur hidup ana. Bagaikan aura yang menarik-narik diriku tatkala azan berkumandang. Astagfirullahalazim..*jantung berdegup laju tatkala ana menulis tentang azan ni sekarang...Allahu, Astagfirullalahazim...

Perasaan? Rasa nak menangis sangat. Rindu sangat. Rindu. Sebab itu ana "lari" dari dunia laman sosial seketika. Tiada yang bakal memahami perasaan ini.

Ana tidak tahu kenapa, kebelakangan ini, setiap kali pulang dari kelas, ana akan berlari pulang mencari sejadah, ana nak menangis. Hati ana sebak. Sebak..

Ana tiada masalah, syukur Alhamdulillah, banyak sungguh nikmat Allah beri, cuma ana sebak kerana ana lalai dan leka, dan ana sehabis baik mencuba memperbaiki yang mana yang telah rosak. Ana sangat2 bersyukur. Ana masih boleh gunakan apa yang Allah beri untuk menebus semula kesalahan lalu. Ana tidak akan mengeluh akan semuanya. Alhamdulillah.

"Aku rindu padaMu ya Allah. Rindu. Itu sahaja dapat diluah."

Nampak "sengal" kerana menulis luahan ini dalam blog. Sebenarnya ,tidak diceritakan kepada sesiapa akan hal ini. Tiada yang tahu blog ana. Mungkin..ada pensyarah ana yang tahu. Ana nak luah, tapi blog antara medium untuk ana meluah sesuatu yang agak "sensitif" buat diri ini.
Perjalanan ini amat panjang, penuh berliku, penuh dugaan dan harapan. Semoga kita semua thabat di jalan ini.

**ana sedang membuat persiapan untuk fly ke luar negara tahun ini..InsyaAllah..
Usah tanya aku akan kemana..ada program bawah ana.